Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, March 13, 2015

Makan Best di Ipoh: Goreng Pisang Cheese yang sedap @ LaFritBanane

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Ini kisah empat hari lepas. Aku halfday. Selesaikan urusan masa depan, ewah. Yelah, sementara masih muda ni, kenalah merancang masa depan, ewah..muda bebenor..sweet 17 gitu! ;-)

Secara tidak disengajakan, drive punya drive, ternampaklah gerai ini ditepi jalan…



Haaaaaa..sekarang ni kan di mana-mana pun senang sangat nak nampak orang menjual pisang goreng cheese ni, tahniahlah pada inventor menu ini. Syabas baaayyyyttteee!!! ;-)

Actually, aku pernah nampak seorang dari kawan We Chat aku post menu ini yang dibeli dari sini. Memang dekat sangatlah dengan rumah mak aku pun. Aku masa nampak posting tu, terfikir kat mana gerai ni, tak pernah nampak pun. Rupanya baru beroperasi 2 bulan. Padanlah aku tak pernah nampak. Ahkak ni kan orang veteran, memang selalu lambat sikit dijangkiti penyakit viral laman sosial..hehehhe…

Aku pun macam biasalah, memang satu kepantangan nampak makanan bercirikan dessert cam gini, apatah lagi ada cheese. So paksa-paksa Incik Daus berhenti tepi jalan dan pergi beli. Dan maklumlah, minggu ni banyak halnya so nafsu nak makan benda manis ni memang jadi sangat meninggi. Kita test satu set dulu. Aku beli chocolate cheese. Rasa sekali, macam best je…macam meriah sangatlah taburan chocolatenya itu. Satu set harganya RM 6, ada dalam 7 ketul tak salah aku.

So kelmarin balik kerja, terasa-rasa kesedapannya dekat mulut ni. Maka tak boleh jadi ni, sharp 5.30pm, tutup PC, kalu-kalut tekan butang lif. Nak cepat, tak sure gerainya tutup jam berapa kan. Selalu goreng-goreng pisang ni, dalam kul 6.30pm dah tutup kan.

Lokasi gerai ni di tepi jalan. Siapa biasa dengan kawasan Taman Perpaduan, Taman Pakatan atau Pasar Malam Sabtu di Taman Bercham Raya, Insya-Allah boleh cari lokasi gerai ni. Kalau datang dari Ipoh, bila melalui Giant Tambun/Lost World of Tambun sebelah kanan..terus je lagi sampailah jumpa traffic light simpang tiga yang nak masuk ke Taman Perpaduan tu. Ambik kiri, dan terus lagi sampailah nampak Mee Rebus Ramli sebelah kanan. Dekat traffic light tu ambik kanan, situlah gerainya. Kalau dari Bercham, akan lalu SK Pakatan Jaya tu, disebelah kiri. Traffic Light yang sama, tapi ambik kiri. Waaahhhh details sangat ni penjelasan aku…hahahha…

Ini hasil yang latest, masih lagi PIsang Goreng Cheese campur coklat. Beli dua set. Ada makanan sedap, haruslah share dengan mak. Makan dengan teh o panas…pehhh!!!



Aku suka sebab rasa dia sangat balance, dan tak buat kita terasa mual bila makan. Iyalah, kadang bila benda cheese ni, boleh buat rasa mual. Pisangnya pula, masih rangup walaupun dah sejuk. Pisangnya dari jenis yang manis dan tak rasa kelat. Kualitinya memang best!

Selain dari yang coklat, ada jenis cheese strawberry atau cheese sahaja..




Gambar aku ambil dari FB mereka..ini link dia…


Ni plak senarai harganya..

So bagi anda-anda yang tinggal di Ipoh..mohler weiiii...dan untuk LaFritBanane harap maintainlah ya rasa dan kualiti sampai bila-bila okay... 

Ahkak undur diri dulu ya..tatatititutu.....!



4 comments:

  1. Terliur Kuasa Sejuta ni!! Harga pun x smpai singgit satu. Pergh ! Nk minta kirim bleh x? hehe

    bw sini :)

    ReplyDelete
  2. Anum, memang sedap..meriah betul kan taburan atas tu...

    ReplyDelete
  3. Errrkk..awak kat mana..awak kat mana Nazri? hehehe... dekat je ni...mehler singgah..

    ReplyDelete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)