Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Minggu ni adalah minggu yang sangat memenatkan dan
banyak dugaan-dugaan kecil Allah datangkan buat kami. Alhamdulillah, ada
kebaikan pada setiap dugaan yang diberikan, Insya-Allah…
Macam mana nak mula ek..errmm..aku accident hari Sabtu
lepas.
Tak tahu nak kata teruk ke tak teruk jadinya kereta
aku ni. In fact masa kejadian ni, aku macam rileks, xda nak kalut sangat dan
aku macam..ooo..accident, kereta aku kena langgar. Macam tu jelah..sebab
accident yang berlaku ni memang sangat unecpected.
Sabtu lepas, kami dalam perjalanan ke rumah Nisa, ada
jemputan majlis tahlil dan kenduri kesyukuran. Kami gerak dari rumah dalam
11.20a.m menuju ke rumah Nisa area Pengkalan, Ipoh. Half way, kakak terlena.
Maka jadinya, kami pun santai jelah. Bawa pun pada kelajuan biasa 70-80km/sj macam
tu. Sebab kakak ni kalau dia baru tidur, betterlah bagi dia tidur at least
dalam setengah jam untuk elakkan dia mengamuk.
Perjalanan yang tenang, taka da terburu-buru. Radio
semua tak pasang, maklumlah princess pucuk ketapang tengah tidur kan..hehhee…sehinggalah
kami selamat u-turn nak masuk area rumah nisa. Lepas u-turn, terus susur kiri,
bagi signal nak masuk simpang rumah Nisa. Dan tiba-tiba..boooommmm!!!!
Benda
jadi terlampau pantas sampaikan kami pun actually xsure apa yang jadi. Incik
Daus pandang aku dan aku pandang Incik Daus. Kakak terus terjaga dari tidur.
Aku pandang belakang, tiba nampak cermin belakang aku perlahan-lahan retak
seribu.
Dalam hati seakan musykil, yang mampu terfikir, ada
batu tercampak ke kereta ke, kot lori lalu kan. Terus aku pandang kanan, hanya
nampak kereta vios je lalu. Tak leh nak agak yang kami dilanggar. We had no
clue at all.
Incik Daus buka pintu kereta sementara aku tenangkan
kakak yang kebetulan tidur di seat belakang. Seriously, aku bersyukur sangat
sebab kereta aku tinted, triple tinted. Kalau tak memang habis kaca tu berderai
atas si kakak. Alhamdulillah, Allah melindungi anak kami. Lega, memang lega
sangat.
Bila buka pintu kereta, barulah kami sedar yang kami
dilanggar rupanya. Bukan oleh kereta, bukan juga batu terpelanting dari
lori..tapi kami dilanggar oleh adik ni..
Dilanggar dengan motor. Maksudnya dia memang bawa laju
juga sebab aku pernah experience makcik myvi terlanggar belakang aku sebab dia
tertidur waktu drive balik kerja shift malam. Tapi keta aku elok kukuh je
bumper dia ni. Bumper pesona kan keras, sebab dia macam besi kat situ. Aku tak
retilah nak guna istilah kereta dan sparepart ni tapi kebanyakan workshop
selalu puji ‘bontot kereta’ aku gitulah. Maksudnya lasak. Ini motor ya, yang
langgar aku ni motor.
Kami, baik aku atau Incik Daus memang sangat tergamam.
Adik tu terus terduduk atas jalan, pun diam, menahan sakit aku rasa.
Cousin Nisa, doktor..so sementara nak tunggu ambulans, dia tolong tengokkan adik ni. Adik ni perempuan ya, yang langgar kami ni. Masa kat luar tadi, tetiba nak pengsan. So kami bawak masuk dalam kereta. Mulanya nak bawak ke klinik dulu sebab takutlah. Panggil-panggil tadi, dia tak nak buka mata. Risaulah jugak. Dahlah kami pun time ni xdapat nak hubungi family dia. At last cousin dia turn up, lega skit.
Inilah laluannya..
Alhamdulillah, ramai yang datang bantu waktu aku
memang buntu. Family nisa semua sangat-sangat membantu. Sejuk hati mendengar kata-kata semangat dan penenang yang diberi.. Kereta kena langgar, masalah pertama yang timbul, macam mana nak
pergi kerja. Duit nak repair, yelah, selalu kalau accident dengan
motor..faham-faham jelah.
Now, kereta masih dibengkel. Adik tu pun dah selamat
keluar hospital. Pergelangan tangan kanan ke kiri dia aku pun dah tak ingat,
patah. Lain-lain semua ok. Tanya jugak macam mana dia boleh langgar kereta
kami. Sebab jalan lengang, signal awal dah kami bagi dan memang kami dah belok
nak masuk simpang pun. Mula-mula dia jawab dia tak ingat, lepas tu dia jawab
kami plak yang salah xbagi signal. Aikkk..wahailah adik, signal kami dah bagi
lama. Apa pun, benda dah jadi..dan kepada adik tu, harap2 berhati-hatilah
selepas ini. Make sure pandu dalam keadaan otak dan minda yang stabil. Apa pun
yang difahami kami, rasanya adik pun faham. Harap bantulah faham dan tolong
selesaikan duit repairnya ya….
Malam kejadian, kakak suruh bacakan Majalah Sayang Muslim yang aku belikan untuk kakak..buka-buka je majalah..ini page yang first menangkap mata aku...
Alhamdulillah...atas segala ujian ini, Insya-Allah, pasti ada hikmah.... ;-)
ya allah
ReplyDeletesabar ya dugaan kan
singgah n follow back
Mekasih Anum..dugaan..benda nak jadi..alhamdulillah semua selamat... mekasih ya, follow back.. ;-)
ReplyDelete