Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, May 27, 2015

Office terbakar..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bismillahirrahmanirrahim...

Tak tahu macam mana nak mula dan apa yang nak diceritakan..tak pernah seumur hidup terfikir yang suatu hari akan diberi peluang merasai macam mana agaknya kalau jadi mangsa kebakaran. Itulah yang jadi last week...

Ermm..citenye mula macam ni..last week dalam hari Rabu, lewat petang..time tu aku stay siapkan keja di office. Bukan aku jelah..ada lagi dua colleague yang lain..deadline kata...suasana hari tu biasa aje..takde terasa yang luar biasa pun... sampailah dekat nak senja tu..tiba-tiba aircond kejap on, kejap off...ok..masa tu takdelah rasa seram sejuk ke apa...then member aku siap sound.."Haiii...siapa yang nak main-main dengan kita ni..." Lepas je cakap gitu, aircond on off semula..aku time tu dah menengok jam..okay..fine...dalam hati just berdoa, janganlah diganggu kami..kami nak siapkan kerja aje..

So member aku ni teruslah pergi tutup suis aircond...then elok je dia sampai ke tempat dia..black out!

Punyalah rileksnya kami..masing2 on kan flashlight kat hp..pi cari main switch box tu...time bukak je pintu bilik meeting..nampak macam ada spark api..kecik je masa tu..macam u all tengok kelip2 tu...dalam keadaan yang agak gawat tu..first thing ambik fire extinguisher manakala sorang lagi turun maklumkan pada security bangunan...aku dgn sorang lagi bukakkan pintu2 pejabat..takut2 sensor ID pintu tetibe tak function dan kami terperangkap..kiranya Alhamdulillah..diberikan ketenangan dan kemampuan untuk terus berfikir.

Dalam masa yang tak sampai 5minit tu..bila kami masuk semula ke meeting room tu..api dah start marak...time ni security tu cuba jugak padamkan api guna fire extinguisher tu..then kami ni..sempat lagi masuk dalam semula keluarkan dokumen penting yang mana SANGAT PENTING...untuk diselamatkan..imaginelah dengan tangan kiri kanan penuh..aku dgn heelsnya..lari turun tangga...opice aku tingkat 8 ye kengkawan...

Ni suasana di luar pejabat..asap dah start penuh ke luar...


Call bomba dan bomba datang dalam 10 minit kemudian.


Keadaan pengaliran udara ke luar bangunan yang agak terhad menyebabkan bomba sukar mengesan lokasi sebenar punca kejadian. Banyak yang aku belajar sepanjang proses kebakaran ni berlaku. Pentingnya untuk map sesebuah bangunan diletakkan di bilik pengawal bagi memudahkan tugas pegawai penyelamat sekiranya bencana sebegini berlaku...

Disebabkan asap hitam yang sangat tebal dan untuk mengelakkan sebarang perkara lain yang mungkin timbul..satu lagi unit bomba dikerahkan ke sini...


Alhamdulillah..sekitar jam 9.00 lebih macam tu..baru segala usaha memadamkan kebakaran selesai...kami memang letih dan lunyai...lepas settle ni..gi balai polis..buat report..then next day plak rakam keterangan dengan bomba plak...

Ni waktu ni..kami masih lagi dalam proses memindahkan barang2..ikutkan kawasan ruang kerja staff, dilanda air je..dari water sprinkler..yang memang teruk jugak kena api..bilik bos dan bilik meeting...

Alhamdulillah..waktu dilanda musibah macam ni..terasa lebih dekat diri dengan Allah..betapa nikmat ujian dan dugaan ini untuk terus mematangkan dan menginsafkan diri..yang paling utama..diberi keselamatan mengharungi musibah itu...dan dibukakan mata siapa tulus ikhlas dan siapa rakan yang sebaliknya... ;-)

Ok..sampai sini dulu ek..tak leh citer details2..hal ni masih dalam siasatan...doakan baik2 saja untuk kami semua ye... ;-)


No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)