Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, November 29, 2013

Tertunai sudah satu amanat....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...





Ini waktu angah konvo baru ni...end of last October, 26th if I am not mistaken...

Apa aku rasa...speechless...

Aku ingat lagi sebelum arwah Abah meninggal dunia, time tu angah tengah nak duduki SPM. Pesan arwah abah pada aku, "Apa jadi sekalipun dengan keputusan peperiksaan angah, abah nak angah terus belajar..."

Ya, time tu Abah dah kat hospital, setahun terlantar. Kejap masuk hospital dan sekejap keluar, begitulah rutin selama setahun. Dan aku masa tu, masih di tahun akhir degree. Abah pergi, angah lagi beberapa hari nak SPM dan aku plak tengah bergelut dengan final exam.

Bila result SPM angah kuar, I don't expect anything, sebab memang kalau aku jadi dia pun, tentu serabut. Hadapi exam waktu abah baru meninggal dunia. Fikiran dan fokus tentu ke mana hilang. Bila result keluar, average. Dan aku ingat lagi yang pada mulanya angah macam tak nak sambung belajar. Mula-mula tu dapat kat Kuantan. Beperang gaklah aku. Last-last Angah datang gak kat aku di Shah Alam, sehelai sepinggang. Adalah kot beg baju satu. Itu pun staff mak yang hantarkan angah ke station bus naik motor. Memang susah sangat kalau kenangkan waktu tu. Sebab mak tak boleh drive keta.

Aku masih ingat, time aku tinggalkan Angah kat KPM, Bandar Indera Mahkota...aku tak tau apa yang aku rasakan. Aku cuma cekalkan hati dan berdoa supaya angah boleh survive. Aku siap beli stok bekalan makanan sebulan kot kat dia time tu. Memang lawak gile. Aku yang pergi berkenalan dengan semua penghuni dorm. Siap pesan kat dieorang mintak tolong tengok-tengokkan adik aku. Sebab angah berbeza sangat karaktornya dari aku. Aku ni memang sedari azali cepat mix around dan asal belasah je mana boleh...

Bila aku hantar dia ke sana, apa pun tak ada. Jenuh aku carik tempat jual baju kurung, belikan baju ngan tudung buat pakai pergi kelas. Then mata tercelik-celik besar memerhatikan kat mana ada Giant ke, Mydin ke kat Bandar Indera Mahkota ni..yelah, baldi, sabun ke apa mak nenek yang lain..semua pun tak beli lagi...

But those days...hari ini..aku melihat segala keperitan itu pay off. Aku bukan jenis yang mudah tunjukkan apa yang aku rasa. Tapi hanya Allah yang tahu betapa hari ini, aku merasa satu kelegaan yang amat sangat. Sangat-sangat lega sebab amanat arwah abah dah aku langsaikan sepenuhnya. "Apa jadi, angah mesti belajar..."

Alhamdulilllah....terima kasih Allah...




Nanti giliran anak ibu plak ye...Insya-Allah....semoga dipermudahkan, semoga membesar menjadi anak yang baik, solehah dan sentiasa di jalan Allah...ammmiiinnnn......

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)