Kafe Roti Bakar, aku suka dengan konsep yang ditonjolkan. Hanya menampilkan menu yang ringkas tetapi pelbagai, menjadikan ia satu destinasi santai yang sangat sesuai untuk anda menikmati minum petang atau sarapan. Suasana kafe yang berinspirasikan seni reka kayu dan klasik sangat serasi dengan ciri 'kopitiam' moden.
Ini sebenarnya kali pertama kami ke sini. Akulah yang selalunya rajin meng'google' tempat-tempat makan menarik untuk dicuba. ;-)
Kafe ini letaknya tak jauh dari pusat bandar Alor Setar dan lokasinya di corner lot tepi jalan utama, memudahkan pencarian.
Beralih pula kepada menu yang ditawarkan, beraneka jenis roti bakar yang ada. Sampaikan aku naik rambang mata nak buat pilihan. Aku kan memang suka makan roti-roti ni, especially yang unik macam ni. Dulu masa duduk dekat Shah Alam, aku sukalah sangat pergi ke Toast Box kat Sunway tu..memang sangat teruja bila jumpa kafe ini masa balik Alor Setar hari itu.
Ini di antara menu yang sempat aku snap dari menu book...
Ini baru menu dari dua mukasurat je, macam-macam kan...
Kami datang ke kafe ini untuk sarapan pagi, jadi taklah order macam-macam sangat...ini antara menu yang dicuba kali ini..
Chocolate Thick Roti Bakar..memang sangat terbaiklah bagi penggemar coklat macam kami anak-beranak...siap ada ditabur serbuk koko lagi kat atas tu...roti dia pun jenis nipis, bila dibakar jadi rangup-rangup...
Banana Nut Roti Bakar...ini memang kesukaan aku kat mana-mana kafe yang tawarkan menu ini...roti bakar disapu mentega kacang dengan diletakkan hirisan pisang nipis di antaranya..sedap sangat...
Roti Bakar Telur..kalau kat Ipoh, ini namanya roti bakar goyang..tapi macam xjadi sangat roti bakar ini..sebab telur separuh masaknya cair sangat....
Kalau makan roti bakar di kafe yang berkonsepkan kopitiam ni..tentulah kena minum White Coffee..pekat kaw-kaw...umppphhh!!!
Dah puas kita disajikan dengan gambar-gambar makanan, apakah yang sedang berlaku dengan rakyat jelataku...hehehhe...
Kemain melayan kartun dua-duanya pun...ini sementara tunggu makanan sampai..minum dulu...
Cuba lihat betapa kakak sangat menyukai roti bakar coklat ni...
Siap menjilat lagi coklatnya...layan...
Haaaaa..habis mulut sampai comottt....
Bagi anda yang nak dapatkan maklumat lanjut tentang kafe ini atau yang nak tau mana lokasi-lokasi yang lain, mungkin anda boleh dapatkan maklumatnya di sini...
Untuk yang nak singgah di Alor Setar, berikut adalah lokasinya....dan kafe ini mula beroperasi jam 10.00 pagi.
Kafe Roti Bakar
274 &275, Lorong Peremba,
Jalan Tunku Abdul Rahman,
05050 Alor Setar,
Kedah.
Tel: 04-771 7757
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)