Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, November 26, 2013

Jom Terokai Perak: Jemput Ikan Makan kat Gunung Lang...heheheh

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Weeehooo..sahabat2 yang budiman..aku sekarang sedang bercuti selama 3 hari...yeeeehhhhaaa! And now di Penang, ngekor Incik Daus keja...so melepak di bilik hotel saja kerana kemalasan mau kuar..jap-jap lagilah kot...sementara akses Internet yang sangat laju di sini, jomlah kejap kite menghapdate blog ini..masih terlalu rasenya story2 yang tertunda siarannya..gitulah...tapi Insya-Allah, akan aku usahakan berkongsi dengan semua..sharing is caring..kan..kan..kan... ;p

Ok, Sabtu dan Ahad adalah masa untuk kami bertiga. Selalunya Sabtu barulah Incik Daus ada kat umah..sudah kejanya sebegitu, terpaksalah aku ngan 'kakak' cuba memahami..hehehe..so bila Incik Daus balik hari Sabtu, biasenye aku akan biarkan dia habiskan masa banyak skit ngan kakak...dan tiap kali balik, sure mukanya serabut aje..dah xkuasa dah aku nak bising2 soh cukur janggut..bila anak dia xmau cium pipi sebab gelikan janggut tu, barulah cepat skit die nak pi cukur janggut itu...

Ok, ini acara selingan beberapa weekend yang lalu..actually tak plan pun. Cuma setelah jenuh berfikir apakah acara terbaik untuk dibuat bersama....

*OK..SIARAN TERTUNDA JAP..SEBAB TETIBA INCIK DAUS SAMPAI, AJAK PI MAKAN....LUNCH TIME..MALAM SAT GI, KITA SAMBUNG NAAA....*

Baiklah..udah jam 6.30 p.m..pewiiittt..lamenye p lunch...muahahah! lepas lunch td bwk kakak pi main kat dalam sunway carnival mall tu..ok, kite sambung entry tentang Gunung Lang ini. Aku kali pertama dan terakhir ke Gunung Lang ini adalah zaman belajar kat UiTM dulu,time tu pergi sini sebab nak ambik gambar utk subjek fotografi..lepas tu tak adalah pergi2 pun..so sebabkan kakak asyik dok mintak nak bagi ikan makan, nak bagi ikan makan..so kami pun decide untuk bawak kakak ke sini...


Ini pemandangan dari pintu masuk. Taman Rekreasi Gunung Lang adalah salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak,khususnya di Lembah Kinta. Perak kan banyak kawasan gunung batu kapur...Jajaran Gunung Lang  terletak di utara Bandaraya Ipoh dan ianya boleh di masuki melalui Lebuhraya Utara Selatan melalui susur keluar Sungai Siput dan Jalan Kuala Kangsar.

Ini aku bagi sikit info tentang harga tiket...Gunung Lang ni ada dua kawasan. Kalau sekadar nak jalan-jalan di kawasan sebelah sini, tak payah bayar pun. Cuma kalau nak seberang, kenalah naik bot. So, ini harga dan waktu operasi bot ya...



Sementara tunggu Incik Daus beli tiket siap-siap, jomlah kita lekakan diri dengan pemandangan di sekeliling Gunung Lang ni...


Ini pemandangan sekitar 10.30 a.m, pagi yang cerah...pemandangan menghijau...subhanallah...



Bot bawa penumpang adalah seperti di atas. Kita akan seberang sampai ke sebelah sana, yang ada nampak sayup-sayup macam jeti di hujung sana tu....

Kita mulakan dengan bagi ikan makan dulu ya...tunaikanlah permintaan si kecik ni. Beli makanan ikan kat kaunter..murah je, RM 1 dapat sebungkus, banyak jgk...


Haaaa...berebut ikan ngan makanan...uhhh, kalau terjatuh kat dalam ni..mau kena serbu..dah macam pirana aku nengok...

Tapi kakak, sekali bagi segenggam penuh dia taburkan makanan....


Masalahnya...tak berapa nak sampai...hahahah..nengok la gambor kat bawah ni..lepas tu jerit-jerit soh bapak dukung...lawak sungguh...


Nampakla ni...siap gapai-gapai tangan soh bapak dukung...masalahnya bapak pun dah tak larat nak dukung dah semenjak dah besar-besar ni...hihihihihi....



Kat belakang kami ni ada jugaklah satu kedai makan..tapi menunya simple-simple jelah..oklah, kalau sekadar nak borak-borak santai sambil saksikan panorama tasik dan gunung... ;p


Ok..kami nak ke seberang sana...bot dah sampai ya...nanti kita sambung story of the morning glory lagi ya...sebab udah maghrib ni....kang Incik Daus marah.hehehehe...tumpang lalu ya kengkawan....

Nanti kita sambung okay...tatatititutu....


No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)