Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera….
Selalunya kan..ada waktunya, kita macam dah tepu
kan..tak tau nak masak apa. Haaa..itu bila mood tengah malas, lagilah tak tau
nak masak apa. Last-lasak jadiklah masakan simple macam aku buat ni haaaaa….hehehhe..simple2
pun sedap plak aku meratah kan.. kih..kih..
Bahan-Bahan
yang digunakan:
Udang (aku guna setengah kilo..)
1 biji bawang besar (bawang Bombay)
5 biji bawang Putih
1 tangkai daun kari
1 batang lobak merah (dihiris panjang)
1 biji cili hijau
Sedikit air
Sedikit garam
Minyak untuk menumis
Bahan Perapan Udang:
Udang diperapkan bersama serbuk kunyit, serbuk
paprika (atau serbuk cili), serbuk lada sulah, dua sudu besar sos tiram, dua sudu besar rempah
kari daging dan sedikit garam dan gula. Digaul sebati dan perapkan selama 15 minit
untuk biarkan rempah tu bersatu dulu.
Untuk Menumis:
1. Panaskan
minyak, tumiskan hirisan bawang besar dan bawang Putih tadi. Masukkan daun kari
dan tumis sehingga naik bau .
2. Kemudian
masukkan udang dan sedikit air. Kuantiti air ni ikut pada citarasa anda. Kalau gemar
nak berkuah sikit, letaklah banyak skit air ya.
3. Masukkan
pula hirisan lobak merah dan sedikit garam. Tapi sebelum tambah garam ni,
rasalah dulu sebabnya waktu perapkan udang tadi pun kan dah ada garamnya. Masukkan
jua hirisan cili hijau tadi.
4. Tunggu
sehingga mendidih dan padamkan api. Udang jangan masak lama sangat, nanti
mengeras, tak sedap pula.
5. Hmmm..senang
kan..dan yummy rasa rempah2 tu..aku suka je.. ;p
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)