Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, November 19, 2014

Kakak nyaris diserang demam denggi..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hy u allsss...nampak gayanya kesibukan Mak Jemah ni masih belum berakhir. Sesiapa yang kejanya biasa buat event ni je yang tau betapa azabnya bila running an event..waaaa...rasa nak nangis sambil makan choc lava yang amat sedappppp..hahahah! Itu jugaklah di antara rahsia kenapa badan mengembang bagai di pam..pammmm..mana tak, asal stress je go for benda2 manis kan..

Lama dah juga semenjak sibuk ni, dapur tak berasap dengan penuh kejayaan..masak yang ringan2 je..yang mudah..dan yang paling mudah adalah menapau...ohhhh....apakan daya...balik pun dah malam.,,,

Btw, kakak plak khamis lepas..waktu aku balik tu..demam panas. Bawak ke klinik, xsempat sampai dah muntah-muntah. Habis satu kereta..dari depan ke seat belakang penuh muntah kakak. Mula muntah kat depan, then aku alihkan kakak ke belakang..muntah lagi. Check suhu, 39. Longlai lutut kejap bila doktor kata kakak suspected denggi. Mau tak lemah lutut? Incik Daus plak out station. Aku time tu dengan menggigil xmakan, dengan baju kurung kerja..kelam-kabutlah bawak kakak ke klinik,

Bila sampai ke klinik, sekali Dr kata suspected denggi plak. Hmmm..melompatlah aku. Antara sakit yang kalau boleh nak dielakkan. Doktor bagi ubat dan kalau suhu still tak turun jugak malam ni, esok nak kena ambik darah. Keluar je dari bilik doktor, aku dengan mak dah macam..bukan kot..rasanya bukan ni. Tapi sebelum melarat, marilah mencegah. Balik rumah memang bersilatlah bagi kakak makan ubat. Lepas tu paksa kakak minum air kosong banyak-banyak. Buatkan kakak sup ketam. Check suhu kakak setiap 4jam. Memang nak elaklah kena demam denggi ni. Kejap-kejap aku belek badan kakak..ok, kompem takde bintik merah-merah.

ala cian..cian..anak bucuk ibu ni...

Esoknya, suhu kakak, 38.2, then 37.8..so masih monitoring. Incik Daus pun gegas balik. Sebab aku sangat-sangat sibuk dan sangat-sangat tak leh berkejar-kejar. Nanti takut aku plak yang pitam tengah jalan..so bila Incik Daus balik, legalah skit...

Now alhamdulillah..kakak dah sihat..lega sangat-sangat. Memang akulah ibu yang sangat fobia dan panic bila anak tak sihat..sebab aku dah tak sanggup menengok time sebulan kakak kat hospital masa kecik dulu...

Gitulah celotah ahkak di petang hari ni... nak balik peluk si kakak.. ;-)



No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)