Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera…
Ampun ya kawan-kawan, hari ini baru sempat kembali
menyambung kisah percutian yang tergendala, biasalah kan aku ni..ampun maaf
dipinta ya.. ;p
Ok, malam pertama kami di sini..jomlah kita pi
pekena steamboat..hujan rintik-rintik malam ni, memang sejuklah. So kena makan
sup panas-panas, baru syok layannnn…
Di Cameron Highlands ni, memang banyak tempat
steamboat. Tapi untuk kali ni kami memilih restoran di Hotel Titiwangsa ni..dan
ianya Halal. Lokasi hotel ini betul-betul di tepi jalan di Pekan Brinchang tu…Insya-Allah,
tak mudah terlepas pandang.
Tempat steamboat ni adalah di basement hotel ini
tau. Kalau kat lobi dia tu, ada café biasa dan juga bakery macam tu.
Ini antara jenis-jenis dan bahan-bahan steamboatnya..oklah..banyak jugak..jenuh berpeluh dahi nak habiskan..hihihi...kita sampai, duduk aje, bagi tau berapa orang, then diaorang akan hidangkan dalam pinggan silver tu, banyak portion dia
Harga dia, bagi dewasa satu orang RM 20 (kuah sup) kalau nak kuah tom yam RM 23.
Bagi kanak-kanak, harganya RM 15.
Pada aku dengan kadar harga macam ni, berbaloilah...memang kenyang..dan kami memilih sup supaya kakak boleh joint the forum of this makan-makan..yeayyy!
Marilah jamu mata ya anda semua...
Cuma sayur-sayur memang fresh dan mewah..macam-macam ada..dia ada dua meja panjang cam gini..untuk buffet sayuran..sayur aje buffet ya kengkawan... ;-)
Selain sayuran, dia ada jugak diletakkan bihun dan mee sebagai line up di buffet ini..air, chinese tea ya..
Dah kenapa anak Ibu ni, garang sangat mukanya tu...cer contohi ibu..ceria Superstar aje kan..muahahah!
'Kolam Renang' kami...sedia untuk diterjuni...waaaahhhh!!! caption apakah ini? hahahah!
Incik Daus yang sudah tak sabar-sabar...ermmm...Incik Daus ni steamboat ni memang paberet dia sangat-sangat...suka gile...
So kesukaan ini telah diturunkan secara genetik kepada anak dara kesayangan..tak caya? Cer lah tengok gambar-gambar di bawah ni haaaa...
Siap bersuap-suap haaaaaa...ya, makan Bapak makan...
Baiklah....enough update for today...nanti kita sambung lagi ya....
Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
ReplyDeleteSemoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
WhatsApp : +6282282222896
WhatsApp : +6282214441280
Call : +6282282222896
Call : +6282214441280
Email : Dhanibandung@yahoo.com
Blog : Melancongdibandung.blogspot.com (Dhani Tour Bandung)
Website : www.dhanitourbandung.com
Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...
KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET BERUPA TRANSPORT DAN HOTEL
Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung... Wassalam dan Terima Kasih...
JOM MELANCONG INDONESIA…
CITY TOUR BANDUNG DAN CITY TOUR JAKARTA