Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Saturday, January 11, 2014

Resipi: Ikan Salmon Panggang...Mudah dan Ringkas aje...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Adeyyy..jenuh memikir apa tajuk hidangan ni nak diberi nama..bukan main omputeh lagi, nak masak salmon..kih..kih..

Sebenarnya aku ni memang peminat tegar ikan salmon..tak taulah kenapa..tapi suka sangat..salmon mentah pun aku suka makan... *walaupun kulit tak berapa nak putih..hahahah!*

Jadinya, pergi Tesco baru-baru ni..Incik Daus teringin nak makan lamb chop..aku plak teringinkan salmon..so jom beli bahan-bahan..balik, masing-masing buat perapan sendiri.. *sesekali masak bersama, ala-ala freestyle pun syok jugak...*

Kakak? Kakak pun terlibat sama dalam acara 'Mari selerakkan dapur' ini..tapi untuk kakak, ayam gorenglah...

Jadinya..inilah hasil rekaan aku..ahaks!


Ok..meh aku mulakan dengan bahan-bahan dia..mudah aje..tak perlu belajar kulinari tinggi-tinggi pun boleh bikin ini hidangan..hehehe..

Aku gunakan bahan-bahan ini sebagai perapan...

Lada hitam
Serbuk paprika
Serbuk garlic
Serbuk cili
Pati jus oren (dari sebiji buah)
Sedikit garam

* Aku gaulkan pada ikan, juga pada ubi tu..ubi tu jenis yang kecik-kecik, beli masa naik Cameron that day..begitu juga dengan tomato ceri yang sangat rangup dan manis..sedap...

Panaskan kuali..percikkan sikit minyak zaitun..

Then mulalah memanggang...

Masa panggangkan sayur-sayuran tu..aku campurkan sedikit pati jus oren dengan isi oren tu sekali..aku tak tahu jenis oren apa ni..tapi manis sangat..pun aku beli kat Cameron that day..kulit dia warna hijau gelap..tapi isi sangat manis...




Kombinasi masam, manis dan pedas-pedas..memang sedap kat anak tekak aku..nampak tak macam oren-oren tu..itulah isi buah oren tu..

Ok..itu aje nak share hari ni..mana gambar makanan Incik Daus..? Ampunnn..tak sempat nak ambik, chefnya dah ngapppp...hmmm..what to do...

Oklah..tatatititutu...

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)