Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, November 18, 2013

Jom Makan Best di Kuala Lumpur: Jamu Selera di Dapur Penyet

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kisah makan-makan ini sebenarnya dah tersimpan lama dah. Lama tak lama lah sebelum bulan puasa hari itu lagi..hahahah! Memang cam gitulah, tak sempat nak update dengan penuh jaya dan efisyennya. Tapi tidak mengapa, janji aku berusaha! berusaha! Ya tak? Ahaks! ;p

So, adalah di suatu hujung minggu menjelang bulan puasa yang lalu, kami sekeluarga telah pergi ke kota metropolitan Kuala Lumpur *ayat tak boleh blahhhh..*, saja jenjalan sambil beli apa yang patut..so aku ni memanglah suka jugak makan ayam penyet, aku suka yang sambalnya tu, lagi pedas lagi hebat!!

So, meh rapat-rapat, kita saksikan apa yang ada kat Dapur Penyet ini...



Ini budak sudah ngantuk..saja ditahan matanya...sepanjang waktu makan ni dok cari pasal, nak menangis...kakak..kakak...

 Empal Bakar (Grilled Marinated Beef) Harga: RM 7.90


Empal Bakar dengan Sambal Hijau..memang sedap..pedas-pedas cili padi tu masuk ngan rempah-rempah daging bakar tu..makan dengan nasi panas, memang syok!


Petai Udang Belado   Harga: RM 6.90
Besar-besar petainya..tapi rasanya bukan petai kampung asli..sebab keaslian petai tu tak rasa sangat..haaaaa...aku dah rupa pakar pengkaji rasa petai plak dah....hahaha..aku dulu memang tak makan petai pun, tapi semenjak kahwin dengan Incik Daus lah aku baru belajar makan petai...


Kalau makan kat mana-mana restoran ayam penyet, pastikan anda order signature drink ni, Air Soda Gembira...memang riang gumbiralah!    Harga: RM 3


Inilah menu utama, Ayam Penyet...ok, crispy dan dia punya keropok tu yang aku suka..rangup-rangup gitu...   Harga: RM 7.90

Secara keseluruhannya, Dapur Penyet ni memang ok especially sambal dia, memang pedas. Ini lokasinya kalau ada yang nak mencuba...

Lokasi:

Restoran Dapur Penyet
Unit G-15A & 17,
Ground Floor, Maju Junction Mall,
50250 Kuala Lumpur
Contact : 03.2796.3233

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)