Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, April 6, 2015

Cuti-Cuti Johor: Legoland Part 1 - Singgah Bermalam di Grand Paradise Highway Hotel Seremban

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Alhamdulillah, setelah lama giler aku rasa tak travel sakan, kali ni berjaya jugak. Alasan nak disenarai memang banyak kenapa jarang dapat cuti, tapi Alhamdulillah, setelah ‘tidak lagi menjadi kesayangan bos’, hahhahahaha…aku memang lebih rileks dan kembali misi suka suki jenjalan yang dulu time bujang sangat sakan aku lakukan…bak kata Nora Danish, KITA ENJOOOOOOOYYYYYY!!!! Ewah!




Ini kakak sangat excited ok, siap nak ada pose sebelum bertolak…konpius ibu ni haaaa naaakkk oiii!

Untuk cuti sekolah rasmi yang pertama bagi kakak, mehla ibu tunaikan misi kita ke Johor..atau lebih tepat lagi ke Legoland. Agenda nak ke Legoland ni dah terbantut since 2013 lagi..haaa, leh imagine tak betapa lamanya? So alang-alang dapat pergi ni mehlah kita merayap sakan.

Kami bertolak dari Ipoh hari Rabu malam, 18 March 2015 (diari sangat karangan ni kan..hehhehe), lepas maghrib macam tu. Sempat lagi singgah RnR Tanjung Malim untuk isi tank perut yang dah nyanyi2 lagu keroncong. 




Mana kan tak, jauh kot Ipoh ke JB ni..mau keras kejung dalam keta selain kerapnyelah rasa lapar kan..maklumler co-pilot. Untuk yang masih muda belia macam aku ni (muuuudddaaaa laaa sangat….), ok lagi..tapi untuk mak...kesian plak. So kami plan to pit stop kat Seremban. Kan ada highway hotel tu, so kami tidur dulu kat situ. 



Ini hotelnya dari pandangan luar, aku ambik ni time pagi tu….


Haaaa..ni keadaan bilik dia time kami sampai lebih kurang kul 1 pagi kot masa tu…




Hotel ni oklah, setakat nak tidur. Harga bilik time cuti sekolah RM 119 semalam bagi family room yang macam aku ambik ni. Kalau hari biasa, adik ni kata dalam RM 108 kot.

Awal pagi bangun, siap cepat2. Seingat aku dapat tidur pun lebih kurang 3-4 jam aje. Si kakak siap cakap, “Ibu….kakak rasa kakak tak boleh nak tidurlah…rasa macam tak mengantuk…”
Ayooooo…dr siang tadi ini budak kecik tak mau tidur mak aku cakap. Excited sangat agaknya nak ke Legoland. Lama sangat mintak, kali ni baru Ibu dapat bawak. Insya-Allah, kita akan travel more ye lepas ni…eh, eh…tetibe… 



Hamboiiiii..hamboiiii..makin pandai nak melawa skrg ni...sibuk gak nak bersiap aihhhhh....

Esok pagi2, belasah dulu bekpes KFC, sebelum pergi. Tapi kan, kenapa bekpes KFC kat sini teruk betul kualiti food dia..rasa macam aku aje nak pi masuk dapur masak sendiri.. ewahhh, suke ati aku aje kan… 






Dah, tak payah nak tolong orang masak sangat, sat gi lambat plak sampai ke sana. Nak ke Legoland untuk jimat masa mencangak membaca signboard, kami pakai waze..dan info yang aku dah print awal-awal…Lebih kurang dalam 3-4 jam jugak dari Seremban. Pada yang first time ke JB macam aku ni..(pergi sendirilah..dulu pergi atas urusan kerja..so xdrive sendiri jadi xalert..hehhehe), ambik exit yang tulis Tuas/Nusajaya/Pontian/Tanjung Pelepas. Exit ni untuk pengetahuan u all, selepas exit Kulaijaya/Kota Tinggi.

Bila keluar exit Tuas/Nusajaya/Pontian/Tanjung Pelepas, kita akan masuk Tol Lima Kedai namanya. Aku pun tak tau kenapa namanya gini, sepanjang yang aku tengok..aku tak nampak ada lima kedai kat sisi jalan..hehehe..dulu2 kot. Cuma kan…tol lima kedai ni, u all kena bayar masuk pakai touch and go tau, no counter2 ya..so sesapa yang nak ke Legoland ni..silalah beli Touch and Go siap2 ya kalau tak ada…






Jalan pagi tu tak jammed, Cuma memang panaslah cuaca. Dalam 15-20 minit masul Tol Lima Kedai tu, yeaaaayyyyy..kami dah sampai ke Nusajaya…cayalah!

Ok dulu setakat ni..tunggu enxt entry ek untuk segala keterujaan kami dalam Legoland tu..hehhee…
Tatatititutu dulu ye kengkawan…


3 comments:

  1. Wah pergi legoland jugak seronoknya :-)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..memang seronok walaupun jauhnya nak drive ke sana dari Ipoh... ;-)

    ReplyDelete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)