Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Hari kedua, jom kita pi makan Kacang Pool, yang
sememangnya sangat popular di kalangan masyarakat Johor ni. Dah lama sangat aku
teringin nak makan kacang pool. Punyalah dok pendam perasaan selama ini,
hahahha! Sampai gitu sekali kan…iyalah, tempat lain mana nak dapat hidangan cam
gini kan.
Memandangkan waktu aku pergi ni tengah giat ada raptai
untuk hari Kemahkotaan Sultan Johor, maka jadinya kami keluar awal pagi. Staff
hotel pun dah pesan untuk keluar awal, supaya tak sangkut dalam jammed atau
apa. Tapi taklah pagi sangat, tup tap tup tap, kul 8.00 a.m jugak kami baru
atas jalan.
Ni haaaa…anak dara lambat bangun tengah bersiap…bukan
main skarang ni..disebabkan selalu sangat pinjam barang make-up ibu…maka aku
pun belikanlah si kakak satu set compact powder Johnson and Johnson biasa tu
dengan lip balm utk kids tu..haaa…silalah pakai…gini rupanya rasa ada anak
gegurl ni..tapi aku dulu time umur cam gini, dok comot lagi..mana pandai nak
berhias diri segala…hehehe..perkembangan zaman kan…
Ok, sambung story..dengan khidmat Waze..kami pun
drivelah mencari manalah agaknya Medan Selera yang terletak berhampiran dengan
Balai Bomba Larkin ni.
Jarak perjalanan dari hotel ke tempat kacang pool ni
dianggarkan dalam 30minit perjalanan. Itupun sebab kami pusing-pusing, confuse
kejap arahan Waze tu…
Dari Jalan Skudai ni, dah tak jauh dah..dalam 13km
lagi nak sampai ke destinasi..suka..suka..
Alhamdulillah, yeayyy..sampai jugak ke sini, rasa
teruja sungguh!
Kedai makan Kacang Pool Haji ni terletak di kawasan
Medan Selera inilah…
Seberang jalan sinun..haaa..tulah Balai Bomba Larkin…
Waktu kami sampai masih awal, Alhamdulillah dapat seat
betul-betul berhadapan dengan kedai.
Dalam 9.30a.m macam tu barulah orang start
ramai sampai ada yang jenuh menunggu tempat.
Nilah set Kacang Pool itu..
Satu set ni inclusive roti tu sekali..memang gitu
gandingannya..satu set ni harganya adalah RM 5. Rasa dia? Aku suka..aku suka!
Sangat berbaloi dengan harga dan sangat rich in flavour. Bahan-bahan pun banyak
dan memang berasa segala rempahnya. Kalau makan tu memang boleh rasa isi daging
hancur yang dimasak bersama kacang pool ni. Kacang pool tu rasa macam
lemak-lemak jugak tapi dia tak memualkan. Makan sekali dengan hirisan bawang
dan cili tu, ngam!
Kenyang kot satu set ni..memang banyak.
Then kami order jugak otak-otak dari kedai sebelah.
Dia buat saiz mini macam ni..cutelah sangat…
dan sedap jugak.
Satu keping harganya RM
0.80.
Ni plak tauhu bakar...sedap jugak..ni angah yang order...
Sebabkan kami memang suka rasa macam-macam makanan,
then pi plak order lempeng pisang kedai hujung. Haaa..kedai pakcik ni…
Rasa dia..Masya-Allah..pada aku, memang sangat sedap.
Time menaip dan resize gambar lempeng ni pun aku rasa kecur liur.
Sedap, rasa
pisang tu..kiranya rasa pisang tu lebih menyerlah..bukan setakat banyak tepung
je. Mak sampai siap mintak tapau nak makan dalam kereta nanti. Satu keping
lempeng ni harganya RM 2. Selain lempeng pisang, pakcik ni ada jual lempeng
kelapa dan cucur bilis. Uniknya kat sini, cucur dia cicah dengan kuah asam
pedas.
Pada aku best makan dengan Medan Selera Larkin ni sebab macam-macam ada. Segalanya variasi. Aku memang kagum dengan pengurusan tempat ni sebab dapat bagi kepelbagaian kepada pengunjung yang datang. Takdelah menu kedai ni sama dengan kedai sebelah..then sama lagi dengan kedai sebelah...hmmmm..tapi kepelbagaian yang ada kat sini memang puas hati. Kedai sebelah Kacang Pool Haji ni siap ada pulut kuning lagi...cuma kelemahan dia, limited seats..tu je lah..kena datang lebih awal kalau nak cepat... ;-)
Ok, bagi sesiapa yang nak ke sini, ni aku share
alamatnya…
Kacang Pool Haji,
No.3, Medan Selera Larkin Bomba,
(Susur 5 Jalan Tun Abdul Razak),
Johor.
Waktu Operasi: Setiap Hari ( 7.00 a.m – 12.00 tgh
malam) – Ni berdasarkan signage kat kedai tu ye..kang u all pergi tetiba
tutup..jangan salahkan aku ek..hehhehe…
haaaa kacang pool ni dok dengar je la rasa belum pernah.. x sampai lagi area johor sana.. ehehehe.. one day insyallah..
ReplyDeleteSiti: Lama sungguhla ngidam nak merasa kacang pool ni..tu yg gigih sangat masukkan acara ke sini dalam plan..hehhee... berbaloi cuba!
ReplyDelete