Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, January 6, 2014

Kisah Kakak:" Lihatlah dunia..I'm going to school..."...hihihi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

*TABAHKAN HATI YA..ENTRY YG PANJANG LEBAR PENUH CITER BERGAMBAR... ;P*

Tahun 2014, bermulalah kehidupan kami sebagai ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah...ewah! Bukan main lagi ayat intronya, macam anak dah masuk darjah satu aje lagaknya..heheh..

Walhal..baru aje hantar ke taska..Kakak dilahirkan pada tahun 2010, jika diikut perkiraan tahun, tahun 2014, usia kakak akan menginjak 5 tahun..tapi itulah kalau ikut kira tahunlah..kalau ikut bulan, kakak baru aje 3 tahun 3 bulan, pada Januari 2014 ini.

Mencari taska yang sesuai adalah cabaran paling utama semenjak berpindah ke Ipoh ini. Kalau ada yang elok, jauh plak dari rumah. Aku pada mulanya berniat hanya nak carikan play school untuk kakak. Aku nak dia bercampur dan tahu sesuaikan diri dengan kawan-kawan. Iyalah, dari kecik kan mak aku yang jaga. Jadi kakak memang tak pernah stay kat nursery atau apa. Risau jugaklah untuk mula-mula hantar kakak ke mana-mana taska. Manakan tidak, kalau selama ni asal jumpa orang yang tak kenal aje, jenuh menyorok kat belakang aku. Suruh salam tangan pun mana kakak nak, alasan kakak, “Kakak malulah bu...”

Hmmm...susah hati aku ni haa..jadi aku nekadkan hati nak juga hantar kakak ke taska walau pada mulanya Incik Daus agak keberatan sebab pada dia, kakak masih kecik lagi..welll...nampak gayanya aku lah yang kena kentalkan hati..ewah! *INI AYAT PENYEDAP HATI...HAKIKATNYA AKU PUN GAYAT JUGAK...*

Di rumah, kami memang menggalakkan kakak membaca (walaupun pelat), malah masa kecil, aku rajin belikan kakak flash card untuk kakak belajar kenal simple things. Malah kakak sekarang dah pandai kira from 1-10, dah boleh hafal lagu ‘Twinkle, twinkle little star’..dan alhamdulillah, rukun solat macam ruku’ dan sujud, kakak dah boleh ingat urutan walau kadang-kadang kakak tersalah jugak...tapi itu adalah antara perkara asas yang kami ajarkan untuk kakak. Dari segi percakapan, mak memang melarang keras sama sekali untuk sesiapa di antara kami bercakap pelat dengan kakak..semua kena cakap penuh dan betul. Apa yang kakak tanya, kena jawab seperti orang dewasa..

Seperti contoh,

“Ibu, awan tu apa..”

Ha....silalah jawab dengan penuh IQ ya..muahahha...

Jadinya, motif menghantar kakak ke taska, selain untuk berikan pendedahan pembelajaran yang lebih baik adalah untuk galakkan kakak bergaul juga. Masalah yang kami hadapi adalah, waktu kerja aku yang tak menentu, ditambah dengan Incik Daus yang selalu out station dan mak aku yang tak boleh drive keta. So tambah tolak darab campur, memang kena carik yang paling hampir dengan rumah dan suasana pembelajaran yang ok. Ada yang aku pergi survey dan ‘site visit’ tu, macam aku pun urut dada..penuh sangat...sampai aku pun terasa sesak dada..

Suatu hari, dalam perjalanan balik dari kerja, lalulah aku di hadapan Taska Permata Kemas dalam kawasan perumahan mak aku..dibuka untuk pendaftaran, terhad kepada 20 orang sahaja. Terus aku berhentikan keta, ambik nombor phone, dan ambik cuti next weeknya untuk pergi daftar.

Waktu pendaftaran, aku diberikan borang dan penerangan serba sedikit. Di Taska Permata Kemas Batu 8 ni, ada 4 orang guru. Aku tengok environmentnya ok, kakak pun macam ok. Dekat dengan rumah..dan oklah. Yurannya RM 60 sahaja setiap bulan dengan yuran pendaftaran RM 200 (termasuk uniform sekolah dan baju sukan). Cuma masalahnya, nanti akan diberitahu keputusan 20 orang yang terpilih tu...adeyyy..dapat tak anak aku ni kan....

