Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, April 24, 2017

Jom Makan Sedap di Ipoh: Cendol klasik yang best!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Hehehhehe…belum menaip, dah sengih dulu. Bukan apa, sebab nak up entry makan-makan lagi. Banyak juga entry tertunda pasal makanan kan….sebelum Ramadhan, baiklah kita kasi sudahkan dulu ya…

Ok, siapa sini suka makan cendol?  Sedap kan makan cendol terutamanya di kala cuaca panas. Cuma aku pelik sikit, kalau makan cendol tak suka letak kacang merah. Kalau letak jagung banyak-banyak, boleh je…


Di Ipoh, banyak pilihan cendol yang ada. Ada cendol Majid, Cendol Deen dan yang terbaru tengah viral sangat tu..Cendol Abang Kacak….tak agak-agak kan namanya….hehehhe…nanti nak ajak Incik Daus pergi mencuba keenakan cendol Abang Kacak yang dikatakan sangat sedap itu….


Dalam banyak-banyak cendol yang dicuba, kami tetap setia memiih Cendol dari Deen CT Corner ini sebagai pemenang selera kami. Rasanya yang ‘sedang elok’, iaitu tak terlalu manis dan tak terlalu pekat berlemak. 


Nampak tak siapa yang sedang gigih beratur demi semangkuk cendol..errr..kadang Incik Daus tu boleh cecah dua mangkuk dia sorang…ish..ish..suami siapalah tu…ahaks! Dan tangan kakak yang suka photo bomb gambar-gambar ibu….

Kedainya memang dah lama. Dari zaman aku kecil sehinggalah sekarang yang sudah muda remaja..hahhaha…remajalah sangat..pewwitt!. Lokasinya terletak di jalan utama berhadapan dengan Medan Selera Taman Kanak-Kanak dan Pusat Membeli-Belah KAMDAR. 


Pelbagai menu cendol untuk dipilih di sini. Nak yang biasa ada, atau ekstra jagung, tambah pulut, ekstra kacang merah…atau apa sahaja kombinasilah. Tengok saja pilihan menu dan senarai harga yang terpampang di belakang Uncle Deen kita ini. Cendol paling tinggi darjatnya dah tentulah Cendol yang dapat pingat PJK…hehehhe…Cendol Pulut+Jagung+Kacang…. Terbaik uncle ni pilih nama…. ;p

Tadaaaa…..


Selalunya, beli tapau bawa balik sebab susah nak cari parking di sini. Tempat duduknya pun terhad dan hanya di kaki lima kedai. Pandai-pandailah bawa diri ya kawan-kawan…heheheh….


Bagi sesiapa yang teringin nak mencuba rasa..ini alamatnya….

Deen CT Corner Cendol
21 B, Jalan Musthara Al Bakri
Waktu Operasi: 11.30 AM sehingga 6:30 PM

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)