Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label Cita-cita dan Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Cita-cita dan Motivasi. Show all posts

Friday, January 2, 2015

Selamat Datang 2015...be good okay... ;-)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hari ni dah berganjak satu hari dalam tahun baru 2015 ni. Alhamdulillah, masih berkesempatan meneruskan perjuangan di bumi Allah. Semoga tahun 2015 ini, aku dapat menjadi lebih baik dari sebelumnya. Hehehehe..siapa yang nak impikan jadi lebih tak baik kan? Ahaks!

Sebelum sembang tahun baru, meh lah recap skit tahun lama, 2014. Aku tak tahu kenapa aku rasa tahun 2014 ni, langsung aku tak sedar ianya berlalu. Tup tup dah hujung tahun. Ambik cuti hujung tahun pun dah terlewat, maka jadinya tak adalah apa-apa percutian hujung tahun…huh, epic sungguh tahun ni bagi aku. Kerja berlambak, urusan pindah rumah yang belum selesai, kalut sana sini..tup tup sedar2, ohhh, this year, kakak dah nak masuk 5 tahun. Hmmmmm…kejap je masa berlalu. Yes, I need to admit, urusan rumah kena selesaikan segera. Bilik kakak nak kena siapkan cepat. Nanti malam2 leh belajar. #Obsespunyaibu… ;-)  tak adalah, just that, aku dengan Incik Daus kena cari masa jugak untuk manage benda ni. 2014, adalah tahun huru-hara bagi kami. Sampai kadang aku rasa, kami berborak through sms dalam sehari pun boleh dikira dengan jari berapa patah perkataan. Hmmm, this is not good, seriously not good okay….jadi misi pertama tahun 2015 adalah, ciptakan lebih waktu untuk aktiviti berdua, dan aktiviti bertiga yang berbeza..Insya-Allah. 

Jadinya tahun 2015..we need to start fresh. Aku dah audit dah dirik sendiri..hahahah! Sorry hubby, your wife memang jenis planning ahead dan jenis yang hal personal pun selalunya plan macam nak buat event besor opice..what to do..sifat genetic…hahahha!

Aku tak adalah azam bagai nak kababommmm sangat2..just that, aku harap tahun ni..berupayalah hendaknya menebus serba sedikit apa yang tak sempat nak buat last year…

1.      Settlekan urusan rumah dan kemas segala barang, punggah segala kotak barang dr rumah Shah Alam tu. Come on..dah setahun dok umah sendiri, apa hal barang dlm kotak lagi ni.. *dussshhhh skali utk aku ngan Incik Daus…

2.      Tunaikan keinginan mak nak gi jenjalan. Mak mula nak ke Kuching, aku pun beria check flight sgala, skali mak tukar route plak…hehhehe..tapi ampunkanlah anakmu ini ya Mak, tak dapat nak pi end of 2014..Insya-Allah, akan try pergi cuti sekolah bulan March ni. Destinasi dalam negara jadi pilihan. Cuma tak sure lagi nak pusing mana.

3.      Tengah memikirkan untuk ada percutian buat diri sendiri ngan Incik Daus. Rasanya dah 5 tahun kami tak ke mana-mana berdua, ala-ala, berhanibulan gitu. Kakak dah besar skit, bolehlah kot ditinggalkan kejap. *tapi jangan bagi tau kakak ye..jenuh nangis kalau tau jalan tak bawak dia…errkkk, tapi ibu dia ni pun, tegarkah utk jalan tak bawak kakak? Ohhh myyyy…

4.      As usual, bila anak dah besar, sume org akan tanya, bila nak tambah anak. Ya, ya, I hear youuuuuu…Insya-Allah, akan diusahakan, sedang diusahakan..doakan semoga rezeki ada buat kami berdua.

5.      Settlekan hutang PTPTN…heheheheh..alhamdulillah, sudah selamat settle akaun degreeku last week. Tinggal akaun diploma saja..skit jer lagik ya..chaiyooookkkkk! ;-)

6.      Mahu memperbaiki diri sebagai seorang Muslim…Insya-Allah….



Friday, January 17, 2014

Matlamat yang pasti: Mencari Keredhaan Allah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Today is cuti…!! Happy Thaipussam to all my dearest frenz yang celebrated this festive okay…

Aku, apakah yang aku buat pada hari ini. Sebagai wanita yang cekal, aku tengah cekal di kedai ni…hehehhe..ya, itulah rutin aku semenjak dua bulan lepas, weekend akan turun ke kedai, sama-sama usahakan business kuih-muih frozen ini..well akan aku tulis lebih lanjut dan details bila aku rasa segala set up kedai sudah stabil ya kawan-kawan…

Ok, aku tak tahu bagaimana nak mulakan menulis hari ini..

Semalam, hati tiba-tiba terasa nak membuka facebook, setelah sekian lamanya aku tak buka facebook dan melihat perkembangan rakan-rakan atau update hal terkini. Mungkin sebab aku malas nak melayan masalah mental setengah orang yang suka melihat update orang lain and then buat cerita yang macam-macam. Lebih sakit lagi ada segelintirnya pula jenis yang suka nak baca update orang lain, lepas tu nak sakit hati sendiri..tak faham akulah..

