Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, March 19, 2015

Cuti-cuti Malaysia: Dari Ipoh ke JB, dengan Firefly..semata-mata nak ke JPO.. ;-)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Story hari ni merupakan teaser..ewah..teaser kemain lagi kan..hahhaa..

Waktu anda-anda semua membaca cerita ini, aku dah half way perjalanan ke selatan tanahair..luaskan kuasamu..hehhe.. ke Johor untuk kali kedua tahun ini. Holiday kali ni sebenarnya dah lama dah aku janji dengan mak dan kakak untuk ke sana. Dari penghujung tahun 2013 lagi tapi waktu tu aku sebagai pekerja cemerlang terbilang.. ( puiiiiiii!!) kena cancel cuti aku, atas sebab ada adhoc punya tugasan. Mujurlah time tu aku belum lagi sempat booking apa pun..kalau kali ni jadik cam tu..aku xtak taulah..tiket segala semua dah beli online..mau aku pasang sepanduk mogok depan bilik bos....hahhaa...

Maka tahun ni, Alhamdulillah, hajat yang dah tertangguh setahun tu bakal dijayakan dengan penuh cemerlang..ewah…

Ni trip aku ke JB dalam few months back. Saja trip kengkawan opice, ala2 educational trip tu..hahahha..educationlah sangat kan… lebih kpd shopping trip je pun..kira duit waktu nak bayar, itu education apa..mathematics tu….hahhaha! Aku time shopping tetiba je mahir bebenor kira duit ni..cer kalau time exam, hmmmm..errrrrr…. ;-)

Seingat akulah..dah 5 tahun lebih aku ni xada trip gegurl macam ni. Lama kan? So rasa excited sangatlah nak pergi, walaupun semata ke JB..hahhaa…bila Incik Daus bagi greenlight aje dengan pakej volunteer akan ambik cuti jagakan si kakak..wahhh bestnya, dapatlah pergi dengan tenang. Tapi biasalah mak2 ni dalam hati ada terasa macam xpe ke ni berjalan tak bawak si kakak. Cuma rasa bersalah tu kurang sikit sebab aku dah plan nak bawa cuti sekolah kali ni. Selalu macam tu everytime plan nak bercuti berdating berdua, sure akan rasa bersalah, then tak jadi.

Ok, dipendekkan cerita, trip kali ni adalah 2hari 1 malam aje..as I said, shopping trip. So memang sampai sana, terjah JPO dan balik…hmmm memang plan selamba kodok namanya ni. And for the first time, naik flight dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.



Lihatlah muka excited, perasan nak jadi bujang sat untuk sehari dua ni…huhuhu…
Kami naik Firefly dari Ipoh, total cost dalam RM 200 lebih kot untuk flight ticket..hehhee..dah lupa… nampak sangat bukan aku yang book flight ticket..



Kami bertolak dari Ipoh, flight pagi dan sampai sana around lunch time. Perjalanan dari Ipoh ke JB mengambil masa 1 jam macam tu. Oklah airport Ipoh lepas dibaikpulih ni..kalau dulu seram je, nampak sangat uzurnya. Sekarang dah better. Cuma mungkin boleh ditambahkan lokasi penerbangan kot, barulah best skit.

Wajah happy kami tunggu flight.


Ohhhh..kapal terbang dah tunggulah...


Silalah berjalan membawa diri ke kapal terbang ya…



Muka over excited aku,hahhaa..macam nak pi London, Paris aje..walhal JB je pun…poyo kan. 


Actually it is not the destination to makes you happy, it was the friendship. Jalan2 dengan kengkawan, happy2, borak2, gelak2 kan…dapat keluar dari suasana kerja..lebih kurang macam finding ‘me time’ lah…



Sambil sembang, kunyah kacang cap tangan peberet aku ni..oh ya, naik Firefly ni, dieorang tetap hidangkan kita snack walaupun perjalanan dekat je. Ada kacang atau muffin / air soya atau pink guava. Pilihlah ya…


Eh, eh..makan kacang sambil gossiping.. tetiba je dah landing.