Apa pun, kasi isi borang dulu...


Inilah gambar passport kakak yang pertama..hahah..comeyyy..comeyyy..muka masam sebab tahan nak menangis...kakak..kakak..nasib baik auntie yang ambik gambar tu pandai pujuk jugak..kalau tak adalah drama swasta kat kedai ni..hihihi


Borangnya banyak jugak yang nak diisi..jenuh jugak aku menulis...


Lepas hantar borang, cikgu kata tunggu panggilan dari dieorang..untuk dimaklumkan sama ada dapat atau tak..mula janjinya bulan november nak call..

Abis bulan 11, masuk ke bulan 12, tak dapat sebarang makluman..aku dah start cari taska lain dah, sebagai alternatif...last-last rezeki kakak, kakak dapat tempat di sini. Walaupun zaman sekarang ramai yang lebih suka memilih taska swasta yang lebih popular dan glamor..bagi aku dan Incik Daus, untuk permulaan, tak salah kami hantar ke PERMATA ni..dekat rumah, aku tetap akan usahakan mengajar kakak sendiri jugak..jangan push teruk sangat..sebab aku tak nak kakak merasakan belajar itu sesuatu yang bosan, cuma aku juga berharap agar teacher-teacher di sini dapat variasikan teknik pembelajaran sebab kakak ni jenis yang mudah faham dan cepat juga bosan kalau yang diajar tu berulang-ulang benda yang sama...welll....aku rasa part tu dia ikut perangai aku kot...hihihihi..ya, buat yang tak tau, aku ni spesis yang jenis belajar dalam kelas aje, fokus, cepat tangkap..dan itu jelah..nak harap aku ulangkaji kat rumah bersungguh-sungguh..adalah susah sama sekali..heheheh...itu yang subjek matematik tak brapa nak terror tu..kih..kih..kih..haa..yang itu, harap kakak jangan ikut jejak ibulah yer... ;-) 

So setelah kompem semuanya..aku excited gile nak mencari barang kakak sekolah...Incik Daus geleng kepala aje..baru nak antar ke taska..bukannya masuk Darjah 1 ke..tapi over ibu dia ni kan...hihihi...yes, anak kata...biarlah nak excited...ahaks!


Aku tak taulah kakak dapat pengaruh dari mana, tapi dari mula kakak dah request nakkan beg yang ada penarik macam kat atas ni..adeyyyy...mula nampak Dora, nak Dora..aku tunjuk jenis yang tanpa penarik tu, tak maunya dia...tetap nakkan jugak jenis itu...kejap Dora, kejap Mickey Mouse...


Muka tersengih sambil rambang mata...kakak..kakak...


Nak pilih kasut plak..Kakak nak kasut Ben 10, jenuh berperang dengan aku..kaki kecik (untuk saiz kasut sekolah), susah jugak nak cari saiz..last-last dapatlah jugak, size 17, Kiki Lala..


Haaaa..ini pemandangan lepas dah letih memilih barang..merajuk..meragam dan macam-macam lagilah...last-last Incik Daus sumbat susu...zzzzzzzz....

Ohhh..nampak tak beg yang jadi alas tidur tu..last-last beg Boboiboy jugak jadik pilihan...dan kenapa boleh jadik bantal tu..sebab tak sapa boleh pegang ya.. "Ini kakak punya..."


Inilah hasil 'tangkapan' kakak...hmmmm.... *SENYUM TAK USAH KATA APA-APA..HIHIHI*


Haaa..semua dah siap berlabel seperti yang diminta oleh pihak taska..ya, botol air kakak.. 'Autobot..Transformers'..adeyy..ibu dah belikan minnie mouse punya bekal air..hmmm..tak mau dia..kakak...kakak..agaknya macam aku time kecik kot, jenis yang tak layan benda gurlish..gurlish..mana main Barbie..aku main gayut-gayut kat gua lepas balik mengaji ..hihihi..those days...