Tapi entah kenapa semalam, aku tergerak hati untuk tekan button ‘Home’ tu..tiba-tiba terbaca perkhabaran tentang perginya seseorang yang pernah menjadi rakan sekerja aku di syarikat lama. Terkesima kerana usianya juga masih muda, baru menginjak 37tahun dan pemergiannya akibat kanser usus. Bulan lepas, seorang sahabat lama aku pergi juga ketika usianya masih muda, 33 tahun. Meninggal dunia akibat serangan sakit jantung yang pertama. Arwah rebah ketika usai main paintball. Pertengahan tahun lepas, seorang sahabat juga meninggal dunia setelah selesai berjogging, juga akibat serangan sakit jantung, ketika usianya 32 tahun. Allahuakbar, maha suci Allah, akan pada benarnya soal hidup, mati, ajal, maut, jodoh, kaya, miskin, susah atau senang, segalanya atas ketentuan-NYA juga..merancanglah kita sebaik perancangan sekali pun, sesungguhnya perancangan Allah juga yang benar.

“Aku muda lagi…lambat lagi nak mati..” Ternyata ungkapan itu pada aku sama sekali tak relevan. Dan buat aku sendiri muhasabah diri, untuk lebih bersiap sedia menghadapi kematian itu. Kadang-kadang aku lihat keliling, kemudian melihat diri sendiri. Cuba bertanya pada diri sendiri, apa sebenarnya yang aku inginkan dalam hidup? Terimbas pula kursus ESQ yang pernah aku hadiri di syarikat lama. Tanyakan pada diri, apa yang anda sebenarnya mahukan? Mahu hidup senang, mahu membahagiakan kedua ibu bapa, mahu ada kereta mewah, atau mahu barangan berjenama? Nak gelang emas sampai ke pangkal lengan atau nakkan penghormatan dan penghargaan orang lain? Satu perkara sebenarnya yang patut kita letak dalam hati, adalah cita-cita mahu mencari ‘Keredhaan Allah’… itu yang selalu kita lupa, dan itu juga yang kadang-kadang aku sendiri lupa…



Terus-terang aku katakan, bukan mudah mendepani cabaran baru di tempat kerja baru dengan persekitaran yang sama sekali berbeza. Adakalanya aku sendiri dengan jujurnya mengakui bahawa aku hampir hilang diri sendiri. Kalau dulu, aku tak pernah sempat pun nak ambil pusing hal remeh-temeh tapi sekarang dah jadi sebaliknya. Perubahan yang aku sama sekali tak suka. Aku adalah orang yang sangat suka apa yang aku buat dan aku suka belajar sesuatu yang baru. Ini kerana pada aku peralihan seharusnya memberikan aku input baru. Menambahkan satu lagi penanda aras dari segi intelektual diri.

Akhirnya satu hal yang buat aku sendiri terkesima dan semakin muhasabah diri, adalah KEMATIAN. Di kala semua orang sibuk dan kalut menyatakan duit tak cukup, gaji tak cukup, semua pun tak cukup…ada tak sesiapa yang bertanyakan diri, amal kita nak hadapi Allah, sudah cukupkah? Duit tak cukup, selagi masih punya kudat, kita boleh ikhtiarkan. Tapi kalau amal tak cukup, di dalam sana..mana kita nak cari?

Allahuakbar..sungguh aku muhasabah diri….

Buat Allahyarhammah Kak Erni Zurita, Allahyarham Abg Charlie dan Allahyarham Roslan..Al-Fatihah…



Friday, January 10, 2014

2014: Sasaran dan motivasi....Bismillah....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni dah pun melewati hari ke-10 dalam tahun 2014.
Bila dulu-dulu setiap kali tahun baru, sure semua orang nak tanya tentang azam tahun baru dan sebagainya. Tapi aku lebih suka menggelarkannya sebagai ‘target’ atau ‘sasaran hidup’, dan pada aku tidak semestinya ‘target’ ini boleh dilakukan setahun sekali. Kalau perkara yang simple, setiap bulan pun boleh kan. Let say to aim something for next month or next few months.

Alhamdulillah, tahun 2013, berakhir dengan macam-macam hal. Banyak yang dapat kami mulakan dan tahun 2014 ni lebih kepada nak ‘polish’ segala hasil 2013 menjadi lebih cantik.

Jadinya target tahun 2014 ini adalah..nak settlekan hal rumah kami..termasuklah menyiapkan isi dalamnya..dengan harapan dapatlah kami menjemput kaum keluarga berhari raya di rumah kami nanti..Insya-Allah.. sebagai langkah pertama..mulakan tahun baru dengan peti sejuk baru..hahaha..motif sangat…


Aku memang dah lama mengidan nak fridge kaler hitam cam gini..akhirnya..alhamdulillah..rezeki dimurahkan untuk kami memilikinya di awal tahun baru..Thank you so much Incik Daus for belanja your wife with this fridge....suka..suka..suka sangat! Hehehehe....




Itulah target paling besar tahun ini..siapkan rumah….dan selesaikan segala urusan berkaitan rumah ni..



Yang lain-lain target  mungkin…

Rindulah bentuk badan cam gini..hahaha…Insya-Allah…mohon dimurahkan rezeki..ammmiiinnn…




Dan untuk 2014 ini, aku juga menaruh harapan yang tinggi untuk perniagaan keluarga yang dimulakan ini semakin maju dan berkembang. Insya-Allah, nanti aku akan up satu entry khusus tentang business kuih muih frozen ni..



Lagi..apa lagi yang aku harapkan ya..errrmmm...aku cuma berdoa sangat-sangat semoga Allah kuatkan kesabaran aku dalam menghadapi segala dugaan yang mendatang termasuklah dugaan manusia keliling yang kadang-kadang penuh dengan P.H.D...Allahuakbar..mohon dilindungi dan dikuatkan semangat yang ada...

Dan semoga dimurahkan lagi rezeki kami sekeluarga..rezeki terus berkasih sayang juga....sehingga ke Jannah..ammmiiinnn..

Sihat itu rezeki
Bahagia itu rezeki...
Berkatilah kehidupan kami dan sahabat-sahabat kami Ya Allah..