Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Yeayyy..dah hari Khamis…esok Jumaat, then cuti..boleh
ek gitu? Ahaks! ;p
So kengkawan, weekend ni apa nak masak ek? *hebattt, piker
nak masak apa weekend dari hari nih ni..hhehehe*
Jom, jom, nak share ni, satu resipi mudah, ringkas,
tapi Insya-Allah berjaya membuka selera.. *sekurang2nya selera aku ngan Incik
Dauslah ya.. *
Last week, waktu hujan-hujan dan sangat malas nak ke
mana, bukaklah fridge, ok, ada daging..so meh menggodek resipi daging. Kalau
nak buat daging goreng kunyit semata-mata, macam malas pulak nak masak satu
lagi lauk berkuah..so marilah masak juadah yang ala-ala 2 in 1.
Bahan-Bahan:
500 gm daging (dihiris nipis)
*1 biji bawang Bombay (kalau saiz besar melampau,
pakai 1 biji dah cukup, tapi kalau saiz kecik, pakailah dua biji)
*5 biji bawang Putih
*20 biji cili padi kampung (kami memang suka pedas)
*Sedikit halia
*Sedikit daun kari
* 2 biji tomato
SEMUA BAHAN YANG BERTANDA (*), HENDAKLAH DIKISAR
SEHINGGA HALUS
2 biji tomato (dipotong empat)
Kicap Masin dan Kicap Lemak Manis
2 sudu besar Sos Tiram
1 cawan air.
Cara Membuat:
1. Panaskan
minyak secukupnya.
2. Tumiskan
bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau atau sedikit garing.
3. Kemudian,
masukkan air (kuantiti air ni pun boleh disesuaikan mengikut keadaan), diikuti
dengan kicap masin dan kicap lemak manis. Aku agak-agak je, so x ada specific sukatan.
4. Kemudian,
masukkan daging tadi dan perlahankan api. Biar sehingga empuk.
5. Masukkan
pula sos tiram.
Setelah daging masak
empuk, padamkan api dan masukkan hirisan tomato. (Aku masuk tomato last sekali
sebab tak suka makan
tomato yang lunyai, lembik..)Selamat Mencuba.. ;-)
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)