Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, January 2, 2015

Selamat Datang 2015...be good okay... ;-)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hari ni dah berganjak satu hari dalam tahun baru 2015 ni. Alhamdulillah, masih berkesempatan meneruskan perjuangan di bumi Allah. Semoga tahun 2015 ini, aku dapat menjadi lebih baik dari sebelumnya. Hehehehe..siapa yang nak impikan jadi lebih tak baik kan? Ahaks!

Sebelum sembang tahun baru, meh lah recap skit tahun lama, 2014. Aku tak tahu kenapa aku rasa tahun 2014 ni, langsung aku tak sedar ianya berlalu. Tup tup dah hujung tahun. Ambik cuti hujung tahun pun dah terlewat, maka jadinya tak adalah apa-apa percutian hujung tahun…huh, epic sungguh tahun ni bagi aku. Kerja berlambak, urusan pindah rumah yang belum selesai, kalut sana sini..tup tup sedar2, ohhh, this year, kakak dah nak masuk 5 tahun. Hmmmmm…kejap je masa berlalu. Yes, I need to admit, urusan rumah kena selesaikan segera. Bilik kakak nak kena siapkan cepat. Nanti malam2 leh belajar. #Obsespunyaibu… ;-)  tak adalah, just that, aku dengan Incik Daus kena cari masa jugak untuk manage benda ni. 2014, adalah tahun huru-hara bagi kami. Sampai kadang aku rasa, kami berborak through sms dalam sehari pun boleh dikira dengan jari berapa patah perkataan. Hmmm, this is not good, seriously not good okay….jadi misi pertama tahun 2015 adalah, ciptakan lebih waktu untuk aktiviti berdua, dan aktiviti bertiga yang berbeza..Insya-Allah. 

Jadinya tahun 2015..we need to start fresh. Aku dah audit dah dirik sendiri..hahahah! Sorry hubby, your wife memang jenis planning ahead dan jenis yang hal personal pun selalunya plan macam nak buat event besor opice..what to do..sifat genetic…hahahha!

Aku tak adalah azam bagai nak kababommmm sangat2..just that, aku harap tahun ni..berupayalah hendaknya menebus serba sedikit apa yang tak sempat nak buat last year…

1.      Settlekan urusan rumah dan kemas segala barang, punggah segala kotak barang dr rumah Shah Alam tu. Come on..dah setahun dok umah sendiri, apa hal barang dlm kotak lagi ni.. *dussshhhh skali utk aku ngan Incik Daus…

2.      Tunaikan keinginan mak nak gi jenjalan. Mak mula nak ke Kuching, aku pun beria check flight sgala, skali mak tukar route plak…hehhehe..tapi ampunkanlah anakmu ini ya Mak, tak dapat nak pi end of 2014..Insya-Allah, akan try pergi cuti sekolah bulan March ni. Destinasi dalam negara jadi pilihan. Cuma tak sure lagi nak pusing mana.

3.      Tengah memikirkan untuk ada percutian buat diri sendiri ngan Incik Daus. Rasanya dah 5 tahun kami tak ke mana-mana berdua, ala-ala, berhanibulan gitu. Kakak dah besar skit, bolehlah kot ditinggalkan kejap. *tapi jangan bagi tau kakak ye..jenuh nangis kalau tau jalan tak bawak dia…errkkk, tapi ibu dia ni pun, tegarkah utk jalan tak bawak kakak? Ohhh myyyy…

4.      As usual, bila anak dah besar, sume org akan tanya, bila nak tambah anak. Ya, ya, I hear youuuuuu…Insya-Allah, akan diusahakan, sedang diusahakan..doakan semoga rezeki ada buat kami berdua.

5.      Settlekan hutang PTPTN…heheheheh..alhamdulillah, sudah selamat settle akaun degreeku last week. Tinggal akaun diploma saja..skit jer lagik ya..chaiyooookkkkk! ;-)

6.      Mahu memperbaiki diri sebagai seorang Muslim…Insya-Allah….



3 comments:

  1. Salam perkenalan. Selamat tahun baru!

    ReplyDelete
  2. Salam Perkenalan Asmin..Selamat Tahun Baru..semoga this year baik2 saja.. Insya-Allah...

    ReplyDelete
  3. Salam Perkenalan Asmin..Selamat Tahun Baru..semoga this year baik2 saja.. Insya-Allah...

    ReplyDelete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)