Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Ok..meh nak sambung story pergi Perlis that day. As usual, lambat skit mengupdatenya. Lately ni balik, kakak dah request nak dinner..selalunya malam kakak jarang nak makan. Ok fine, ibu akan cuba untuk bersilat dengan senduk dan sudip seikhlas hati kakak..tapi ampunkanlah Ibu kalau ada masanya Ibu terpaksa 'Catwalk' ke kedai menapau aje..hehehe.. itu kes kalau balik lambatlah.
Ok..jom sambung entry tertunda ni sementara aku sempat..Aku
ni..memang sorang yg ‘KAKI JALAN’..hehhehe..memanglah jalan pakai kaki
kan..takkan pakai tangan plak..hahah! Takdelah, just that memang aku suka
travel. Time bujang dulu, asal boleh je. Dan memang suka tengok tempat orang
dan explore sesuatu kawasan. Might be sebab nature kerja aku pun memang selalu
bawak aku travel ke merata tempat. Tapi since Kakak lahir, hobi travel ni
memang seakan berkubur. Banyak expenses untuk perubatan dan check up kakak. Dan
situasi kakak xmengizinkan nak jalan beria sangat. So bila kakak dah besar
sikit, memang perangai suka berjalan tu..macam datang balik daaa…hahahha! Poyo!
Bukan jalan jauh2 la, kita jalan dekat2 pun xpe..janji jalan. *Memang dasar
suka berjalan kaaaannn…*
Bila Incik Daus ajak gi masuk Satun.. *errr..ye ke
Incik Daus ajak..ke dia cerita aje..tapi aku yang meloncat nak pergi? Hmmm…
ahaks! ;p*, so memang over sangat excitednya. Siap terus google. Hahahha! Maka
last sekali beralahlah Incik Daus. So set, Ahad pagi tu kena siap awal, then
kita ke Satun, Thai. Hari Ahad, dia bagi masuk ke sana tanpa passport. So apa
lagi..syoklah..semangat ni siapkan kakak awal pagi.
Satun ni terletak bersempadan dengan Wang Kelian,
Perlis. Jalan utamanya lebih kurang macam nak menghala ke Padang Besar juga.
Tapi nanti U alls akan nampak je signagenke Wang Kelian. Kalau dari Kuala
Perlis, ambik masa dalam 2 jam juga nak sampai ke sana.
Ini view sepanjang perjalanan ke sana.
Sorry, gambar terbalik susunan..hehehe..gambar atas ni dah dekat nak sampai wang kelian dah..tengah daki bukit yang penuh pusing-pusing..siapa jenis tak tahan, silalah makan ubat tahan muntah siap-siap ya. Nampak tak tu, banyak ke tidak keta yang nak sama-sama menuju Puncak? Time ni hujan renyai2..
Ni pemandangan dari jalan luar yang nak menghala ke Wang Kelian..memang sunyi je kan..
To note, jalan menghala ke Satun ni memang dikelilingi
laluan yang penuh dengan keindahan alam, atau lebih tepat lagi pokok-pokok
hijau. Memang semakin menghampiri ke kawasan Wang Kelian ni, u all hanya akan
nampak pokok-pokok sahaja. Silalah isi minyak siap-siap sebab sepanjang yang
aku nampak dah dekat nak sampai barulah ada jumpa stesyen Caltex.
Kami sampai di sempadan Wang Kelian ni waktu tu dalam
9.30a.m. Tapi kereta jangan cakaplah, banyak dah parking ditepi jalan. So Incik
Daus turunkan dulu kami dekat pintu sempadan ni sementara dia U-Turn untuk cari
parking semula. So sementara tu, aku dengan kakak as usual, mehler kita ‘PHOTOGEDIKS’,
ahahah!
Kakak yang request nak ambik gambor kat sini..wahhh..teruja Ibu..makin tau angle menarik ni...
Suka..suka..kakak dah pandai ambik gambar..hehehe...bulehlah Ibu pun joint nak posing gak sorang2..
Satun ni, xdalah menarik sangat, tapi bagi yang memang
suka shopping barang rumah dan juga makanan, of cozlah macam aku ni, sure akan
rasa triple teruja. Kami xdalah tour sampai ke Pekan Satun, hanya sekadar
melepasi sempadan untuk ke Pasar Mingguan dia je..yang selalu ada pada setiap
hari Ahad.
Ini adalah pos pengawal sempadan. Rileks, jalan kaki
saja melancong ober the sea..hehhehe…
Kat Satun ni memang banyak jual Mangga pun..so ni laluan nak masuk ke Satun..so dari Wang Kelian ni memang tak boleh masuk Satun bawak buah mangga..hahaha..tetiba aku bagi info buah mangga... ;-)
Eh, eh..tetiba dah sampai negara orang..hahahha..poyo tak statement?
Wajah excited, so kaki kenalah silang...cekak pinggang skettt..hahhaha!
Aku suka dengan gambar2 ni sebab kakak dengan aku gamaknya memang suka posing kot..beza sangat bila kakak ambik gambar dgn bapak..hahaha..cer perhatikan perbezaannya..
Gambar di atas kakak masih excited..tapi bapak as usual statik.. ;p
Ni lah pemandangan kedai2 sepanjang jalan lepas sempadan Satun ni..banyak kan..dia dua-dua side pun ada..dan anggaran panjangnya adalah dalam 3km jugaklah..so memang banyak kedainya. Kena pandai pilih dan pandai tawar. Mostly peniaga di sini tak pandai sangat cakap Melayu.
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)