Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Sunday, January 5, 2014

Resipi: Ikan Kembung Lemak Masak Taucu Bersama Petai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Phewww!!! Panas terik sungguh hari ni...tadi dapat pekena air tebu sepeket, Ya Allah, nikmatnya tak dapat digambarkan...hihihihi..

Alhamdulillah, cuaca panas hari ni, cepatlah kain jemuran aku kering..abis penuh depan umah aku dengan kain, sebab semalam, kain yang dijemur, basah ditimpa hujan. Sedih sangat-sangat...adeyyy! Semalam dalam kul 3p.m macam tu si kakak ‘yak’..sempatlah aku jenguk kot tingkap sebelum bawak dia ke bilik air... dalam hati time tu...”Ok..panas lagi cuaca, jap lagilah aku angkat kain...”

Sekali..kuar aje dari bilik air. Aku dengar ujan turun selebat-lebatnya..kalut aku siap tak berselipar lagi mengejar angkat kain, tapi apakan daya...abis dah basah...so terpaksalah cuci balik..dugaan di petang hari..
Eh, eh..apa motif entry aku sebenarnya hari ni ek..hahahah! Citer tentang angkat kain jemuuuurrrraaaannnn...ujan dah tuuuuurrruuuunnnn! Hihihihi...

Tak kisahlah apa pun intronya yer..bukan ada markah periksa pun ye tak...kih..kih..aku sebenarnya nak share menu makan tengahari kami...

Ni haaaaa...Ikan Kembung Masak Taucu Bersama Petai...


Aku sebenarnya tak pernah tahu pun petai ni boleh digandingkan waktu masak taucu...kebetulan time aku beli petai ni kat pasar malam, mak cik yang jual tu ramah bersembang, katanya, petai gemuk-gemuk cam gini kalau dibuat masak taucu, dengan ikan..memang sedap! Huh? Ya ke? Aku pun mulalah dok terngiang-ngiang apa yang mak cik tu cakap...tak leh jadik ni..terus gi beli ikan kembung lemak, sambar plak taucu cap Opah Nur tu...dok la ulang-ulang cakap kat Incik Daus tentang info tu..

Aku: Tak tahu plak yang petai boleh buat masak taucu..

Incik Daus: Laaa...memang boleh, baru tau ke? *MUKA DAN NADA SUARA YANG TAK TERUJA LANGSUNG*

Aku: Hmmmm... *TERPAKSA BUAT MUKA BERLAGAK ORANG URBAN...* ;-)

Maka dengan semangat waja, aku pun gigihlah masak..

Meh aku share resipinya ala aku masak..hihhi..

Bahan-bahan:

6 ekor ikan kembung (goreng dulu macam biasa)
2 papan petai (dibuang kulit dan dicuci bersih)
1 biji bawang bombay (besar)
4 biji bawang putih
(Hiris halus bawang-bawang ini)
Sedikit halia
2 biji cili merah
1 pek taucu- anggaran 60gm (aku guna Cap Opah Nur)
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:

15 biji cili padi kampung (ikut suka nak bubuh atau tidak, terpulang kalau suka pedas atau tak)
1 biji bawang merah besar

Cara Membuat:
  • Tumiskan bahan yang dikisar.Biarkan sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan pula 1 cawan air, diikuti dengan taucu.
  • Masukkan bawang yang dihiris dan juga halia.
  • Masukkan petai dan tambahkan sedikit garam atau gula ikut citarasa masing-masing. Cuma rasalah dulu ya, sebab taucu tu pun pada aku dah memang masin.
  • Biarkan sehingga mendidih.
  • Akhir sekali baru masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan juga cili merah. Kacau seketika dan padamkan api.


Memang syok gila bila makan dengan nasi panas-panas. Memang bertambahlah kan...oh ya, aku memang suka masak taucu pekat, tak suka letak air banyak sangat. Jadi kalau untuk yang suka makan taucu berkuah, tambahkanlah sukatan air tu ya...

Baiklah anda semua, selamat mencuba!

Errrmm...kat luar dah hujan..alhamdulillah, kain dah kering..dah siap lipat...tenkiu Incik Daus tolong lipatkan sementara aku mengupdate blog..hihihihi..suami mithali katakan..hahahh!

Kakak? Ni dok tak abis lagi baca 'Sayang Muslim'...

Ok...nak sambung taip entry berikutnya...tatatititutu... 



No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)