Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, December 23, 2014

Kesiannya wahai anakku...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Sorrylah ya kalian semua yang ada mengikuti blog ni, aku lately ni memang jarang sangat ada masa nak mengadap dan menaip. Sebab terlampau mcm2 benda nak kena buat dan sangat letih. Balik rumah je, memang rasa letih yang amat sangat. Aku pun jadi tak sihat, dah dua minggu diserang ‘cherry berry’..ngan muntah2..badan berangin semacam..terasa nak pi berurut ni..

Tahun 2015, memang rasanya tak sempat nak fikir apa yang jadi..tup tup ni, dah terasa nak hujung tahun. Plan bercuti pun tak sempat. Hujung tahun ni ada dua kenduri sepupu. Dengan event opice pun back to back. Kalau dilihat keadaan aku skrg ni, memang rasa mcm tolak diri sendiri je.

Meh bagi nengok muka penat satuuuuu..sememeh je kan..jerawat bertaburan toksah cakaplah..lama dah tak jadik cam gini..

Muka pucat lesi...

Kesian kakak..

Pagi Jumaat last week, aku ngan Incik Daus cuti, sebab nak kenduri si Intan, sepupu aku tu. Kejutlah kakak awal. Kakak bangun ni, kalut2 tanya aku ngan Incik Daus cuti ke? Aku pun takdelah terasa apa..aku cakap jelah, ya, kami cuti.

Tiba-tiba kakak rasa excited ni, terus ambik beg sekolah kakak, terus g kat tempat baju dia..terus mengemas baju bawak masuk beg. Aku jadi confuse jap, tanyalah kakak..kakak, kakak kemas nak ke mana ni..

“Kakak nak pergi jalan-jalanlah, kan bapak ngan ibu cuti ni. Kakak kemas beg ni, kakak nak bawak baju mana lagi ek ibu..?”

Time tu..rasa macam dusssshhhhhhhh!!! Hati bagai ditusuk sembilu okay…Allah..kesiannya kakak…dah mula faham bahawasanya kalau cuti sekolah, ibu dengan bapak kenalah bawak jalan-jalan. Tak sampai hati sangat rasanya tau…

“Kakak, nanti ya, lepas kita balik Alor Setar nanti, ibu dengan bapak bawak kakak gi jalan-jalan ya..sekarang ni tak boleh lagi..kita kena pergi kenduri dulu ok..” sambil cakap tu, mata dah bagi signal kat Incik Daus, lepas ni tak boleh tidak, kena jugak ni bawak kakak ke mana-mana. Dekat atau singkat waktunya, takpelah, janji jalan.

Sedihnya..terus bawak kakak gi bekpes dulu…




Tahun ni memang tahun yg sangat memenatkan..ibu dengan bapak sorry ya kakak..ibu start planning dah ni..kita akan go somewhere tau early next year..Insya-Allah..semoga tiada tuntutan kerja yang mendesak sangatla ya awal tahun ni..sob..sob..sob..





No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)