Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, February 17, 2016

WAD KECEMASAN untuk muhasabah diri...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Setelah bercuti lama menyambut Gong Xi Fa Chai…eh..eh..hehhehe..xlah. Sibuk actually ada event. Lately cuaca panas betul kan..kalau habis kerja tu rasa macam nak lari balik rumah cepat-cepat dan berendam dalam bath tub je…eh..eh..ade ke kat rumah tu bath tub..hahhaha….

Ok, hari ni nak share benda yang melankolik skit..sayu je penceritaannya…ewah! Last two weeks actually aku dengan rakan sekerja aku ni sibuk uruskan event. Dalam sibuk-sibuk tu, Allah uji dengan dugaan kemalangan pada rakan aku ni la. Jadinya di satu petang, tersadailah kami di sini…




WAD KECEMASAN (ER). Inilah lokasi yang pernah suatu ketika dulu sangat kerap aku kunjungi. Arwah abah dan mak memang bekerja di hospital. Arwah Abah pernah bertugas di ER ni pun. Aku ni actually ada perangai pelik. Aku suka menghabiskan masa duduk di depan ER ni sementara tunggu arwah abah atau mak aku habis waktu kerja. Tapi lebih pelik sebab aku tak minat langsung dengan kerjaya dalam medical line ni. Sekadar suka memerhatikan doctor dan nurse buat kerja.

WAD KECEMASAN (ER) bagi aku adalah lokasi yang banyak mengajar aku erti hidup dan erti bersyukur. Di sini, banyak kepelbagaian hidup dan dugaan yang boleh kita lihat. Di sini jugalah tempat yang paling baik untuk menginsafi diri kerana adakalanya mereka yang dihantar ke sini akan berakhir dengan kematian.

Petang tu, setelah sekian lamanya aku berada di situ sambil bermuhasabah diri. Sedih melihat ada anak kecil yang sakit dan dibawa ke sini. Melihat ibu bapa gigih memujuk anak dan menjanjikan sesuatu yang tak pasti seperti “Tak sakit..doktor cucuk sikit je ya…” Sedang hakikatnya aku pasti hati si ibu tentu menafikan apa yang keluar dari mulut sendiri. Dia juga tak pasti..sama seperti mana aku melalui dua tahun kakak perlu buat rawatan susulan dan segala pemeriksaan berkaitan akibat komplikasi kelahiran dia dulu.

Ada sebuah keluarga, seorang mak dan empat orang anak yang masih kecil. Kemalangan di dalam kawasan parkir. Niat dihati mak, nak bawa anak-anaknya beriadah tetapi berakhir dengan seorang anak berdarah kepala dan seorang lagi berdarah di tangan. Anak yang paling kecil menangis tanpa henti akibat trauma. Datang si ayah, marah-marah tanpa perasaan. Tak peduli pun seluar si isteri dah koyak rabak, jalan si isteri pun dah terhencut-hencut. Anak-anak berdarah-darah, sorang tunggu untuk x-tray, sorang lagi tunggu nak kena jahit dahinya akibat luka yang sangat dalam. Sedar xsedar, kelopak mata aku yang bergenang. Bukan si isteri tu nakkan kemalangan, dia pun xtahu benda nak jadi. Sekelip mata je. Tapi aku kagum dengan anak sulung mereka. Sebabkan si ayah pergi bawak dua orang adik-adiknya balik dan xkembali lagi ke ER tu..semuanya si ibulah yang uruskan. Waktu dia nak kena jahit dahinya, aku ada di dalam Minor OT Room tu. Kesian sangat…dia anak yang kuat. Ya Allah..semoga dia membesar menjadi anak yang baik. Nurse pujuk dia, dan dia bertanya antara yakin dan tidak..sakit tak nurse? Waktu itu dia seorang dan usianya tak salah aku di antra-7-8 tahun. Tubuhnya kecil tetapi semangatnya aku kagum. Nurse memujuk dengan tenang dan terima kasih wahai nurse sebab keupayaan menenangkan anak itu sangat baik. Bila doctor datang membawa jarum, dan mengarahkan dia untuk menutup mata. Jangan tengok, kata doctor. Kalau sakit, tahan saja! Eiii, aku plak yang rasa macam nak hempuk doctor tu. Anak ini terus anggukkan kepala lantas menekup mulut dengan kedua tapak tangan. Seakan memujuk diri sendiri untuk tidak menjerit atau termenangis kuat. Aku sedih yang amat sangat, terasa mencengkam ke tulang hitam! Apatah lagi bila doctor bertanya, mak dia mana? Mak dia bersama si adik yang luka tangannya dan di bawa ke bilik x-tray. Sambil doktpr cucuk bius, terdengar esakan kecil anak itu. Tapi dia tak meronta bila doctor mula menjahit luka, Cuma esakan kedengaran semakin kuat tapi dia kuat mengawal dengan menekup mulutnya. Sampailah bila maknya masuk, ternampak airmatanya menitis antara menahan sakit dan memujuk diri menjadi anak lelaki yang kuat. Allah Maha Besar, diutuskan bapa segarang itu untuk anak ini, semoga dia membesar menjadi anak yang kuat, anak yang baik dan sentiasa taat pada ibunya..Insya-Allah…

Macam-macam yang aku lihat untuk hanya 4jam berada di dalam ER itu. Ada yang terpotong jari, kemalangan di tempat kerja, ada yang sesak nafas, ada yang jatuh terkoyak gusi sewaktu bermain. Ada yang kemalangan motor, ada yang kritikal dan ada yang separa kritikal. Mereka melalui nasib mereka, ada yang bersifat ujian sementara malah ada juga yang bersifat kekal dan ada di antaranya melalui ER sebagai UJIAN AKHIR dari ALLAH. Macam mana pula dengan aku? Macam mana pula dengan kita? Kita tak pernah tahu kan….

Ya Allah, betapa masa itu cepat berlalu. Betapa aku bersyukur kerana aku merasai nikmat SIHAT..Aku bersyukur Allah berikan kesihatan dan tumbesaran yang baik untuk kakak. Aku bersyukur kerana Allah ambil arwah Durratul waktu dia masih bayi supaya dia tak merasai sakit. Alhamdulillah, pada satu muhasabah diri yang sangat ‘deep’ di satu petang….



4 comments:

  1. Replies
    1. mekasih anum...sorry lambat reply..bz bebenor kunun-kununnya..hehehe

      Delete
  2. betul tu...semoga kita terus bersyukur dengan nikmat yang Allah beri...tetiba sebak baca entry ni...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah sis.... peringatan bersama...sharing is caring.. ;-)

      Delete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)