Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, April 14, 2017

PANGKAT, KUASA DAN DUIT



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Lama menyepi dari blog. Balik rumah, asyik pandang je skrin PC ni…mood mana menghilang. Cuba cari guna waze, GPS dan Google Map..masih sesat… *tutup muka*


Pembukaan 2017 yang sangat memeritkan malah menyesakkan kepala. Eh xpe, yang suka menganiaya tu sila jangan tepuk tangan atau tersenyum sinis bila terbaca yang aku memang terasa stress atas perbuatan korang. Tiap kali aku nak ‘breakdown’, pandang wajah kakak…NO, I need to be STRONG! Allah tidak akan uji kita di luar kemampuan kita…Insya-Allah…maka janganlah jatuh, bangkitlah kembali!
 
KOSONG…sangat kosong. Masa berdiam diri ini aku ambil untuk perhatikan keadaan setiap orang di sekeliling aku. Allah…benar, dunia semakin di akhir zaman. Aku jadi semakin takut. Jika ini caranya Allah datangkan kesedaran buat aku….aku amat-amat bersyukur. 


Aku lihat di keliling aku..setiap hari, aku perhatikan semua lakonan bersilih ganti. Yang alim penampilannya, hanya sekadar ‘luaran’, hati langsung tak punya belas. Bukankah Allah mengatakan bahawa jika kita semakin dekat dengan-NYA, maka hati kita akan penuh dengan rasa belas sesama manusia. Mana mungkin seseorang yang fasih hukum agama dan sering mengaturkan pelbagai siri tazkirah…hanya mampu mengikut kata sang KETUA tanpa bertanya mana keadilan demi ketamakan gaji bernilai ribuan ringgit? Anda tahu perbuatan itu salah tapi anda berselindung di sebalik dua suku kata sahaja, TAK TAHU. Untuk anda, saya juga tak tahu…tapi saya yakin yang amat sangat ALLAH TAHU apa yang anda rencanakan di belakang saya. 

Aku lihat, semakin ramai yang di depan kita lembut tutur bicaranya tetapi di belakang kita, itulah yang paling pandai menghasut. Kadang aku cuba bandingkan, diletakkan bersebelahan dengan diri sendiri…jika dilihat dari intonasi suara dan cara susun atur bicara…aku pastinya tewas sama sekali. Susah betul nak bersaing dengan pelakon di akhir zaman ini. Tak mengapa Erny, biar tidak lembut di depan manusia..janji ALLAH tahu hatimu…

Dan aku juga lihat, manusia yang paling banyak berdusta atas nama gossip…itulah juga manusia yang punya tahap keyakinan paling tinggi. Hari ini dikhabarkan kepada orang ini tentang satu hal, namun jika ditanya kembali kepada si dia itu selepas 3 hari berikutnya..lantas pantas menjawab..”Eh, saya tak tahu..ya ke saya cakap macam tu..mana ada!.” Bertebaran pulalah kemudiannya cerita yang kita pula yang suka buat cerita…hakikatnya satu yang aku amat yakin, orang yang suka jadi ‘batu api’ ini memang cepat ‘delete’ apa yang disampaikan supaya bila diterjah, dia terus yakin kata itu bukan dari mulutnya. Kerana apa? Kerana hatinya sudah keras, tidak ada terdetik walau secebis rasa berdosa pada yang difitnah. 

BERANI KERANA BENAR. Tapi di sini aku lihat…TAKUT KERANA BENAR…yang dipegang, BILA BENAR..LARILAH…TAK PAYAH JAWAB. Dan bila anda inginkan kepastian, anda dikatakan suka cari pasal. Lupakah pada si penganiaya ini bahawa ketika Rasulullah s.a.w menyebarkan Islam, baginda dicaci maki..tetapi baginda tetap tenang dan terus menyebarkan kebenaran tentang agama. Baginda tidak langsung menggunakan kekerasan, malah baginda masih melayan sama sahaja meskipun musuh yang mendamba untuk menghapuskan baginda. Jika benar anda adalah benar, jujur mengikut arahan yang benar juga prosedurnya, mengapa harus LARI, mengapa harus MENYOMBONG, mengapa harus BERPALING dan TIDAK BERTEGUR, hatta menunjukkan empati? Anda lupa bahawa jawatan anda adalah AMANAH ALLAH, kerja  juga SATU IBADAH. Maaf, aku bukan seperti anda…santun sopan, kelihatan penuh adab..aku adalah jenis yang kalut…pemakaian pun sekadar yang patut. Aku jarang pandai membicarakan soal hadis seakan bijak laksana. Bukan kerana aku  lemah ilmu agama, sebaliknya setiap tazkirah yang anda aturkan untuk aku dengar..aku dengar dengan hati penuh lemah, hina. Bukan di sisi anda, tetapi di sisi ALLAH. Aku tak berani mengangguk-angguk seakan maksumnya aku kerana aku adalah manusia biasa. Masih jauh perjalanan untuk menjadi hamba-NYA yang baik. 


Ujian yang menimpa diri ini, aku anggap satu jentikan manja ALLAH buat aku…mengajar aku erti REDHA…dan barangkali ia juga ujian ALLAH buatmu, satu ISTIDRAJ barangkali. 

Tempoh berdiam diri ini, bukan satu tempoh kekalahan..sebaliknya satu tempoh untuk aku memahami sedalamnya permainan duniawi yang kata kuncinya hanya tiga, PANGKAT, KUASA, dan DUIT. 

ALLAHUAKBAR…

Semoga hati ini terus disimbahi rasa takut hanya kepada-MU…

Biar hati ini terus cekal memegang AMANAH-MU…tak mungkin membenarkan kemungkaran…meskipun hidup ini bakal disusahkan oleh manusia-manusia itu…aku redha Ya Allah….

Terima kasih pada yang membaca luahan hati ini…sorrylah ya, bukan main lagi luahan…heheheh….lega rasanya dapat menulis apa yang terbuku….alhamdulillah…dah, jom tido….  ;-) 

Semoga esok lebih baik…Insya-Allah….








5 comments:

  1. Jm pun penyakit M makin teruk dh skrg huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan JM...adeyyy..mintak seru hikmat kerajinan ssaaattuuu..yeehaa.. hahhaha...

      Delete
  2. Itu semua cabaran dan dugaan hidup kita kena bijak menangani

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih sis..terharu plak...time2 cenggini..sesiapa saja yang bagi ayat2 motivasi semuanya leh mendatangkan sebak... Insya-Allah, cuba untuk kuat...

      Delete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)