Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, April 19, 2017

Cubaan Makan di Boat Noodles....



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Dikala semua orang dah maju ke hadapan dalam bidang pemakanan ini, ahkak baru saja nak berjinak-jinak mencuba. Kalau nak diikutkan kewujudannya di Ipoh ini dah lama dah. Cuma sejenis malas nak keluar di hujung minggu. :p

Jadinya ada satu minggu itu, kami pun keluarlah menujuk ke AEON Klebang disebabkan si kakak mintak nak main dekat Kids Zoona. 

Ya, inilah sejenis hobi anak dara Incik Daus….



Suka sangat dengan sandy art. Di mana jua yang ada benda alah ni sure dia nak buat. 

Lepas satu jam setengah ibu dengan bapak menjadi mandor tanpa gaji, barulah kami dapat memujuk kakak dari stop bermain. See, bapak sampai dah tahap bertafakur kat belakang tu..heheheh...Kami layankan aje sebab kakak pun seorang, so better juga dia main dekat sini dan cuba bersosial dengan kami mengawasi. Bapak akan awasi lebih sikitlah..hahahha…! Sambil mata terpejam..huhuhu...Ibu biasanya leh curi-curi masa pergi shopping..well, girl things u know…kind of like that! Ahaks! 

Mana ahkak melalut ini, nak sembang food review termasuk cerita shopping plak..kih..kih..kih. 


Jadinya pusinglah kami menengok Boat Noodles ini. Selalunya ramai, penuh. So aku memanglah malas nak menunggu. Tapi kali ini, rezeki. Ada tempat kosong. Apa lagi, sepantas kilat ahkak cop tempat. Pewwittt sangat kan…sure orang ingat kebulur betul orang ini..hahahah!


As usual, apabila kami makan di tempat ala pelik sikit dari kedai mamak, maka tugas membuat pesanan menu akan diserahkan sebulat suara pada aku. Errr..tapi semenjak dah besar ini kakak sibuk juga nak ambik alih tugas ibu… *terpaksa ibu agihkan kuasa nampak gayanya…* Bapak as usual, dia percaya pada kebolehan ibu meneka selera dia..hahaha….


Mangkuknya kecik aje…sebab tu ada yang leh makan bertingkat-tingkat cam gini….





Ehhh..tu bukan kepunyaan kami…kami ni sopan santun belaka..makan semangkuk dah cukup… *Ok, itu tipu!*

Ada dua jenis pilihan kuah di sini iaitu…



Pathumthani – Kuahnya bewarna hitam (dark soy) dan lebih pedas.
Ayutthaya – Kuahnya bewarna putih dan rasanya pada aku lebih kepada rasa kuah laksam. Cuma rasa rempah ratusnya sedikit kuat tapi boleh diterima. Tak pedas langsung. 


Kami berdua lebih gemarkan kuah Pathumthani rasanya… ;p

tapi air teh dia i like.....

Overall, kalau nak dikatakan sangat wowww…aku rasa oklah, biasa, normal food. Mungkin pendekatan dan ambience di sini yang memberikan kelainan. Makan sambil santai, macam lega sangat perasaan. Yang pasti, memang selalunya full house okay….jadinya, kalau nak singgah makan di Boat Noodles AEON Klebang ni, silalah datang seawal mall dibuka…hehehhehe…..

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)