Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, March 11, 2015

Kisah Kakak: Pembelajaran di The Little Caliphs

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... 

Seperti yang telah diketahui, this year aku decide untuk hantar kakak ke Little Caliphs Bandar Baru Putera..dekat dengan rumah mak juga dan paling penting kat sini ada disediakan transport balik. Jadinya lebih mudah dan melegakan..

Agak cuak juga pada mulanya dengan keputusan menghantar kakak ke sini. Masa dua minggu pertama hantar kakak, setiap hari ya..aku perlu jawab ke mana perginya kawan-kawan kakak? Ibu, Affiya belajar kat mana Ibu? Kat taska dekat tempat kerja ayah dia ya ibu.. (sebab time jumpa teacher Aisyah di Jusco, teacher bagi tau begitu…Affiya ni bestfriend kakak la dulu di Taska..). Dan kadang-kadang aku perlu mendengar kakak kata… “Ibu, Kiki, ingat kat kakak tak Ibu?”..Kiki ni boy, pun kawan baik kakak…dan setiap kali balik dari rumah mak, mesti akan lalu taska dan kakak akan pandang taska sambal cakap.. “Ni taska, kakak belajar sini dulu..sekarang kakak kena belajar dekat Little Caliph..sebab kakak dah besar ya ibu…?”

Begitulah setiap hari. Masuk bulan kedua, masih tanya tapi dah berkurang sedikit. Kadang-kadang sayu je hati bila tengok kakak cakap macam tu. Alhamdulillah, masuk minggu ketiga bulan 2, kakak nampak dah boleh sesuaikan diri dan makin suka. Lega sangat.

Pertengahan Februari lepas, semua parents kena attend seminar anjuran Little Caliphs ni. Banyak jugak cawangan Little Caliphs ni dekat area Perak. Selain tempat aku kat Bandar Baru Putera ni, ada juga di Tambun, Seri Iskandar, Bandar Botani, Kuala Kangsa, Meru, Kampung Melayu (Jalan Lapangan Terbang dan banyaklah.

Jadi aku pun dengan semangat berkobar, attendlah seminar ni. Incik Daus macam.. “Errr..kena attend ke?” Aishhh, of coz okay….aku hal-hal anak ni memang tak leh nak kompromi..hehhehe..



Training ini diadakan di Sek. Men. Izzuddin..dulu, malu-malu ni kalau nak kena masuk sekolah ni kalau ada aktiviti mcm perbahasan ke..pidato ke..huissshhh..jangan xtau, akak minat dulu segala bentuk pertanding berbentuk 'laser-melaser'..hahhaa...sekolah ni sekolah berasrama, lelaki sahaja ya...so that's why I am too shy to go..ewah!

Sebelum kita memulakan kelas pembelajaran orang dewasa, kita sharing sedikit ilmu...

Alhamdulillah, majlis macam ni pada aku sangat bagus. Selain mengetahui teknik pembelajaran anak-anak, ia juga memberikan aku ruang menimba ilmu untuk menjadikan diri ini umat yang lebih baik...Insya-Allah...


Ini antara ibu-ibu yang hadir..bapa2 duduk sebelah sana..


Ini antara 'My Reading Pouch'...actually kakak dah baca pun buku ni sampai habis. Just that, teacher tak bagi bawa balik lagi sehingga ibu bapa diajar macam mana untuk mengajar. Berbeza teknik bacaannya. Macam zaman kita dulu, mengeja. Bebudak sekarang ni bunyi dulu. Sama juga mengaji pun. Memang berbeza, so macam aku yang anak pun baru satu, kenalah belajar jugak... ;-)

Few weeks back, tengah aku keja, tiba-tiba teacher podcast gambar-gambar kat bawah ni...


Alhamdulillah, sayu rasa perasaan. Kakak belajar solat. Semenjak kakak belajar solat di sekolah, bila ikut kami solat, kakak dapatlah mendisplinkan diri dan ikut sampai habis rakaat. Kalau dulu, rakaat pertama je betul displin ikut. Selebihnya doklah menengok kita. Cuma memang selalu ajak kakak dan kami cuba untuk tunjukkan tauladan yang baik pada kakak. Aku mengaku, aku bukan baik sangat waktu muda-mudi dulu..but yes, I do learn and try my best to improve. Insya-Allah...



Bulan pertama kakak di school, ikut kata teacher, kakak memang menghadapi masalah to catch up. The fact that kakak ni memang pemalu dan lambat mesra, aku rasa lebih menyukarkan keadaan.

Ini report card kakak yang pertama...



Dan ini report kakak bulan kedua...



Aku balik je kerja petang tu, kakak bukan main seronok lagi nak bagi tau kakak dapat banyak bintang. Suka sangat dapat bintang. Yelah, aku tiap kali lepas ajar kakak membaca, aku akan bagi kakak bintang juga. Itu kiranya sebagai motivasi pada kakak sebab keseronokan kakak dapat bintang macam aku dapat kasut barulah..eh..eh..tetiba! Hahahahha...

So setiap kali habis sesi membaca sebelum tidur, aku akan hadiahkan kakak bintang-bintang itu. Aku actually cuba in line konsep di Little Caliphs dengan di rumah bila kami belajar. Bukan apa, at least kakak akan terbiasa dengan cara dan kaedah sama. taklah kakak terkejut sangat.

Lebih buat aku syahdu bila last week aku hantar kakak ke sekolah, teacher Aisyah cakap...

"Ibu, ibu ada ajar Arissa membaca di rumah ya? Alhamdulillah, saya terkejut sangat dengan perkembangan Arissa. Bulan pertama, saya risau sangat sebab Arissa susah nak catch up dan bezakan konsep untuk subjek matematik. Tapi lately ni saya nampak dia cepat catch up, dan bila dia dah faham, dia terus bagi dan bagi as in she want more. Alhamdulillah..saya bersyukur sangat dengan pencapaian Arissa..."

Alhamdulillah...being ibu yang sangat obsesif..mengenangkan malu aje aku tak termenangis kat situ..hahaha..syahdu okay... alhamdulillah..lapang dada aku mendengar...Segala apa yang berlaku di pejabat, ternyata Allah hadirkan nikmat yang lain. Bila aku kurang sibuk, aku punya lebih masa dengan kakak. Setiap malam, memang itulah rutin aku. Kami akan belajar menulis dan membaca. Tapi kan tapi..bab matematik tu..hehehhe...itu faktor genetik ibunya ni kot, hahahhaa!!! Memang tak pernah suka subjek kira mengira ni...ahaks!

Alhamdulillah..semoga kakak lebih berminat nak ke school dan belajar lebih banyak ilmu baru... I am blessed to have her in my life. Alhamdulillah..syukur Ya Allah.. ;-)

Hari ni sampai Jumaat ni kakak ada assessment di school. Nervous sangat aku ni..kakak rileks je. Semalam balik sekolah, kakak dah study satu buku dengan Opah. Balik plak, ibu sambung ulang study dari page 3-20. Lepas tu kakak kata "Sudahlah ibu..kakak dah tak larat dah..." hehehe..baiklah kakak..

Apa pun ibu doakan semoga kakak dapat menjawab dengan tenang... hari ini..

11 March 2015

di usia kakak 4 tahun 5bulan..kakak akan menduduki assessment yang pertama..

Ya Allah, permudahkanlah my lil' caliph...




1 comment:

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)