Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, January 30, 2014

Kakak tak sihat..batuk, demam, selsema dan tonsilnya bengkak...kesian anak ibu... ;-(

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Mintak ampun dan maaf semua, lama plak tinggalkan blog this week. Kakak xsihat sebenarnya..so EL la aku pada Isnin lepas. Kebetulan Selasa, memang aku apply cuti..so sambunglah…semalam plak terpaksa pergi Kay El ada meeting…hmm..gitulah senah…kehidupan…muahah! Tetiba kan…

Meh kita citer tentang kakak nak…actually last week, kakak memang demam, pergi klinik, abis ubat semua..demam pun baik, tapi batuk masih ada.

Pagi Ahad tu since kami berdua, kakak dengan aku pun kuarlah dating..biasalah, itulah aktiviti bila Incik Daus xada..dah besar dah, bolehlah jadi kawan ibunya bershopping bagai kan..hihhi..

Mulanya kami ke Sec 18 kejap, jumpa Aunty Nisa..then otw balik, singgah Tesco sekejap, beli barang. Lepas tu tiba-tiba si kakak,

“Bu..Bu janji nak minum sama ngan kakak…”

“Ok..kita nak baliklah ni..nanti kita minum ya..”

“Tak nak, nak minum kat mamak..”

Ermmm…amboilah anak…sapa ngajor melepak mengeteh kat Mamak ni…upsss..ibu ngan bapaknya jugaklah ya…ahaks!


Inilah hidangan kami...kakak minum soya dengan maggi goreng kosong dia..ya, kosong ya...aku dengan ape tu...vadai ke ape ntah..hahah...


Ha..nampak tak microphone di atas ini? Inilah yang di pow ibunya time kat Tesco tadi...masukkan bateri, ada minus one lagi..beli kat My New.com kat Tesco tu..silalah asah bakat wahai anakku...ahaks!


 Sudah-sudahlah nyanyi ya..jom kita makan meh..dah petang ni...punyalah bercinta nak tunggu kakak makan okayy...mehla borak2 sambil makan-makan..kata girls day out...errr..ibu pun kategori girls ke..kih..kih..kih


Hmmm..dah keletihan..masuk aje keta...zzzzzzzzzzzz.....

Then Ahad malam tu, tiba-tiba kakak tersedak waktu tidur, batuk-batuk..naaahhh..ambik kauuu..muntah! Sikit punya banyak muntahnya..abis toto semua…jenuh aku jadik bibik jap..waktu tengah lap-lap kakak di dapur, then muntah lagi..abis lantai dapur mak aku..Allahuakbar…cuci lagi…

Then aku pun ajak kakak masuk bilik..tidur dalam bilik, tadinya tertidur kat luar, aku belumlah lagi angkat dukung masuk bilik. Kakak pun tertidur semula, elok 15 minit lepas tu, kakak terjaga, muntah lagi..hmmm..sekian..abis tilam aku..jenuhlah nak cuci, tilam dahlah berat…Incik Daus tak ada ya, dia ke Kuantan, macam biasa, keja luar kawasan..eii, susah betul nak ada dlm kawasan kan…merayap aje kejanya…hahah!

So, bila dah kali keempat muntah, maka aku mulalah dengan semangat panic ku itu..so duhai anak, mohle kita ke sepital..kakak mcm biasa, rileks aje, lepas muntah pun mcm xada apa yang jadik..

Sabor jelah…nak tengok betapa rileksnya budak kecik ni..ermmm...


 

Ini waktu kat Emergency ya..aku bawak ke Pusat Perubatan Ar-Ridzuan, Ipoh..tengoklah..dalam dok muntah-muntah, batuk-batuk teruk tu..muka dah pucat, masih lagi melalak nak bawak juga microphone dia tu..sabor ajelah..anak aku ni aku rasa macam bapaknya juga..kalau dapat mainan atau barang baru, memang keterujaan tu akan makan masa berhari-hari jugaklah... ;-)

Mulanya doktor pun ingat kakak hanya muntah disebabkan batuk..rupa-rupanya kakak muntah tak berhenti tu berpunca dari tonsilnya dah membengkak, di sebelah kanan..dan sudah mula dijangkiti kuman. Bila check suhu badan pun dah dekat nak 39..so demam la kaedahnya…errmmm..maka jadinya, tersadailah kejap kat ward tu…

Tapi itulah kakak..kalau demam pun macam tak demam..sakit pun macam tak sakit…so begitulah kisah kami weekend yang lalu…huhuhu…



No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)