Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, June 17, 2014

Stress? Rileks, jom pekena teh ais! Hahahah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Aci tak kalau bagi heading camtu? Konon kreatif sangatlah, menarik abislah heading ku itu...hehehe...Aku akui minggu ni memang minggu yang sangat padat dan sangat panas…balik umah je dah lemau..mood nak menulis blog semakin ermmm alahai…rasa macam nak zzzzzzzzzz….tapi malam ni, mehlah gagahkan diri demi tidak membiarkan blog ini jadi sarang labah-labah adanya...ahaks! ;-)

Minggu ni, Incik Daus ada kat umah..kecuali esoklah..Insya-Allah akan mula beroutstation seperti biasa…jadilah aku ‘Isteri Tinggal’ buat sekian kalinya..uhukk..uhukk..

Hari ni, ngam 5.30p.m SMS Incik Daus ajak mengeteh kat AK Corner area Bercham, satu hala nak balik umah kami. Rasa nak santai-santai aje..hal-hal stress kat opice nak tinggal jauh-jauh.Lama dah tak melepak-lepak petang hari cam gini. So Incik Daus pi ambik kakak kat umah mak, dan kami janji jumpa kat AK Corner ni. Saja nak mengeteh, dan pekena Capati Kuah Sardin dia yang lembut gebu itu…

Saja borak-borak, dengar cerita kakak tentang sekolah..kakak macam biasalah, bila ditanya, “Kakak,kakak belajar apa kat sekolah tadi??” Kakak dengan yakin pun menjawab, “Kakak belajar A,B,C, Ibu…” Tak abis-abislah belajar ABC..hahahah! Dengar dia celoteh tentang kawan-kawan sekolah..dan tetiba.. “Bapak, kakak xnak balik umahlah, kakak nak balik hotel…” Hamboooiii anak….sesukanye nak tido hotel ya selalu..ish..ish..boleh gugur rambut bapak sehelai-sehelai ini macam…heheheheh…


Dan tetibe, “Takpelah, nanti bapak belikan kakak kek ‘Pojen’ (Frozen) jelah..” hahahah…kakak bab order memang ‘A’..cer kalau bapak dia jawab tak boleh!! Nanti kakak akan kata.. “Please…bapak..please…kesian kat kakak…” hahahha! Gitulah…bab membeli jiwa memang terror kan…

Ni la muka kakak yang bijak macam Kancil...katenye.. (pengaruh cerita Pada Zaman Dahulu...hehhehe)


No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)