Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera….
Lama menyepi dari blog. Balik
rumah, asyik pandang je skrin PC ni…mood mana menghilang. Cuba cari guna waze,
GPS dan Google Map..masih sesat… *tutup muka*
Pembukaan 2017 yang sangat
memeritkan malah menyesakkan kepala. Eh xpe, yang suka menganiaya tu sila
jangan tepuk tangan atau tersenyum sinis bila terbaca yang aku memang terasa
stress atas perbuatan korang. Tiap kali aku nak ‘breakdown’, pandang wajah
kakak…NO, I need to be STRONG! Allah tidak akan uji kita di luar kemampuan
kita…Insya-Allah…maka janganlah jatuh, bangkitlah kembali!
KOSONG…sangat kosong. Masa
berdiam diri ini aku ambil untuk perhatikan keadaan setiap orang di sekeliling
aku. Allah…benar, dunia semakin di akhir zaman. Aku jadi semakin takut. Jika
ini caranya Allah datangkan kesedaran buat aku….aku amat-amat bersyukur.
Aku lihat di keliling
aku..setiap hari, aku perhatikan semua lakonan bersilih ganti. Yang alim
penampilannya, hanya sekadar ‘luaran’, hati langsung tak punya belas. Bukankah
Allah mengatakan bahawa jika kita semakin dekat dengan-NYA, maka hati kita akan
penuh dengan rasa belas sesama manusia. Mana mungkin seseorang yang fasih hukum
agama dan sering mengaturkan pelbagai siri tazkirah…hanya mampu mengikut kata
sang KETUA tanpa bertanya mana keadilan demi ketamakan gaji bernilai ribuan ringgit? Anda
tahu perbuatan itu salah tapi anda berselindung di sebalik dua suku kata
sahaja, TAK TAHU. Untuk anda, saya juga tak tahu…tapi saya yakin yang amat
sangat ALLAH TAHU apa yang anda rencanakan di belakang saya.
Aku lihat, semakin ramai yang
di depan kita lembut tutur bicaranya tetapi di belakang kita, itulah yang
paling pandai menghasut. Kadang aku cuba bandingkan, diletakkan bersebelahan
dengan diri sendiri…jika dilihat dari intonasi suara dan cara susun atur
bicara…aku pastinya tewas sama sekali. Susah betul nak bersaing dengan pelakon
di akhir zaman ini. Tak mengapa Erny, biar tidak lembut di depan manusia..janji
ALLAH tahu hatimu…
Dan aku juga lihat, manusia
yang paling banyak berdusta atas nama gossip…itulah juga manusia yang punya
tahap keyakinan paling tinggi. Hari ini dikhabarkan kepada orang ini tentang
satu hal, namun jika ditanya kembali kepada si dia itu selepas 3 hari
berikutnya..lantas pantas menjawab..”Eh, saya tak tahu..ya ke saya cakap macam
tu..mana ada!.” Bertebaran pulalah kemudiannya cerita yang kita pula yang suka
buat cerita…hakikatnya satu yang aku amat yakin, orang yang suka jadi ‘batu
api’ ini memang cepat ‘delete’ apa yang disampaikan supaya bila diterjah, dia
terus yakin kata itu bukan dari mulutnya. Kerana apa? Kerana hatinya sudah
keras, tidak ada terdetik walau secebis rasa berdosa pada yang difitnah.
BERANI KERANA BENAR. Tapi di
sini aku lihat…TAKUT KERANA BENAR…yang dipegang, BILA BENAR..LARILAH…TAK PAYAH
JAWAB. Dan bila anda inginkan kepastian, anda dikatakan suka cari pasal.
Lupakah pada si penganiaya ini bahawa ketika Rasulullah s.a.w menyebarkan
Islam, baginda dicaci maki..tetapi baginda tetap tenang dan terus menyebarkan
kebenaran tentang agama. Baginda tidak langsung menggunakan kekerasan, malah
baginda masih melayan sama sahaja meskipun musuh yang mendamba untuk
menghapuskan baginda. Jika benar anda adalah benar, jujur mengikut arahan yang
benar juga prosedurnya, mengapa harus LARI, mengapa harus MENYOMBONG, mengapa
harus BERPALING dan TIDAK BERTEGUR, hatta menunjukkan empati? Anda lupa bahawa
jawatan anda adalah AMANAH ALLAH, kerja juga SATU IBADAH. Maaf, aku bukan seperti
anda…santun sopan, kelihatan penuh adab..aku adalah jenis yang kalut…pemakaian
pun sekadar yang patut. Aku jarang pandai membicarakan soal hadis seakan bijak
laksana. Bukan kerana aku lemah ilmu
agama, sebaliknya setiap tazkirah yang anda aturkan untuk aku dengar..aku
dengar dengan hati penuh lemah, hina. Bukan di sisi anda, tetapi di sisi ALLAH.
Aku tak berani mengangguk-angguk seakan maksumnya aku kerana aku adalah manusia
biasa. Masih jauh perjalanan untuk menjadi hamba-NYA yang baik.
Ujian yang menimpa diri ini,
aku anggap satu jentikan manja ALLAH buat aku…mengajar aku erti REDHA…dan
barangkali ia juga ujian ALLAH buatmu, satu ISTIDRAJ barangkali.
Tempoh berdiam diri ini,
bukan satu tempoh kekalahan..sebaliknya satu tempoh untuk aku memahami
sedalamnya permainan duniawi yang kata kuncinya hanya tiga, PANGKAT, KUASA, dan
DUIT.
ALLAHUAKBAR…
Semoga hati ini terus
disimbahi rasa takut hanya kepada-MU…
Biar hati ini terus cekal
memegang AMANAH-MU…tak mungkin membenarkan kemungkaran…meskipun hidup ini bakal
disusahkan oleh manusia-manusia itu…aku redha Ya Allah….
Terima kasih pada yang
membaca luahan hati ini…sorrylah ya, bukan main lagi luahan…heheheh….lega
rasanya dapat menulis apa yang terbuku….alhamdulillah…dah, jom tido…. ;-)
Semoga esok lebih baik…Insya-Allah….
singgah pagi jumaat
ReplyDeleteJm pun penyakit M makin teruk dh skrg huhuh
ReplyDeleteitulah kan JM...adeyyy..mintak seru hikmat kerajinan ssaaattuuu..yeehaa.. hahhaha...
DeleteItu semua cabaran dan dugaan hidup kita kena bijak menangani
ReplyDeletemekasih sis..terharu plak...time2 cenggini..sesiapa saja yang bagi ayat2 motivasi semuanya leh mendatangkan sebak... Insya-Allah, cuba untuk kuat...
Delete