Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….
Sebelum ke JB ni aku memang buat banyak research dan
aku dah susun satu persatu tempat yang kami nak pergi dgn tempat makan yang
best. Memang ciri2 ketua rombongan yang berjaya sangat gayanye ni..hehehe..
Jadinya pada hari last tu, sebelum balik..kami pun ke
destinasi makan yang terakhir iaitu MAJID MURTABAK SPECIAL NO. 1. Teruja sangat
menengok makanan ni yang viral kat media2 sosial, maka aku pun gediks sama nak
pergi.
Ni muka penuh gedikkksss nak gi makan murtabak cheese,
ahaks!
Kami sampai ngam2 waktu lunch, dalam kul 12 mcm tu la.
Orang dah start ramai pun kat sini.Kedai dia tepi jalan je, tapi sebabkan ramai
orang maka agak jauh juga kami kena parking, dengan doa takdelah tetiba polis
trafik datang saman…huhuhuhu…
Tempat ni biase aje, panas pun iya jugak sebab dia
jenis open concept jugak, then ada gerai-gerai lain yang jual goreng2 dan nasi
ayam.
Oleh kerana ramai orang yang datang dan owner dia nak
kurangkan masa menunggu agaknya, so ada dua station buat murtabak ni. Yang ni
di sebelah hadapan iaitu di pintu masuk. Satu lagi di bahagian belakang.
Kami semua order Murtabak Cheese daging/ayam
special..tak agak2 order special apatah lagi bila adik tu bagi tau yang special
punya ni cheese dia melimpah ruah..errrrr..sama gak dengan lemak kat ukur lilit
pinggang yang bakal melimpah ruah jugak..ooohhh noooo! Takpe, slogan as always,
kita makan dulu..esok baru kita diet okay… *Gitu jugaklah ikrar pada keesokkan
harinya dan hari yang seterusnya… tutup muka skeeetttt.. huhuhuhu*
Aku tanya gak kat adik tu, kalau yang jumbo tu macam
mana..ooo..yg jumbo tu murtabak dia tinggi bertingkat2 dilapisi keju…ini kalau
nak share ramai2 oklah..actually size murtabak special ni pun, boleh kongsi
makan dua atau tiga orang. Portion dia sangat tebal dan besar.
Nampak tu, terjojol keju dengan isi daging dia...yummy!
Di sini, benda lain2 iaitu sampingan kepada murtabak
ni..silalah ambik sendiri. Kuah dia, timun dia..semua diletakkan di satu
station lagi…so pandai2 la ye buat macam rumah sendiri…
Asyik menengok orang aje buat aksi Tarik keju panjang2
ni kan..kami pun nak la jugak cuba…
Pehhhhh..memang mewah dengan bahan murtabak dia
ni..bukan setakat keju dia aje melimpah ruah, isi daging dia pun boleh terasa
seketul-seketul…memang best sungguh!
Tengok..panjang kan keju dia…
Ni muka akak malu2 posing kunun candid..hahahhaha!
Memang tersangat puas hati makan murtabak majid ni
kengkawan…kalau gi JB, silalah singgah..tak menyesal punya… kuah cicah dia pun
pekat dan ini first time aku makan murtabak ada timun. Terasa macam makan satay
plak kan…
Uppppppssss…kakak mana?
Hehehehe…
Kakak ada…
Ni haaaaa…
Iya, dia pun nak ambik gambor2 ala2 foodie blogger
jugak..siap ada prop bagai ni haaa..kalah ibu ni…
Kakak makan nasi ayam panggang..besar tu ayam dia, aku
rasa adelah suku dari ayam tu kot..harganya RM7.50, pada aku sangat berpatutan
dengan portion nasi dan ayam dia tu. Memang kat sini tema dia ‘big portion’ kot…
Mood mengada2 nak Opah suapkan..sengaja sangat..tetiba
tak pandai nak suap sendiri ni…hmmmlahaaaiii…
Secara keseluruhan, aku suka Murtabak Majid Cheese
Special ni..terkecur liur mengenangkan keju itu..huhuhu..bilalah leh datang
lagi…
Ok, pada yang nak datang, ini alamat dia ek..
MAJID MURTABAK SPECIAL NO. 1
JALAN KURNIAWAN, KG. KURNIA, 80250, JB.
(NEAR TO THE JUNCTION OF JALAN KURNIAWATI)
-012-7563245
OPERATION HOUR:
12.00- 4.00 P.M
GOOGLE MAP:
GPS: 1.4966396,103.7589678
memang terbaik murtabak tuh..... hihi..
ReplyDeletealamak jauhnyaaaa lahai.. tergoda dengan cheese jugak.. CT ni tak pernah sampai JB..
ReplyDeleteAdda: Memang sedap..mewah dengan bahan... ;-) leh share berdua actually..xtau, ingatkan kecik..sekali..hambekkk....
ReplyDeleteSiti: Memang pun..bagi penggemar cheese memang akan tergoda gitu...xpe siti, pelan2 kayuh..Insya-Allah, sampailah tu nanti..soonnnn... ;-)
ReplyDelete