Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, April 1, 2015

Resipi: Kari Telur dengan Kacang Dhall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Ewahhh..sopan betul title, kacang dhal u alls..walhal kat rumah selalu sebut parpu..hahhaha! errmmm..skali mamu habaq mai kat hang…. Ahaks!

Actually dah agak lama juga teringin nak buat Kari Telur dengan kacang dhall ni tapi weekend baru ni dapatlah kesempatan masa untuk kembali ‘bersilat’ di dapur..



Meh..meh ahkak kongsikan bahan-bahan yang diperlukan…

Bahan-Bahan:

1 ¼ cawan kacang dhall (direndam dulu, aku rendam dalam 2jam, kalau rendam semalaman lagi ok)
1 kotak santan (200ml)
5 biji telur

Garam dan gula sebagai penambah perisa
Air

Bahan Tumis Darat:

*3 biji bawang merah
*3 biji bawang Putih
*Sedikit halia
(bahan bertanda * dihiris nipis)
1 tangkai daun kari
Sedikit herba campur (jintan manis/jintan putih/biji sawi)



Cara Membuat:
1.      Rebuskan kacang dhal selama 15 minit.
2.      Kemudian masukkan ubi kentang dan biarkan lagi dalam 5 minit.
3.      Masukkan telur sebiji demi sebiji (mak cakap kalau tak nak telur pecah sangat, pakai telur itik..hehhe..pesanan penaja).
4.      Akhir sekali masukkan santan. Perisakan dengan garam dan gula. Biar didih sekejap, padamkan api.
5.      Dalam kuali berasingan, panaskan minyak (untuk tumis darat)
6.      Tumis bahan tumis darat sehingga naik bau. Then dah naik bau, nampau bawang pun dah garing-garing, tuangkan atas bahan rebusan tadi. Inilah namanya tumis darat.


Settle..yeayyyy..berjaya!!! ;-) 

2 comments:

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)