Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, April 16, 2013

Resipi: Nasi Briyani Kukus


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ok..marilah mari, cepat menulis…hehehe..sementara my lil kakak masih lagi kuar jenjalan bersama Mak Ngah dan Opah…amboiii, berjalan sakan ye, ibu balik umah kakak xde ek…kebetulan Mak Ngah pun baru abis internship…so ape lagi..berjimbalah ya..

Baiklah, entry ni sebenarnya dah lama sangat nak ditaip..ade kot berlaku dua bulan lepas…isk..isk..apakah lambat sangat mau diupdate…hehehhe..dua bulan lepas, M.I.L aku datang ke Ipoh…so apa nak masak makan ni? Kata nak datang lunch kan..so tetibe hati ini ada berani mau masak nasi briyani…hebat sungguh cita-cita! To be honest, aku tak pernah pun masak nasi briyani. Tapi ok kot kalau nak dicuba. Aku guna resipi dari buku resipi antik mak aku..heheheh…

Nasi Briyani Kukus

4 cawan beras Basmathi (rendam selama satu jam, kemudian toskan. Aku guna Faiza)
4 cawan air
1 cawan susu cair

2 sudu besar rempah briyani (juga aku guna jenama Faiza)
2 sudu besar serbuk kas-kas
12 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
(bawang merah, putih dan halia ni dimesin dan dicampur dengan rempah briyani dank as-kas tadi)

12 biji buah badam
12 biji buah gajus
(direndam dalam air panas dan dimesin)

1 cawan minyak sapi
2 helai daun pandan
Kulit kayu manis dan bunga lawang (untuk naikkan bau harum, kalau tak suka, jangan letak..ikut citarasa masing-masing)
Sedikit garam dan gula

Cara Membuat:

  1. Sediakan tempat pengukus dan panaskan.
  2. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumis bawang yang telah dimesin bersama rempah sehingga naik bau. Kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan air, susu cair, badam, gajus, garam dan gula. Kacau sehingga sebati. Biarkan mendidih seketika.
  4. Masukkan beras yang telah ditos, kacau seketika.
  5. Kemudian, setelah adunan sebati bersama beras, alihkan ke dalam periuk pengukus. Kukus selama setengah jam.
  6. Setelah setengah jam, buka penutup dan gaul sekali lagi. Masukkan kismis, gajus dan daun pandan. Nak bagi warnanya cantik, titiskan pewarna kuning dan merah. Hati-hati waktu titiskan pewarna ini, takut terlebih. Sebaiknya jangan dikacau lagi setelah dititis pewarna, takut warna akan sebati, dan hanya jadi satu warna sahaja nanti.Kukus untuk 15 minit lagi.
  7. Kacau nasi dan tutup api setelah nasi dimasak.

 Fuhhhh…siap satu bab…lega cubaan menjadi! ;-)

Inilah hasilnya…



Apakah maknanya hidangan nasi briyani tanpa dalca, daging masak hitam dan ayam masak merah? Tunggu ya di next entry…kena stop dulu…kakak sudah pulang…..sat gi dia pun mau menaip sama…heheheh..

Ok..tatatititutu….


No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)