Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Today is cuti…!! Happy Thaipussam to all my dearest frenz
yang celebrated this festive okay…
Aku, apakah yang aku buat pada hari ini. Sebagai wanita yang
cekal, aku tengah cekal di kedai ni…hehehhe..ya, itulah rutin aku semenjak dua
bulan lepas, weekend akan turun ke kedai, sama-sama usahakan business kuih-muih
frozen ini..well akan aku tulis lebih lanjut dan details bila aku rasa segala
set up kedai sudah stabil ya kawan-kawan…
Ok, aku tak tahu bagaimana nak mulakan menulis hari ini..
Semalam, hati tiba-tiba terasa nak membuka facebook, setelah
sekian lamanya aku tak buka facebook dan melihat perkembangan rakan-rakan atau
update hal terkini. Mungkin sebab aku malas nak melayan masalah mental setengah
orang yang suka melihat update orang lain and then buat cerita yang
macam-macam. Lebih sakit lagi ada segelintirnya pula jenis yang suka nak baca
update orang lain, lepas tu nak sakit hati sendiri..tak faham akulah..
Tapi entah kenapa semalam, aku tergerak hati untuk tekan
button ‘Home’ tu..tiba-tiba terbaca perkhabaran tentang perginya seseorang yang
pernah menjadi rakan sekerja aku di syarikat lama. Terkesima kerana usianya
juga masih muda, baru menginjak 37tahun dan pemergiannya akibat kanser usus.
Bulan lepas, seorang sahabat lama aku pergi juga ketika usianya masih muda, 33
tahun. Meninggal dunia akibat serangan sakit jantung yang pertama. Arwah rebah
ketika usai main paintball. Pertengahan tahun lepas, seorang sahabat juga
meninggal dunia setelah selesai berjogging, juga akibat serangan sakit jantung,
ketika usianya 32 tahun. Allahuakbar, maha suci Allah, akan pada benarnya soal
hidup, mati, ajal, maut, jodoh, kaya, miskin, susah atau senang, segalanya atas
ketentuan-NYA juga..merancanglah kita sebaik perancangan sekali pun,
sesungguhnya perancangan Allah juga yang benar.
“Aku muda lagi…lambat lagi nak mati..” Ternyata ungkapan itu
pada aku sama sekali tak relevan. Dan buat aku sendiri muhasabah diri, untuk
lebih bersiap sedia menghadapi kematian itu. Kadang-kadang aku lihat keliling,
kemudian melihat diri sendiri. Cuba
bertanya pada diri sendiri, apa sebenarnya yang aku inginkan dalam hidup?
Terimbas pula kursus ESQ yang pernah aku hadiri di syarikat lama. Tanyakan pada
diri, apa yang anda sebenarnya mahukan? Mahu hidup senang, mahu membahagiakan
kedua ibu bapa, mahu ada kereta mewah, atau mahu barangan berjenama? Nak gelang
emas sampai ke pangkal lengan atau nakkan penghormatan dan penghargaan orang
lain? Satu perkara sebenarnya yang patut kita letak dalam hati, adalah
cita-cita mahu mencari ‘Keredhaan Allah’… itu yang selalu kita lupa, dan itu juga
yang kadang-kadang aku sendiri lupa…
Terus-terang aku katakan, bukan mudah mendepani cabaran baru
di tempat kerja baru dengan persekitaran yang sama sekali berbeza. Adakalanya
aku sendiri dengan jujurnya mengakui bahawa aku hampir hilang diri sendiri.
Kalau dulu, aku tak pernah sempat pun nak ambil pusing hal remeh-temeh tapi
sekarang dah jadi sebaliknya. Perubahan yang aku sama sekali tak suka. Aku
adalah orang yang sangat suka apa yang aku buat dan aku suka belajar sesuatu
yang baru. Ini kerana pada aku peralihan seharusnya memberikan aku input baru.
Menambahkan satu lagi penanda aras dari segi intelektual diri.
Akhirnya satu hal yang buat aku sendiri terkesima dan
semakin muhasabah diri, adalah KEMATIAN. Di kala semua orang sibuk dan kalut
menyatakan duit tak cukup, gaji tak cukup, semua pun tak cukup…ada tak sesiapa
yang bertanyakan diri, amal kita nak hadapi Allah, sudah cukupkah? Duit tak
cukup, selagi masih punya kudat, kita boleh ikhtiarkan. Tapi kalau amal tak
cukup, di dalam sana ..mana kita nak
cari?
Allahuakbar..sungguh aku muhasabah diri….
Buat Allahyarhammah Kak Erni Zurita, Allahyarham Abg Charlie
dan Allahyarham Roslan..Al-Fatihah…
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)