Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga merasa bermalas-malasan sahaja di rumah pada hari Ahad setelah sekian lamanya aku tunggu. Memang dah cakap dengan Incik Daus, nak melepak saja, malas nak kemana-mana. Semalam, aku teman mak ke kenduri kahwin anak kawan office mak, di mana paginya plak, sibuk di kedai. Wahhhh, kedai? Kedai apakah? Tunggu...nanti aku akan up satu entry tentang itu...heheheh..
So hari ini, kami mulakan pagi hari dengan sarapan ringkas dan sihat... Sausage Wrap with cherry tomatoes.
Inilah bahan-bahannya..taaarrrraaa...
Meh aku share skit bahan dan cara membuatnya:
1. Mula-mula rebuskan dulu sosej itu. Aku guna sosej yang ada isi keju di dalamnya. Selepas angkat,ditos, dan hiris nipis.
2. Tomato ceri itu, potong dua.
3. Sedikit garlic powder dam sedikit serbuk lada hitam.
4. Gaulkan sosej tadi dengan garlic powder dan serbuk lada hitam. Kemudian, letakkan sedikit sos thousand island tu. Gaul sebati.
5. Then, letak bebaik kat atas wrap tu, kemudian, silalah wrap bebaik ya.
Dan inilah hasilnya..makan sorang satu roll pun dah kenyang. Sesekali hujung minggu tanpa nasi lemak, roti canai..apa salahnya..heheheh...
Petangnya plak, sambil kakak tidur, Incik Daus ambik kesempatan tengok Sivaji The Boss...hahahah! Peberet hero dia tu... ;p
Maka, sebagai isteri mithali.. *hahahah....sambil kedip-kedip mata laju-laju tanda malu..*..aku pun hidangkanlah..
Inilah dia...keledek rebus dengan kopi o kawwwwww....senang je, cuci bersih-bersih keledek tu, then rebus air sampai mendidih. Masukkan garam sedikit ke dalam air rebusan, then rebuskan keledek tu. Tak payah buangkan kulitnya, rebus sekali dengan kulit. Nanti dah masak, senang nak kopekkan kulitnya itu.
Itulah kerja kami di hari Ahad yang permai ini...heheheh...
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)