Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….
Allloooowww anda2 sekalian..hari ni mehla kita sambung
story Legoland. Ternyata, banyak sungguh gambar-gambar yang ada dan terbukti
betapa sukanya kami mengambil gambar. Satu hari memang tak cukup rupanya untuk
betul-betul menikmati segala permainan yang ada di Legoland ini. Berhenti nak
main lagi, nak bergambor lagi..hehhehe…
Abis posing2, kakak masih lagi nak teruskan main dekat
tempat ni.
Tempat ni area dia berhadapan aje dengan dragon roller coaster tu. Sambil main kat bawah ni sambil mendengar orang menjerit2 lalu atas kepala kita.
Yang mainnya sorang..cer tengok berapa ramai pengawal dia…hmmm, princess sangat…
Waaahhhh, mentang2 ular tipu, berani sangatlah kan… hehehhe..
Ni lagi tak leh tahan posingnya…hahahha!
Wolf..wolfff….auuuuwwwww…..!
Then aku teman kakak main kapal pusing2 ni..
nampak
macam simple, tapi mula-mula dia pusing tu, terasa urat perut macam takde
jugaklah..hahhaa..over..lama-lama naik ok..Cuma pusing2 pening daaaa…
Lepas tu kakak ajak main itik ni plak..main ni senang
aje, kasi sauk ini itik. Then markah yang terkumpul akan tentukan hadiah apa
yang u all akan dapat. Tapi mostly anak patung, beza kat size aje. Kakak dapat
marks untuk anak patung size sederhana tu, kakak nak kaler pink..game ni kena
bayar lain tau..dalam RM 10 untuk 2 kali sauk cam gitulah.
Lepas je main game ni, nun di sebelah tempat kami ni
dengar si Angah jerit2 suka..cissss..rupanya Incik Daus telah berjaya menang
hadiah utama….ooo, dalam diam ek pi main…nak tau hadiah apa..
jeng..jeng….
Ni dia….
Ye, patung minion yang besor gedabak ni ya..
So si kakak hampir merajuk tak puas hati, kakak pun
nak main jugak.
Main ni nampak senang tapi susah sebenarnya. Bayar RM 10 jugak,
dapat 3 bola. U all kena baling bola ni bagi masuk dalam bakul. Tapi kena
baling pada kayu. Normally, bila kita baling, bola sure melantun kembali kan.
So itulah thrill game ni. Kena ada teknik untuk make sure bola tu tak melantun
jauh sebaliknya masuk ke dalam bakul itu semula. Kakak kurang berjaya dalam
game ni..hehehee..budak kecik lagi kan..so terpaksalah pujuk kata anak patung
besor tu kakak punya…hahahah!
So inilah hadiah keseluruhan yang dimenangi…pesta anak
patung…hmmmlahaaaiii…
Settle segala ‘drama swasta’ perebutan anak patung,
kakak berjaya dipujuk dengan ajak naik train.
Mak Ngah jadi teman main…hahaha..jenuh
nak masuk sebab train ni kecik ajo. Yang teman kakak semuanya badan jenis ‘cute
miut’. But never mind, for you our dear girl, we will survive! ;-)
Sempat lagi tu
bermesra-mesraan dengan cik zirafah yang super tall ini…
Then kami teruskan plak dengan menonton 4D short
movies ini. Setiap tayangan mengambil masa purata di antara 25-30 minit. Ada 4
cerita untuk dipilih dan u all boleh tengok preview schedule untuk pastikan
pukul berapa cerita-cerita ini.
Ada dia bagi spek 4D ni. So semua real, dapat rasa angin,
dapat rasa hujan..salji segala. Si kakak tak nak tengok pakai spek 4D sebab dia
takut menengok benda2 tu semua datang dekat kat dia. Alasan kakak, “Kakak xpe
kalau tak pakai spek ni..ia tak marah kakak sebab kakak kan kecik lagi…” Hmmm…gitu
kakak..baiklah!
Habis semua, marilah kita solat sebentar. Ok, dalam
Legoland ni ada juga disediakan surau.
Ni di hadapan surau
Suraunya luas dan dianggarkan boleh
menempatkan lebih dari 20 orang dalam satu-satu masa. Suraunya bersih Cuma pengudaraan
dia agak lemah skit…. Kain telekung semua pun ada dalam ni. Cuma aku dah
terbiasa bawak telekung sendiri…apa pun, yang penting boleh solat dengan
selesa, Alhamdulillah….
Dalam surau ni jugak kami telah transform si kakak…bagi
tukar baju semua. Dah basah lencun dah aku tengok.
Habis selesai segala, perut pun dah nyanyi lagu heavy
metal dah, mintak diisi. Seperti yang aku rasa ramai ketahui, harga makanan dan
minuman di dalam Legoland ni boleh dikatakan mahal jugak. Air tin satu pun
dalam RM 5. Makanan apatah lagi. Tapi aku dan Incik Daus memang dah siap2 bajet
untuk benda-benda ni semua. Iyalah, bawak anak kecik dengan mak, normally kena
prepare benda-benda ni. Kesian kalau nak paksa tahan lapar sampai habis tour
kan…
Food area yang paling dekat dengan kawasan surau ni
adalah Burger Junction.
