Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, April 25, 2017

Jom: Terokai Perak: Eksplorasi ke Taman Rekreasi Gunung Lang...



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Apa khabar semua? Harapnya sihat la ya…hari ini baru Selasa..jauh lagi nak menyampai ke Jumaat…hehheheh…marilah kita kuatkan semangat… 

Hari ini aku nak berkongsi mengenai salah satu taman rekreasi yang terdapat di negeri Perak. Kalau nak diikutkan, di Perak memang terdapat banyak lokasi yang sangat sesuai untuk dilawati bersama keluarga. Namun entah kenapa tak ramai yang tahu dan kebanyakan tempatnya pada pendapat aku perlukan pemulihan dan penjagaan khusus. Bukan apa, sayang sangat kalau lokasinya cantik tetapi tidak dipelihara dan dilakukan sebaiknya untuk menarik lebih ramai lagi pengunjung ke sini. 

Ok, enough of voice out my own thought. Sekarang marilah kita menuju ke seberang…bukan seberang tambak tapi ke seberang, melihat apa ada di Gunung Lang ini. 


Taman Rekreasi Gunung Lang ini terletak berhampiran Jalan Kuala Kangsar. Masih hijau dan sangat damai. Bagi anda yang ingin membawa keluarga untuk bersantai, beriadah atau mencari ketenangan…di sini adalah destinasi yang sangat bertepatan.  P/S: Jangan pula pi panjat signboard ni naaaaaa….


Ia mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 2000 dengan keluasan 30.35 hektar. Kawasan ini dibahagikan kepada dua bahagian dengan dikelilingi oleh tasik dan juga berlatarbelakangkan dua buah gunung batu kapur iaitu Gunung Lang dan Gunung Bilike.


Subhanallah..cantik pemandangan…. 


Marilah kita meneroka bersama….


Anak dara Incik Daus pun tidak ketinggalan menunjukkan bakat....hailahh anak...cepat betul besar..


Sebelum itu..haruslah kakak nak bagi ikan makan. Boleh beli makanan ikan di kaunter. RM1 sebungkus. Memang besar ikan-ikan kat sini. Seronok tengok ikan-ikan merebut makanan. 





Perjalanan kemudiannya kami teruskan dengan menaiki bot untuk ke seberang. Berikut harga tiket yang ditetapkan:





Apa ada di sana? Jeng..jeng..jeng…ada macam-macam…


Ada view yang Subhanallah…cantik…boleh photo-shoot ala-ala you jump, I pejam…di sini..hahaha…


Ya, bukan kami …tapi Incik Daus lebih over sibuk nak selfie secara individu… #weallsentap 


Jadinya, kakak...silalah ganggu fokus bapakmu itu...


Salah satunya yang berjaya menambat hati kakak..dah tentulah…..


Boleh naik basikal, pusing-pusing di sini dengan kadar sewaan yang sangat minima mengikut jenis basikal. Kalau tak salah aku tak lebih dari RM 10 untuk satu jam…maaf tau, ahkak is lupa… hehehhe…


Nampak tak, ada budak tu sangatlah bercita-cita tinggi. Tak mahu naik basikal roda tiga, rasa yakin macam boleh bawa basikal tinggi roda dua. Nampak tak muka bapak dah stress. 

Lebih stress bila kakak juga telah menggunakan kuasa veto dalam memilih basikal untuk bapaknya…

Taaaadddaaaa….


PINK u all…hahahha…..

Please bapak..you such a sweet handsome dad… kih..kih..kih… demi anak kaedahnya..cuba kalau ibu yang tiba-tiba belikan t-shirt atau kemeja warna pink untuk bapak..haruslah tak akan pakai tu…. *anakalwayswin 

Penat juga rupanya naik basikal pusing keliling kawasan walaupun sebagai pembonceng…


Yes I know, Ibu yang lebih over-excited. Cubaan untuk feeling like a loving hot couple…hahhaha….





Rasa seronok sangat sebenarnya dapat spend time with family. Meskipun tak jauh, tapi berbaloi. Cuaca tidak terlalu panas kerana dikelilingi pepohon yang menghijau. Ada juga yang bawa tikar dan berkelah di tepian tasik. Best kan….



Punyalah bersungguh kami mengayuh sampailah ke hujung kawasan yang menempatkan Menara Peninjau. Dari atas menara ini anda boleh lihat ke seluruh kawasan. Kami tak naik pun sebab kepala lutut dah bagaikan nak tercabut dek kerana mengayuh basikal. Errr..ibulah tu…heheheh….

Di sini juga ada menempatkan beberapa sangkar mini bagi pelbagai jenis haiwan yang bersaiz kecil seperti burung, ayam hutan dan sebagainya. Ada juga satu kawasan luas untuk burung unta. Malangnya waktu kami pergi ini, kawasan ini sedang ditutup untuk penambahbaikan. Jadinya banyak sangkar kosong sahaja.

Maka dengan itu, berilah keizinan untuk ibu menjadi model payung seketika…. :p


Biasalah, inilah port kena beratur okay…semua pun nak ambik gambar kat sini termasuklah yang menulis entry ini..hahahha…

Selepas lebih kurang dua jam lebih, kami pun kembalilah ke tempat asal. Ingatkan dah bolehlah balik tetapi sebaliknya yang jadi. Kakak nak sambung bagi ikan makan. 

So terpaksalah ibu dan bapak sambung posing….hehehhe…

Di luar kawasan Gunung Lang ini juga terdapat taman permainan kanak-kanak. Kalau tak nak ke seberang, boleh juga menghabiskan masa di situ. Cumanya dah alang-alang datang…better explore!

Bagi yang ingin ke sini, berikut alamatnya:

Taman Rekreasi Gunung Lang
Off Jalan Kuala Kangsar,
30010 Ipoh, Perak.
Waktu Operasi:  8am - 12noon / 1.30pm - 7pm (Isnin-Khamis)
      -8am - 12noon / 2.45pm - 4pm (Jumaat)
      -8am - 6.30pm (Sabtu/Ahad/Cuti Umum)

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)