Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, January 24, 2017

Jom Makan Best di Matang, Taiping: Kari Sembilang Claypot di Selera Azrorasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Hy kawan-kawan alam maya sekalian..hehehe…ada kawan ke kiter ni…ahaks!
Ok, semalam kita dah merasa kesedapan kari ikan sembilang di Kedai Kopi Kari Sembilang Matang, boleh rujuk link berikut:

Jadi untuk hari ini, jomlah kita berkongsi pengalaman makan kari ikan sembilang juga tapi kali ini di Kedai Makan Azrorasa….


Lokasi kedai ini terletak di dalam kawasan Kampung Matang Gelugor. Ya, kedainya masih di dalam kawasan Matang. Kalau Kedai Kopi Kari sembilang masuk simpang kanan (bila berada di Simpang Tiga, berhadapan Muzium Matang), Kedai Makan Azrorasa ini pula menghala ke Simpang Kiri.

Jalan terus sampailah anda menemui pintu gerbang ini….


Jalan masuk ke kedai makan Azrorasa ini jalan kampong ya, so bawalah dengan berhemah. Lokasinya agak ke dalam sedikit. Jalan terus sehinggalah anda melepasi jambatan comel ini.


Di sinilah letaknya kedai makan Azrorasa yang turut menyajikan kari ikan sembilang sebagai signature dish. Selain kari ikan sembilang, ramai juga yang memperkatakan tentang ketam masak cili mereka…


Kedai makan ini terletak di tepi sungai. 




Persekitaran juga jauh lebih bersih jika dibandingkan dengan Kedai Kopi Kari Sembilang Matang yang kami kunjungi semalam.


Kami tiba awal hari ini, siap call dulu untuk membuat pesanan. Kami belajar dari pengalaman…heheheh…sebab kedai Azrorasa pun sama, hanya akan masak bila kita membuat tempahan. Jadinya, kami call dulu sebelum sampai. Masalah bila nak menempah adalah satu je, susah nak dapatkan harga. Bila ditanya, jawapan adalah ikut size ikan dan berat.


Kami memilih untuk duduk di tepian sungai, sejuk saja suasana dengan angin sepoi-sepoi..ewah….

Sementara menunggu makanan sampai, sempat lagi nak berbuai dengan kakak…


Ok, ini yang kami order….


Kari Ikan Sembilang, Ikan sembilang Goreng, Ketam Masak Cili dan ulam-ulaman.

Marilah kita meninjau satu persatu hidangan di sini…


Ketam Masak Cili, kami order 5 ekor. Secara jujurnya, rasanya tidak menepati citarasa kami sekeluarga. Kurang menyengat dari segi rasanya…rasa plain…tapi ketam dia memang banyak isi.

Then, inilah menu yang dinantikan…


Kari Ikan sembilang. Kari Ikan Sembilang di sini istimewanya sebab dimasak menggunakan claypot. Bila dihidang masih panas-panas. Berbeza dengan kedai sebelum ini, karinya kosong tanpa bahan ramuan yang lain dan sewaktu dihidangkan tidaklah begitu panas. Kari di sini ada bendi dan disebabkan kami sampai awal, ikannya pun besar. Jika diukur dari segi rasa, mak lebih menggemari rasa kari di sini. Aku pula lebih sukakan kari di kedai Pak Ya tu…Incik Daus plak suka kedua-duanya...heheheh…so u all kenalah cuba keduanya untuk membuat pilihan. Satu lagi kelebihan di Azrorasa ini adalah, nasinya juga dihidang masih panas berasap-asap. Memang layanlah, keluar habis peluh macam pi jogging tu time makan…hahahha….


Hidangan seterusnya adalah ikan sembilang goreng..kami order dalam 4 ekor. Kalau ikan goreng, semua sebulat suara memilih ikan sembilang goreng di sini yang lebih berperisa ramuan gorengannya sebagai pemenang.


Di sini tak ada sayur campur, hanya ada set ulam.

Bagaimanapun kalau tak mahu menunggu, boleh juga memilih untuk mengambil nasi dan lauk-lauk yang siap dimasak. Ada juga disediakan satu buffet line untuk pengunjung yang tak mahu menempah ala-carte. Cumanya tak banyaklah menu pilihan. Tapi bagus juga, tak payah pening nak memilih kan….hehehhe….

Apa pun, hidangan masakan kampong memang sedap. Memang best dan boleh memenangi selera kami sekeluarga. Rasa macam nak repeat lagi makan kari ikan sembilang ni…heheheh….

Kalau dari segi harga, makanan di Azrorasa ini lebih mahal berbanding dengan harga makanan Kedai Kopi Kari Sembilang. Di sini semua harga makanan kami tadi adalah dalam RM 135+. Mungkin sebab ketam tu…. J

So pada sesiapa yang sukakan kari sembilang, datanglah ke kawasan Matang, Perak…banyak pilihan kari sembilang untuk anda cuba….
Meh aku sharekan lokasi …

Kedai Makan Azrorasa (Selera Azrorasa)
Alamat: Gr 131 B, Kampung Matang Gelugor, 34750,
    Taiping, Perak, Malaysia, 34750 Taiping, Malaysia
No. Telefon: 05-841 2004 / 013-5332253 / 013-5184479

Waktu Operasi: 12pm - 10pm (Selasa - Ahad)

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)