Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, June 2, 2014

Kisah pembunuhan kejam lipas yang sedang mengawan...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Gambor ni Ihsan google Image...

Siapa kat sini yang sama aje perangainya macam aku? Geli dengan lipas? Cepat angkat tangan!!!

Huiii, aku memang tak boleh gila dengan lipas ni. Macam Nampak hantu lagaknya. Bak kata Incik Daus.. “Anak dengan ibu sama je..nampak lipas pun nak cemas!”…hahahah! Iya, anak dara tu pun takut dengan lipas jugak. Sama je lari pecutnya macam aku..bolehlah sampai naik meloncat atas sofa.

So last week, waktu aku dengan kakak berdua-duaan di rumah…bukaklah bilik air. Nak mandi kononnya. Sekali aku Nampak ada tiga ekor lipas, bukan main besar. Mencanak lari bila dengar bunyi pintu dibukak. Dalam hati, aduiii..masa Incik Daus takdelah pun korang nak keluar kan..terbayang-bayang citer Cockroach Apartment ke ape tu..tapi ada sekor lipas yang tengah lari tu..macam pelik sikit. Dia macam dua ekor dan bertemu kat bontot. Aku dalam dok pelik-pelik tu pun, cepat aje capai penyembur..zasssssss…aku sembur kemain banyaknyalah kan…then terus tutup rapat pintu bilik air.

Lepas tu lari dengan kakak ke ruang tamu,.. *muka macam biaselah, penuh cemas dan kegelian dua beranak..*

Aku pun capai hp, texting Incik Daus…

Aku:  Abg, ada 3 ekor lipas besar dalam bilik air. Siap sekor tu macam kembar ke apa, dia bertemu dekat buntut, macam tercantum. Syg dah sembur dan tutup bilik air. Napa bila abg ada, tak ada pula lipas banyak macam tu.

Incik Daus: Oooo, itu lipas tengah mengawanlah syg. Lipas tahu bila abg ada dkt umah. Lipas takut dengan abang..heheheh..

Aku: Hahahahah! Itu lipas tengah mengawan ke? Serius? Kesian lipas tu..tak sempat nak buat apa, dah kena spray. Sebab bila spray tu, dia lari tapi tak lepas pun..terus aje melekat, tu yang ingatkan kembar siam ke ape lipas ni..adoiii..kesian plak…

Incik Daus: Takpa la syg, lipas tu memang kena musnahkan sebab tak elok. Jangan rasa bersalah, betul tindakan syg tu..buat muka ganas skit mcm icon abg bagi ni..
x-(

Aku: (dalam hati – amende punya advise ni…kih..kih..sabor jelah…incik suami, ohhh incik suami…). Macam nasihat environmentalist sgt aihhhhh…ni syg nak mandi macam mana ni…kakak dahlah tak bagi mandi..soh teman dia menari High 5..adeyyy..

Incik Daus: Aikkk, kakak ajak menari? Hehehe..kakak..kakak..Takpe, mandi aje kat bilik air bawah tu..lipas tu mesti dah mati punyalah..

Aku: Tapi macam tak sanggup plak nak tengok. Sedih plak lepas bunuh lipas-lipas tu…

Incik Daus: Ada plak macam tu..kuatkan hati. Syg tau tak lipas boleh berkembang dengan jumlah yang banyak..jadi, jgn rasa bersalah. 3 ekor yg syg bunuh tu, dah biakkan yang lain. Bahaya kalau tak hapuskan.

Aku: Abg ni..iya-iya je..betul ke tidak fakta tu?

Incik Daus: Iyalah..abg taulah..sebab dulu time duduk asrama, abg kaji benda-benda ni..

Aku: * Like serious?Bukan dulu blajar civil engineering ke? Tang mana plak subjek kaji habitat lipas?* Ishhhh abg ni..dah rupa rancangan potret mistik plak..

Incik Daus: Heheheheh…takpe, masuk je bilik air tu..nanti balik, abg buat serangan lagi terhadap lipas-lipas lain, ok..

Aku:  *Tak tau nak gelak ke nak ape lepas abis sesi borak lipas ni…*

Hmmm, gitulah Incik Daus, ade je modal fakta vs auta dia…

But anyway…esok sampailah khamis aku akan berada di KL…keja daaaa..so kalau aku gigih taip stok, adelah entry seterusnya esok dan lusa, dan lusa lagi..kalau takde tu..nampak gayanya ini ajelah entry yg Berjaya dibuat stok..muahahah..sebab kami pun baru balik dari wedding cousin di Rawang..memang letih sangat2…hari ni mengemas, mendobi segala..so semangat kesukanan menaip entry ni..macam..errrmmmm alahai…huhuhu…


‘Till we meet again..tatatititutu…

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)