Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Happy Father’s Day!!! So apa plan you all semua
untuk father’s day? Macam aku dengan kakak, Incik Daus bertugas sepanjang
weekend. Ada exhibition nun jauh di Utara tanahair. Jadinya semalam pagi-pagi
dh SMS mintak tolong masakkan, dah lama konon tak makan masakan dari air tangan
isteri dia yang mabeles ni..hahahah…kunun…
So sempena menghargai jasa baik seorang
bapak..hehehe..aku plan nak masak jelah..dah requestnya gitu..Incik Daus memang
jenis suka makan kat umah..dia kata rasa lebih puas kalau makan di rumah…
Aku fikir punya fikir, sambal beli barang-barang
keperluan kedai Sabtu tu, Nampak nangka. So, jomlah buat masak lemak cili padi
nangka.
Maka atas kegigihan dengan kakak yang sibuk ajak
main…hmmm…maka terhasillah…
Simple je, meh aku share bahan-bahan dan cara
membuatnya..
BAHAN-BAHAN:
500 gm nangka
30 biji cili padi kampong (aku guna yang kecil-kecil
tu…memamg kaw pedasnya..kebetulan Incik Daus memang suka makan pedas, cili padi
tu leh dia gigit macam tu aje..)
2 biji bawang besar
5 biji bawang Putih
1 batang serai (hiris nipis)
Sedikit kunyit hidup
Sedikit ikan bilis
*Bawang, bawang Putih,serai,kunyit hidup dan ikan
bilis ini dikisar halus
3 keping asam keping
2 batang serai (diketuk)
1 kotak santan (250ml)
Segenggam ikan bilis
Daun kunyit
Cara Membuat:
- Cuci bersih nangka dan kemudian rebus sehingga separuh empuk. Kemudian, toskan dan asingkan ke tepi.
- Panaskan kembali periuk. Masukkan bahan-bahan yang dikisar halus tadi bersama dengan 1 liter air.
- Biarkan sehingga mendidih. Masukkan nangka, asam keping, serai yang diketuk dan segenggam ikan bilis.
- Biar sehingga nangka tersebut empuk, dan masukkan pula santan serta sedikit garam.
- Akhir sekali, racik-racik daun kunyit dan masukkan sebagai pembangkit wangi masak lemak nangka kita.
Memang sedaplah!!! Memang bertambahlah makan!
Kahwinkan plak dengan ikan kembung lemak goring, telur masin…peeehhhh!!
Sebabkan semalam hari bapa, menu meriahlah sikit..kasi chance la, untuk Incik
Daus rasa service ala hotel 5 bintang, bab sama macam hotel tu, bab yang banyak
menu je la..table décor…tak sangatlah kan…heheheh..aku masak juga ayam goring
kunyit dengan sup tauhu untuk kakak..sama dengan hati ayam sambal kicap…
Alhamdulillah…kenyang…dan memang ‘A’ sangat, makan
pedas-pedas dalam keadaan cuaca panas…so jangan lupa minum air banyak tau!
Meh jamu mata sekali lagi..meh..meh..
Sedapnya..
ReplyDeleteSebab tengok resepi ni.. gigih cari nangka kat pasar malam, malam tadi.. skrg tengah masak dah pun..sesambil tunggu suami balik kerja..
ReplyDeleteSelamat berkenalan..😊
hEHEHHE.... sayur cam gini, memang sedap dibuat lemak.... mekasih Diana..sudi singgah... :-)
Delete