Inilah begnya..jenuh Incik Daus pujuk ambik version 'anak gadis' berdua ini ya...dan nak tau kenapa perkataan Yaya tu mcm dah hilang..sebab al-kisahnya kakak conteng beg ya..jenuhlah Incik Daus memberus nak kasi hilang contengan tu, last-last ngan tulisan yang ada pun hilang sekali...


Suka sangat dengan gambar ni...Ya Allah...syukur yang amat sangat atas nikmat ini...sayang kakak!




Anak ibu dah besar...jangan nangis ya pergi 'school' nanti...time ni serious aku dah mula suspens..rasa macam nak sesak dada pun ada..risau kakak menangis, buat drama swasta kat sekolah nanti ya anak ibu....


Dah siap sedia nak pergi 'school'..kakak nampak rileks je..siap seronok nak pergi school..waktu ni ibu dengan bapak masing-masing cuma kawal segala perasaan suspens yang ada..kakak mana pernah kena tinggal selain dengan Opah...Opah pun suspens jugak kat umah tu..Tok Long pun sama..Mak Ngah, Pak Su pun sama..hahahah..sume org suspens mengenangkan apa akan jadik kat school nanti..apatah lagi cikgu dah pesan time regsitration tu..kalau boleh, jangan tunggu...hantar dan balik..kalau anak menangis, nanti kami pujuk..kami nak latih anak berdikari..haambbbeeekkk..adeyyy...


Kakak masih tersenyum..bangga dapat usung beg kesukaan hati..baju tu bukan uniform PERMATA ya..baju tak dapat lagi..so ini baju ibu pergi beli dengan Auntie Nisa...hehehe


Sayu aku dengan gambar atas ni..kakak dah besar..sekarang antar kakak gi taska, nanti masuk sekolah..then ada rezeki antar kakak belajar kat 'U' plak...sayu..sayu.. *IBU YG DRAMA LEBIH..sob..sob..*

Surprisingly, kakak masuk ke taska pagi pertama ini dengan wajah tenang dan sedikit blurr...Aku just iring kakak sampai ke rak kasut. buka kasut kakak..then kakak terus ikut teacher masuk kelas..sempat jerit nama Bapak..then bapak bagi tau bapak tunggu dalam kereta, kakak masuk belajar dulu..kakak terus ok...

Aku serius rasa lega dan kagum..kakak championlah...!

Tak langsung menangis..alhamdulillah..

Mula masa sampai tu aku risau jugak, sebab dah ada 3budak yang menangis tak mau berenti, siap nak lari balik..cuak aku masa tu..janganlah berjangkit penyakit menangis tu dengan kakak..

Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya pagi tu..tenang sangat jiwa aku rasakan...



Yeayyyy...sudah pukul 1p.m..kakak dah boleh balik...tengok muka kakak..ceria abis...

"Kakak baca A..B..Ciiii..."

Ok anak Ibu..bagus..belajar pandai-pandai tau..

"Mestilah pandai..kakak nak jadik bossshhhhh"

Hmmm..tinggi cita-cita kakak..mana dia dapat ayat nak jadik boshhhh tu..kakak..kakak..Insya-Allah anak Ibu..Ibu doakan..mudah-mudahan...ammmiiinnn...

Tapi sampai je umah..

"Kakak nak cucu..." maklumlah kat sekolah minum pakai cawan kan..rasa tak puaslah kot...


Apa jadik lepas tu....




Hmmmmm....




Bentang toto kat ruang tamu...






Kakak pun....





Buat kuak lentanglah...






ZZZZZ.....penat sangat gayanya ni...




Alhamdulillah..hari kedua kakak pergi 'school' pun berjalan lancar..harap-harap hari ni pun sama..senang skit hati ibu nak masuk keja semula esok...

Doakan kakak ya semua..supaya kakak mudah belajar dan jadi anak yang baik....Insya-Allah..

Ammmmiiiinnnn....

Tq for reading...tatatititutu....


No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)