Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Baru-baru ni ada kenduri di Kulim, saudara sebelah
arwah Abah. So kami stay semalam dekat area Seberang Jaya. Biasalah bila ke
Penang, selalunya memang akan suka je nak jalan-jalan cari makan. Cer cakap,
siapa yang ke Penang tanpa agenda makan-makan? Itu belum masuk pulau lagi
kan..lagilah banyak makanan sedap-sedap.
Ni destinasi makan kami petang hari first tu,
pasembor. Aku ni cakap kat Incik Daus yang aku teringin nak makan pasembor
penang yang sedap yang ada macam-macam benda tu. Yang sama macam kat Padang
Kota tu. Bukan main lagi dia menanya kawan-kawan dia dan alih-alih inilah
destinasi yang kami tuju…area Bukit Mertajam.
Guna waze..ni location area nak ke sana..
Muka kami yang ready to go..perut dah nyanyi lagu
keroncong ni… ;-)
Kami sampai kedai ni dah dalam 5.00 petang macam tu.
Banyak benda yang dah abis. Ais semua dah abis. So kena minum air panas. Pasembor pun dah tinggal
pasembor biasa, yang pasembor special semua pun dah habis..ohhh sadis!!! Sebabkan
perut dah lapar sangat, aku redhakan ajelah apa yang ada…
Selain dari mee goreng, mee kuah ketam, kedai ni femes jugak untuk air kelapa wangi dia. Tu yang nampak sayup atas meja tu..mak teringin nak minum, tapi xpa aislah. Sebab ais dah abis..ais batu pun abis..boleh imagine x berapa ramai yang datang kedai ni..? huhuhu..
Selain dari mee goreng, mee kuah ketam, kedai ni femes jugak untuk air kelapa wangi dia. Tu yang nampak sayup atas meja tu..mak teringin nak minum, tapi xpa aislah. Sebab ais dah abis..ais batu pun abis..boleh imagine x berapa ramai yang datang kedai ni..? huhuhu..
Ni dia
pasembor..actually bukan jenis yang aku nak tu..yang ada macam-macam yang boleh
kita pilih. Incik Daus salah tafsir walau dah berkali aku ulang suara jenis
pasembor yang aku teringin nak makan tu. Tapi takpelah, makan ajela… ;-)
Pasembor ni lain skit, dia punya kuah pekat. Rasa
macam kuah rojak Mak Bee pun ada. Dia bukan pakai kuah kacang yang biasa tu.
Kacang dia memang berasa crunchy dia. Terasa macam makan rojak plak sebabkan
kuah dia tu. Yelah kan..kan ada orang panggil rojak pasembor. Bagi penggemar
kuah rojak version Mak Bee ni memang akan sukalah jenis ni. Atas pasembor ni ada dia letak sambal sotong kering tu…best jugaklah…
Kedai ni memang ramai orang, dan kebanyakan yang aku
tengok order mee goreng jugak. Incik Daus order mee goreng..tapi sebab protes
merajuk salah jenis pasembor..mogok xnak ambik gambar makanan dia..hahhaha… tapi
makanan dia tetap aku rasa…hahhaha… serius, mee goreng dia memang sedap…
Then mak order Mee Kuah Ketam..ni memang pada aku
sedap. Kuah dia pekat terasa manis isi ketam tu. Cuma jangan plak korang expect
ada ketam sekor besar atas mee ni. Memang takde pun..nama pun Mee Kuah Ketam,
so kuah dia tu yang digabungkan dengan isi ketam. Pada aku lebih baik macam ni,
tak payah susah payah dengan tukul bagai nak kopek ketam tu… *orang malas
memang macam aku ni..hehhehe*
Kedai ni bukak dari lunch time lagi. So kalau nak
merasa satu set hidangan yang sempurna, kena datang lebih awallah kot. Sure
lagi best banyak bahan sampingan dia kan…
Lepas settle makan mee dengan pasembor, layan plak
ni..
Yeayyyy!! Kacang rebussssss…memang peberet mak aku ni.
So belilah dalam RM5..banyak jugaklah. Makan panas-panas, memang layan…
Pada sesiapa kengkawan yang dah memang tetiba
jalan-jalan tersampai ke area Bukit Mertajam ni, bolehlah cuba. Kedai ni tepi
jalan. Lepas lalu Hospital Bukit Mertajam tu, stand by la ek..kedai ni depan
skit je selepas Caltex.
Alamat dia:
Mee Kuah Ketam Haji Mohamad
Jalan Kulim, Bukit Mertajam,
P.Pinang.
Google Map GPS :
5.35272,100.474112
sedapnya
ReplyDeletesalam kenal..
ReplyDeletethanks sebab sudi singgah blog akak.. happy..
Insyallah kalau ke BM boleh lah singgah.. tapi so far takat kat island je lah pegi nya..