Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Hy Kengkawan!
Lama dah kan aku tak share tentang kisah masak memasak kat blog kan...lama dah tak memasak sebenarnya..pengakuan jujur ikhlas dah ni..masak simple2 stakat masak maggi dengan goreng telur je lately ni sebab lebih banyak tak ada di rumah dari yang ada pun kan..
Jadinya baru2 ni, cannot go anymore..dah rasa tak puas dah makan kat luar kan..so terkenang ikan masin tenggiri yang fresh dalam fridge, baru je beli sayur kailan plak..so mari memasak...
Itulah menu ringkas yang menjadi mukadimah 'dapurku' setelah sekian lamanya tak berasap...huhuhuu..
Meh share bahan-bahannya:
Sayur Kailan (aku beli sepaket dari Giant)
Ikan Masin Tenggiri ( 1 potong, saiz besar)
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
5 biji cili padi
10 biji bebola ikan (dibelah dua)
2 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Cara Memasak:
1. Goreng ikan masin tenggiri terlebih dahulu sehingga garing. Kemudian, hancurkan isinya.
2. Sayur kailan tadi, dibersihkan dan dipotong. Macam aku, aku asingkan batang sayur dengan daunnya. Bila aku goreng, aku masukkan batang sayur tu dahulu. Yang daunnya kemudian, sb daun kan mudah je layunya.
3. Ambil sedikit minyak baki gorengan ikan tenggiri tadi.Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris nipis tadi. Aku actually cincang keduanya bagi halus betul. Cili padi tu plak, ketuk-ketukkan. Kalau rajin lagi, tumbukkan kesemua bahan ini. .
4. Bila dah naik bau, masukkan bebola ikan, sedikit air dan sos tiram. Masukkan batang sayur.
5. Kacau seketika dan masukkan daunnya pula. Masukkan isi ikan masin tenggiri yang telah dihancurkan. Gaul sebati.
6. Jangan gaul lama sangat, agak sayur tu dah masak, padamkan api.
7. Sedia dihidang. Senang aje kan...
Makan dengan nasi panas, sama telur dadar pun dah berselera yang amat sangat.. ;-)
Cubalah ya...
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)