Aku ambik set..dua set burger dan satu set ayam
goreng. Setiap satu set harganya RM 25. Tapi pada aku berbaloilah dengan tempat
macam ni sebabnya portion dia besar. Serius memang besar. Burger tu leh share
dua orang. Kenyang dah. Yang kami siap order potato wedges tambah sebab takut
tak cukup. Sudahnya ayam goreng tu pun tapau aje bakinya sebab semua dah full.
Setiap satu set ini selain main dish iaitu burger@ayam
goreng akan didatangkan juga dengan fries, air dan buah-buahan. Buah tu dia dah
potong siap2 dalam cup tinggi tu. Time ni kami dapat buah tembikai merah.
Bagi potato wedges ni plak, harganya RM 7..
Kami pilih untuk makan dekat bahagian tepi yang bersebelahan
dengan tempat terjunam bot untuk ride Dino Island. Bolehlah tengok semua orang
menjerit-jerit bila bot tu jatuh menjunam dalam air.
Si kakak bukan main bersungguh bila menyembang. Tapi
kan, aksi ni, mulut muncung cam gini pot pet pot pet tu..akan jadi sebaliknya
bila ada orang luar yang tengok atau perhatikan dia. Terus aje menyorok kat
celah ketiaklah, menyorok kat belakang kitalah…bila tanya kenapa..”Kakak malulah
Ibu..”.. depan orang kakak memang pendiam…susah sungguh nak dengar dia bercakap…tunggu
bila dengan family..lepas dia, dia..dia lagi yang akan bercakap… ;-)
Eh..eh..tuan punya blog nak enterframe jugak..hhehehe
Tak dapat gi itu Mesir ka..Turki ka..dapat posing
senyum sama unta pun sudah cukuplah…hahaha…
Keterujaan bermain diteruskan lagi. Kali ni bagi kakak
rasa pengalaman bawak keta bomba di Rescue Academy.
Kakak masa pergi rombongan
ke Bomba time Taska dulu pun bukan main seronoknya. So bagi kakak merasa real
experience bawa kereta bomba dan padamkan kebakaran (api dia olok-olok aje..no
worries okay..). As usual, kakak partner dengan bapak. Ibu mana larat nak
pusing besi bulat tu untuk menggerakkan lori bomba ni. Incik Daus pun aku
nengok berpeluh-peluh..hahaha…
Kakak jugak yang senyum rileks…
Bila habis main je..tak menahan aku mendengar
statement si kakak..
“Ibu, bapak tak tolong kakak bawak pun lori bomba
ni..kakak yang bawak sorang2 ibu..kakak terror kan Ibu..”
Hahhahaa…seriously nak tergelak. Incik Daus hanya
mampu tersenyum sumbing sambil mengelap titisan peluh yang mengalir…hahahha…sastera
tak aku? Mana aku tak gelaknya..actually game ni..memang dia suruh anak2 yang
pegang stering di depan tapi actually yang menggerakkan lori ni adalah orang
yang control stering di belakang. Jadi kakak sangat confident kata dia yang
bawak without knowing actually bapaknya yang bertungkus lumus bawak. Hahahhaa…
Abis bawak keta bomba, kita bawak plak aeroplane
di Lego City Airport.
Aku game yang terbang2 pusing ni kurenglah skit, sebab
aku tak tahan pening. So Incik Daus lagi sekali kena jadi peneman. Sebabnya di
sini kalau kanak-kanak bawah 120cm (tak salah aku..) kalau nak naik apa-apa
ride perlulah ditemani dengan ibu bapa atau penjaga yang dewasa.
Masa lepas main game ni, jam dah menunjukkan 6.30pm.
Memang tak sedar sangat waktu berlalu dan banyak lagi game tak sempat naik.
Ikutkan Legoland ni ditutup jam 6.00p.m tapi mungkin cuti sekolah kot..dia
extend sampai kul 7.00p.m. So kami teruskan lagi lawat Mini Land plak.
Di kawasan Mini Land ni banyak monument-monumen Lego yang menarik untuk kita lihat. Kemas dan bersih, sempat aku terfikir macam mana diaorang buat maintenance.
Kat kawasan ni memang sesuai untuk ambik gambar.
Si kakak kagum melihat susun atur bangunan Lego ni...
Cantik kan monumen yang dibina, memang nampak real...
End up kami keluar dari kawasan Legoland ni lebih kurang jam 7.00 malam. Time tu hujan dah rintik-rintik. Berlari...
Anyway, alhamdulillah..seronok sangat..hajat tercapai nak bawa kakak, mak dan semua ke sini.
Mana plak next destination kami di Johor? Nanti ya, kita sambung Insya-Allah di next entry..jauh ni datang Johor..so jom jalan puas-puas okay... ;-)
waaaa seronoklah.. CT area sana mmg tak pernah sampai lagi tau kak.. Johor tu kalo smpai pun area muar area batu pahat je.. JB mmg dok pernah..
ReplyDeletebestnya.. boleh tahan gak legoland ni.. ehehhe panas dak ? hahaha..
Alhamdulillah..kami pun CT, punyalah lama plan, at last berjaya jugak sampai sini...panas tu betul..memang panas sebab dia open concept gitu..tp dalam Star Wars tu sejuukkk..hahahha... akak bertapa lama skit kat dalam tu..ahaks! ;-)
ReplyDelete