Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, April 3, 2015

Kisah Kakak: Result assessment kakak yang pertama di The Little Caliphs

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Jumaat lepas, kena datang school kakak, Little Caliph..ada perjumpaan dengan ibu bapa. Diskusi dan mengetahui perkembangan pembelajaran anak-anak. Ambik report card sekali. So time baca surat tu, rasa alamak, nervous betul. Biaselah very the mak-mak punya syndrome. Terus terfikir, what if result assessment kakak ‘mencabar minda’ aku sebagai ibu? Huhuhuhu..payah rasanya nak kawal emosi, biaselah aku bila bab anak ni memang selalunyalah yang over emosi.

Hari Jumaat tu, sesi aku dengan Incik Daus kena dari jam 2.00- 4.00 p.m. So aku ambik je half day petang tu, sama jugak dengan Incik Daus. Alhamdulillah, kebetulan date tu Incik Daus kerja dekat Bukit Merah aje. Kami sampai ke sana pun dah 3.30p.m.

Lawak betul aku..teacher kakak sampai soh aku rileks, result kakak ok..kakak student yang ok, xda masalah. Hahhaaa…agaknya teacher pun nampak betapa nervousnya muka ibu Arissa ni kan… yelah, kakak adalah anak yang very reserve. Dia jarang nak share banyak. Kalau tanya pun, selalunya jawapan kakak… “Kakak pun xtau ibu…” So aku kena guna kaedah psikologi untuk Tarik minat kakak bercerita apa yang kakak belajar. Sebabnya to be honest, the way they learn in Little Caliphs way too far dari zaman aku belajar dulu. In that matter, aku yang kena paham dulu. Kalau xpaham, camne nak ngajor, ye tak…punyalah over, sampai aku siap bagi tau kebimbangan aku tentang numbering writing kakak yang selalu terbali. Yes, she tend to flip the number. Sekali teacher tersenyum dan jawab, Puan, kami tak ajar lagi students menulis angka… 

*seeeeeeeeee…betapa overnya aku…*

Ok, to cut it short..alhamdulillah…bila teacher tunjuk result kakak….




Nengok result kakak ni, terus aku rasa macam.. *Syahdu..sendu sedan…hahhahaa..over again!*
Alhamdulillah, keputusan kakak pada aku cemerlang. Sains tu xpe, nanti ibu ajar ya sebab teacher dah bagi explaination dah skop pembelajaran sains di Little Caliph tu. Untuk buku bacaan, kakak dah hampir habis buku dua. Dan hari ni kakak akan mulakan pembelajaran buku 3, so ibu need to prepare the consonant calendar… *Bestnya, lama dah tak main pendidikan seni..huhuhuhu…*

Yang buat aku rasa xjejak tanah adalah bila cikgu cakap tentang pencapaian subjek matematik kakak. Dulu, teacher pernah nyatakan kebimbangan dia bila kakak susah untuk abosorb konsep Maths pada aku. Aku lagilah risau, abislah..tak pandai maths tu memang genetic aku la tu..bab ni memang kompem tak leh salahkan Incik Daus, hahahha…

Tapi bila tengok result Maths kakak ni, aku rasa lega sangat. And teacher did mention to me yang she herself pun terkejut dengan pencapaian kakak. Teacher kata bila kakak dah faham konsep, kakak terus bagi, bagi dan bagi. Dalam kelas sekarang, kakak plak yang bantu ajar kawan-kawan. Tak leh imagine kakak mengajar kengkawan..hehehe…


Ni la nyawa, dan jantung hati ibu… setiap malam paksa ibu ajar dia menulis sekarang ni sebab kakak kata tulisan kakak masih belum cantik…teacher kata kakak kena belajar tulis nama kakak cantik-cantik..so setiap malam la aku ajar kakak menulis sepanjang minggu ni…

Alhamdulillah, this is the hikmah of what happened. I got so much time with her… ;-)

Love u my bucuk bam bam..be a good girl always…Insya-Allah…


1 comment:

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)