Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Dulu, aku selalu berharap untuk mendapat anak lelaki
untuk anak sulung. Pada pandangan peribadi aku, anak sulung lebih sesuai jika
ianya lelaki. Tak tahu kenapa aku berfikiran macam tu. Aku sendiri pun anak
sulung. Mungkin setelah melalui ‘erti menjadi anak sulung’, aku merasakan ‘jawatan’
tu sesuai dengan anak lelaki. Cuma jangan salah faham tau maksud aku ni, ni Cuma
pendapat aku waktu pemikiran aku pun masih mentah..
Bila mengandung, aku masih berharap agar dapat anak
lelaki. Incik Daus tak kisah, tapi rasanya dia lebih sukakan anak perempuan.
Akhirnya, Allah memberi rezeki kurniaan anak perempuan buat aku. Lebih buat
kami teruja, bila dimaklumkan kandungan kembar, kembar seiras.
Sekarang, kakak dah nak masuk 5tahun, October tahun ni.
Apa rasa ada anak perempuan? ;-) Aku rasa syok sangat..sebab aku dgn kakak dah macam BFF..teman sepermainan dan sepergaduhan gitu..ahaks!
Wajah 'bodyguard' kesayangan ibu...kemain eksen lagi cara duduk tu..
Kakak, dari segi jiwa dalamannya, aku rasa lebih sama
macam aku. Kakak kuat hatinya…sangat kuat azamnya. Kalau itu kakak nak, kakak
akan nak itu juga. Yes, exactly like me! Pada aku, tak ada benda yang mustahil
untuk kita perolehi kalau kita berusaha. Kalau kita duduk je kat situ dan
mengharap kehidupan kita bertambah baik, memang ‘SELAMAT TERUS BERANGANLAH YA…’.
Kakak banyak cakap (dengan family je lah..ada je benda
nak tanya..), Ibu kenapa itu, kenapa ini..kenapa bumi ada awan? Apa fungsi
awan? Ibu, ALLAH tu mana? Kenapa kakak tak boleh tengok ALLAH? Ya, those are
the questions yang kakak selalu tanya pada aku. Jawapan perlu ringkas dan
sememangnya jawapan yang ‘real’. So, korang bayangkanlah betapa aku kadang2
bagaikan nak tercekik air liur sendiri setiap kali kakak bertanya..
arggghhh..kakak, kenapa tak tanya kat Ibu aje..nape tak libatkan Bapak dalam
soalan2 susah ni…huhuhuuhu… *nangeeesss sambil rasa macam nak pi library buat
ulangkaji banyak skittt…*
Aku jenis orang yang suka buat sesuatu ikut aturan
aku. Dan aku bukanlah orang yang sangat bersabar dan mampu bertabah dengan sesuatu
yang ‘slow’. Nampak gayanya kakak pun jenis yang macam tu..kecuali bab berangan
tu..itu kdg2 macam Bapak sikit. Cuba bapak kena hadaplah setiap kali balik,
kakak akan biasa dengan rutin ‘RULES IBU’. Contoh, bapak, kita tak boleh tengok
TV dalam gelap, nanti mata kita rosak..kan Ibu? Bapak, kita tak boleh tengok
tab dekat sangat, nanti mata kita rosak kan Ibu? Bapak, baju kena gosok, kalau
baju tak gosok nanti kakak tak cantik..kan IBu? Hahahha…punya banyak, ‘KAN IBU?”…sampai
naik stress bapak! Hahahha..ya, itulah penangannya bila Isnin-Jumaat, kakak
selalu dengan ibu. KAKAK-IBU, dah macam partner in crime..hehehhe..
Macam sekarang, kakak pun nak ada lipstick, kakak pun
nak ada compact powder, kakak pun nak ada sling bag..kakak pun banyak koleksi
kasut..hahhaa..exactly like me!! Kecuali minat kakak pada lagu, band dan muzik.
Minat tu lebih kepada bapak. Dan kecenderungan kakak menulis menggunakan tangan
kiri, itu pun ikut Bapak.
Perasaan aku sekarang bila ada anak perempuan?
Alhamdulillah, aku sangat bersyukur. Kakak walaupun masih kecil, dah macam ‘sahabat’
aku dah. Kami berbual, shopping sama, masak sama dan bertekak jugak secara
berjemaah..hahahha! Especially waktu bapak ada, saja je nak kasik kepala bapak
pusing2 nampak bintang…hahah! Ohhh lagi satu, hobi kami..berebut cermin waktu
pagi…hahahha…aduiii…sure jiran2 ingat dalam rumah kami ada sampai 10 orang cara
bising setiap pagi tu…
Suka sangat buat muka cebik2 cam tu..apake kata budak2 zaman sekarang, duck face? aishhh!
Hmmm..hujung minggu ni nampak gayanya, aku kena buat
cupcakes..sebab masuk hari ni dah 4 hari dah kakak asyik mengomel…
“ Lamanyalah kan ibu, kakak nak buat cupcakes…kakak
nak buat cupcakes..tapi kakak nak cupcakes coklat..kakak janji, kalau ibu ajar
kakak buat cupcakes..kakak akan makan semua cupcakes tu..ok ibu?”
Hahhaha…dushhh..dushhh!! sedih tau statement..hmmm..ni
memang kemahiran kakak, mencipta dialog touching… aduuuiii..nampak gayanya mood
rajin kena ku binalah di hujung minggu ni…nak2 plak Isnin tu Ibu nak fly…waaahhhhh
fly ya ibu..jauh sangat ke tu nak fly nya? Hahahaha…tttuuuunnnnggguuuu..kisah
percutian ‘single mingle’ terhebat abad ini..kih..kih..kih…
Salah satu bakat ibu yang berjaya diperturunkan kepada kakak...bakat 'PHOTOGEDIKKSSS'..hahhaha!
Tapi still suka main benda2 ni..kakak..kakak...
Shhhhh..saya nak bagi tau ni..yang sayalah anak busuk masam kesayangan ibu..walaupun saya dah mandi wangi2..ibu kata saya tetap anak bucuk macchhaaammm ibu sampai bila2.. ;-)
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)