Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Kalau dah nama pun menginap kat area Kuala Perlis
ni..apatah lagi dekat sangat dengan Jeti Kuala Perlis ni..amatlah xberbaloi
kalau tak cuba makan seafood kat sini. Dekat tepi area T-Hotel ni, memang
banyak deretan kedai yang menjual makanan, khususnya seafood.
Matahari terbenam..Subhanallah...
So apa lagi, malam tu, kami pun terjahlah. Kat sini,
kena tabahkan hati tau sebab by the time kita jejak je kaki kat food court ni,
semua peniaga pun dah tunggu masa nak serbu kita. Rimas memang rimaslah. Tapi
bertabahlah ya. Dieorang akan ‘pujuk a.k.a paksa’ kita memilih kedai dieorang.
So pandai-pandailah elak. Dan memang serabut juga nak buat pilihan, antara nak
tengok list menu..nak tengok macam2 jenis seafood dan nak dengar org dok soh ko
masuk kedai dieorang. ;-)
First time aku pergi dulu, aku tak ingat dah kedai apa
yang aku makan. Kali ni kami try Mona Ikan Bakar.
Gambar kat atas ni view dari jalan luar...
Silalah pilih ya adik2...
Hahahhaa..muka bosan.. asyik kena sakat dengan Ibu..ntahlah..Ibu memang ada satu habit, suka sakat kakak sampai kakak nangis..hahhaha...selalu buat bapak stress..sebab nanti kakak nangis, nangis kuat2 plak tu..lepas tu aku sengih2 je..hahahha!
Oklah..meh kita tengok antara menu yang kami order..
Ikan Pari Bakar
Sedap..garing just nice…dengan sos atas..
Boleh cicah dengan sume benda ni..sambal belacan dia
best jugak pada aku..
Sotong goreng tepung. Cara goreng sotong ni dah kena
dah dengan gaya aku suka. Cuma kurang skit dari segi perisa dia. Rangup-rangup
ok dah…
Ikan kembung goreng masak kicap..ni untuk kakak…memang
sedap..aku plak yang ketagih nak meratah..mujur ambik 2 ekor..hehehehe…
Ini plak Siput Biji Nangka, first time kami cuba makan
siput ni. Dibuat masak pedas. Sedap plak, memang sedap. Siput ni rasa lemak
manis dia sendiri. Chewy gitu..yelah..siput kan… memang puas hatilah…
Untuk sayur selain ulam tu, kami order kangkung goreng
belacan. Ya, makanlah sampai senak perut..hehehhe…
Bismillah...jemput2 makan...
Overall, makanan kat Mona Ikan Bakar ni, memang sedap dan aku leh recommend kat u alls semua..sedap berasa...trip aku baru ni ke sana..ada try makan satu tempat lain, tp dekat foodcourt sini jugaklah, sajalah konon nak cuba gerai lain..ermmm..memang mengecewakan..sangat xsedap...mcm cair semacam (menu berkuah) dan ada lauk mcm terlupa letak garam..payau je makan..huhuhuhu...so next time dah tau, memang akan makan di Mona Ikan Bakar ni jelah..
Ok..kakak dah kenyang..dah start tonyoh2 mata..itu petanda..kakak dah ngantuk...hehehhe...
Babai ya...
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)