Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, June 24, 2015

Resipi: Cucur Udang yang rangup dan lembut diganding bersama kuah kacang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ni nak share menu iftar hari ke-3 baru ni..simple je..aku buat cucur udang, cicah dengan kuah kacang.



Cucur udang kali ni aku ikut cakap mak aku...rahsia nak bagi cucur udang lebih rangup dan lembut adalah bermula dari teknik pengadunan bahan. *Ok..aku dah sound like program masakan..hehhehe*.

Sebelum Junior Masterchef ni berkongsi tip..ewahhh..junior sangat ke aku ni..hahahha..ampunkanlah ye... meh dulu kita berkongsi resipi mudah ini...

Bahan-Bahan:

500 gm udang (aku potong kecil-kecil sebab aku beli udang size XL jugak, so bila potong, lebih senang nak buat cucur saiz kiut miut)
Tauge (aku beli kat pasar mintak 50sen)
Kucai (agak2 je supaya balance jumlahnya)
1 biji bawang besar (aku cincang halus)
Sedikit tepung
Sedikit serbuk kunyit
1 gelas air yang dibancuh dengan sedikit garam

Cara membuat:

Ni nampak skit sebab dah nak abis goreng... ;p
Bak aku kata tadi, teknik adunan ni yang berbeza skit. kalau dulu, aku buat cucur udang, aku akan bancuh tepung dulu dengan air bagai..then baru aku masukkan bahan-bahan lain seperti udang semua tu. So kali ni kita tukar skit...

1. Masukkan tauge, kucai, udang dan bawang. Gaulkan atau ramaskan menggunakan tangan. Tip: Of cozzzz sila cuci tangan bagi bersih dulu ye..hehehhe...
2. Lepas tu barulah taburkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Serbuk kunyit jangan dilupa, nanti tak kuning keemasan plak cucur itu...Gaulkan agak sebati.
3. Akhir sekali baru masukkan air. Sukatan tepung dan air ni bergantung kepada kuantiti bahan-bahan lain. Masukkan tepung dan air ni agak-agak sampai cukup untuk 'memegang' bahan-bahan ini untuk digoreng. Paham ke x ni..aku harap pahamler ye..
4. Panaskan minyak, then mulalah menggoreng. Hasilnya cucur udang lebih rangup dan tetap lembut walaupun dah sejuk.

NOTA: Ada juga yang tip nak bagi cucur udang lembut dan rangup..bila bancuh tu dieorang gunakan air panas. Aku sekadar berkongsi..pilihan di tangan anda..ewah!

Ni plak RESIPI KUAH KACANG... aku memang suka makan cucur udang dengan kuah kacang berbanding sos...


Bahan-bahan:

1 cawan kacang tanah kisar kasar (aku beli kat kedai bakery, jenis yang dah siap dikisar kasar tu...sebab aku tak berapa rajin nak goreng kacang, then buang kulit dia..dan baru leh kisar/tumbuk. Aku memang jenis suka makan kuah kacang yang dari kacang dikisar kasar sebab lebih rasa tekstur dia...pada akulah..so kalau suka tekstur halus..kisar halus je kacang2 ni ok..up to u)
1/2 cawan kacang tanah kisar halus (kacang yang sama  tapi yang ni aku kisarkan bagi lebih halus dari yang dibeli)
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
1 mangkuk kecil air asam jawa (kalau guna asam keping pun boleh, masukkan dalam 3 keping dan tambahkan air)
Sedikit udang kering (kalau nak tambah daging pun boleh..tapi kena rebus daging tu dulu)
Sedikit minyak untuk menumis (kalau nak lebih terasa lemak, gunalah minyak mazola)
Sedikit garam sebagai penambah perisa

Bahan Untuk Dikisar:

1 mangkuk cili kering
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 batang serai
Sedikit lengkuas

Cara Membuatnya:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar.
2. Gaul sebati sehingga naik bau atau bewarna kekuningan.
3. Masukkan udang kering diikuti dengan sedikit air, air asam jawa, gula, gula merah dan sedikit garam. Kacau dan biarkan sehingga mendidih. Kemudian perlahankan api. Tujuan perlahankan api sebelum masuk kacang tu sebab nak elak kuah kacang ni meletup-letup..nanti abis plak jari jemari u alss yang mulus itu okay.. ;-)
4. Masukkan kacang tanah yang telah dikisar td. Kacau dan biarkan masak seketika dengan api perlahan.
5. Padamkan api dan siap!


Ok..kengkawan..itu je sharing resipi simple dariku untukmu...

Tatatititutu..



2 comments:

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)