Pergi tu, pilot ngan asst. pilot dan pramugarinya..semuanya pompuan u alls..mula2 cuak jugak..tp aku pujilah..take off dengan landing dia smooth. Balik tu pilot lelaki, time landing ada sedikit ‘main kasar’ juga…ahkak dahlah gayat ni, especially lepas banyak sangat tragedy melibatkan kapal terbang ni kan.



Subahanallah....aku memang suka tengok awan membiru tiap kali fly..macam feeling sangat.. ;-)


Setibanya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor, of cozlah kami isi tank dulu…kang barulah riang gumbira nak tawaf JPO tu kan…




Lepas tu kami straight ambil teksi dari airport. Pergi je ke kaunter teksi yang tengah2 airport tu.
Ini resitnya, harga dari airport ke JPO bagi sebuah teksi. Satu teksi, kami naik 3orang..share2 jelah..
Tak sampai 15minit..yeayyy, sampai sudahhhh..



Kat JPO ni, aku rasa semua orang pun dah tau tempat apakan..so memang sampai sini, siapkan kuda-kuda, then jaaaalllaaaannnnn…



Kebanyakan designer boutique kat sini buat tawaran diskaun..jam tangan macam2 jenis, handbag tak usahlah kata kan…kalau nak tahu butik apa yang ada secara details bolehlah ke web JPO ni…antara yang ada macam Michael Korrs, Coach, Kate Spade, Armani, Victoria Secret..Charles and Keith, Pedro..Renoma, Walt Disney..errrr…Guess, Elle, Espirit, Nike..banyak lagilah…memang boleh lenguh kaki jugaklah kalau nak masuk satu2 butik..




Zass zass…dapatlah apa yang aku nak..ni di antaranya…


Yang lain2 aku beli, biarlah rahsia..ewah!!!

Malam tu kami stay dekat hotel sini aje…setakat nak tidur, dan hotel ni jaraknya adalah di tengah-tengah di antara JPO dan airport. Memang sangat dekat, tak sampai 10 minit. Biliknya bersih dan selesa. Cuma, hotel ni taka da lif. Harga di arm 99 semalam. Ok what…sampai bilik pun dah malam. Esok flight pagi pun…

Hotel kami tu yang nampak glass mirror tu..

Tapi aku bagi tau awal-awal..sebelah hotel ni pub. Tapi malam tu pub ni tutup. Aku tak tahulah kalau memang tak bukak langsung dah. Sebelah hotel ni bank, da nada restoran steamboat. Oklah, kalau jenis malas nak ke mana-mana dah. Semua pun dekat kan. 

Dari sini kami mintak hotel telefon teksi untuk ke airport. Chargenya masih sama RM 30 untuk satu teksi. Agak mahal sebab teksi luar tidak dibenarkan ambil penumpang waktu keluar dari kawasan airport. Hanya teksi airport je boleh. 

Dah bersedia untuk balik...


Alhamdulillah..dah sampai Ipoh...muka masing2 riang gumbira dapat apa yang dihajati. Pergi beg kempis, balik beg pun menjadi kembung...hahahaha.... 

Apa pun aku enjoy trip ni walaupun kejap yang amat. Benda xplan, memang cam gini...harap2 ada trip lain lagi selepas ni...hehehhe...

2 comments:

  1. Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
    Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
    WhatsApp : +6282282222896
    WhatsApp : +6282214441280
    Call : +6282282222896
    Call : +6282214441280
    Email : Dhanibandung@yahoo.com
    Blog : Melancongdibandung.blogspot.com (Dhani Tour Bandung)
    Website : www.dhanitourbandung.com

    Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...

    KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET BERUPA TRANSPORT DAN HOTEL
    Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
    Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung... Wassalam dan Terima Kasih...

    JOM MELANCONG INDONESIA…
    CITY TOUR BANDUNG DAN CITY TOUR JAKARTA

    ReplyDelete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)