Hujung minggu esok kak gayah, cik senah nak masak apa? Hahaha..soalan mak-mak sangat… ;-)
Asam Pedas..ini antara peberet food aku dengan Incik Dauslah. Tapi jenis aku ni kalau masak asam pedas memang suka buat jenis banyak ‘sampah-sarap’..heheheh.. a.k.a..daun kesum dengan bunga kantan tu..lagi banyak lagi best pada aku. Membangkitkan bau dan rasa. Ada tak orang yg sama citarasa dengan aku ni? ;-)
So meh nak share skit, asam pedas versi aku…
Bahan-bahan yang sering digunakan..
Ikan Tenggiri
Bahan Kisar: 1 mangkuk cili kering (aku guna jenis kecil, yang pedas), 20 biji cili padi kampung (memang jenis yang suka pedas), 2 biji tomato, Sedikit daun kesum, 2 biji bawang besar.
Seperti biasa, bunga kantan dan daun kesum. Selain itu, aku masukkan juga beberapa batang bendi. Aku masukkan juga lagi dua biji tomato (dibelah empat). Masukkan juga beberapa asam keping, air, garam dan gula secukup rasa.
Cara Memasak:
1. Panaskan Minyak. Tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau atau pecah minyak.
2. Kemudian, masukkan air secukupnya. Masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih seketika.
3. Masukkan kacang bendi, ikan dan bunga kantan. Apabila kacang bendi dan ikan tadi dah masak, baru masukkan daun kesum dan juga hirisan tomato.
4. Biarkan mendidih sekali lagi sebelum padamkan api.
5. Mudah bukan? Selamat mencuba.
Lagi satu, aku memang suka sangat kalau lawankan
hidangan asam pedas ni, dengan dua benda ni..
TELUR MASIN @ TELUR DADAR..
Macam mengancam je kan..then buatkan ulam
timun..perghhhh… *ok, I is kecuq ayaq lioq okay.. *
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)