Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label Aidiladha. Show all posts
Showing posts with label Aidiladha. Show all posts

Sunday, September 18, 2016

Aidiladha 2016: Ringkas, Sederhana tapi Penuh Makna....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Aku tak tahulah nak cakap tapi aku rasa tahun ni antara tahun terburuk dalam menyemarakkan blog aku..hahahha…mood ke mana ntah..dah habis Aidiladha, post Aidilfitri pun bertunggak-tunggak. Takpelah, walaupun cerita tu mungkin dah basi pada u all, aku tetap nak sembang gak…heheheh. Pada aku itu memori, esok-esok anak cucu aku nak baca. *Yakin sangat aihhhh*.

Sambutan Aidiladha tahun ini secara besederhana sahaja. Tak ada kuih raya beria. Mostly kami sambut di Masjid An-Nur sahaja. Bagi kakak peluang melihat ibadah Korban dilakukan. Dah besar sikit, dah makin faham.

Us…

Antara intipati khutbah Aidiladha yang sangat bermakna dan menusuk kalbu aku…
“Pertolongan Allah itu sentiasa dekat asalkan kita yakin dan sabar. Ujian itu penguji keimanan. Justeru, kala diuji sentiasa yakin pada Allah, teruslah berpegang kepada agama Allah. Ingat, jangan sesekali menggadaikan agama demi mengejar pangkat dan kuasa. Jangan pernah lemah demi menegakkan syariat agama. Berkorban dan berjihadlah hanya untuk mencari keredhaan Allah…”


Ya betul, zaman sekarang banyak cubaan dan dugaan. Bak kata seorang sahabat, “lebih ramai kak yang menjadi ‘Penunggang Agama’ dari yang bernar ikhlas beragama. Ramai yang suka menggunakan hadis dan petikan agama dalam mempertahankan salah laku yang dilakukan. Semoga aku dan sahabat-sahabatku terhindar dari benda-benda macam ini…Aamiinn…


Ni bukan baju raya yang dirancang..kami mix and match saja…Incik Daus dengan baju melayu dua tahun lepas manakala aku dengan kakak dengan baju kurung je…


Tahun ni ada 10 ekor lembu untuk dikorban di Masjid An-Nur. Ibadah korban bermula seawal 9.45 pagi dan berakhir dalam masa tak sampai satu jam. Setiap ekor lembu dah dibahagikan kepada pasukan urus setia yang berkenaan. Jadi urusan melapah, menimbang dan membahagikan daging dapat dijalankan lebih teratur dan lancar.

Makan pagi pun kat sini aje…makan ramai-ramai, kongsi-kongsi..best! 


Si kakak dua pinggan jugakla bihun goreng… ;-) Incik Daus tak mau makan, busy melapah…


Ye, nampak tu betapa beria mengasah pisau…nak kasi lagi tajam.
Sesi melapah pun bermula….




Alhamdulillah… tahun ini antara tahun yang sangat bermakna bagi kami semua. Semoga diberi kemurahan rezeki dan dipanjang usia untuk bertemu Aidiladha tahun hadapan..Insya-Allah….



Friday, November 21, 2014

Raya Haji 2014.... *Baru nak hapdate* ....hehehhehe....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Orang semua dah habis dah borang cerita tentang Hari Raya Aidiladha, tapi aku barulah nak terkial-kial ni. Takpelah, janji cerita kan. At least esok-esok bila dah tua, dapatlah membuka kembali entry-entry lama dan baca sambil syahdu-syahdu kan..hehehe..over sangat!

Sambutan Aidiladha tahun ni besederhana je, kami sambut di Ipoh. Incik Daus macam biasa, bayangkanlah, lepas solat raya, makan-makan, posing-posing, terus kena pergi outstation. Ada problem dekat station. Sedihhhh…tinggalkan aku dengan kakak membujang. Nasiblah Incik Daus pergi hari tu aje, so esoknya dah balik. Nasiblah aku tak ambik cuti panjang ke apa, kalau tak mau slot Samarinda menghiasi perkarangan rumah..hahahha!

Pagi tu, lepas siap-siap semua..bertolaklah berhari raya di rumah mak. Ini menu pagi raya kami…


Lemang, Rendang Daging, Nasi Himpit dengan Ayam Masak Merah..Ayam Masak Merah ni memang masakan mak yang jadi peberet kami semua...makan ngan nasi tomato pun best gak ni...


Dan yang paling tak tahan, posing2..baju kurung kakak ni, aku siapkan jahit manik dalam kul 2 pagi u alls..gigih ni! Punyalah lama bertangguh, akhirnya berjaya juga aku siapkan.

Jom layan The Perakian Next Top Model ni.. ;-)  dengan pesanan, diharap jangan muntah…. Kih..kih..kih… 




Bukan main lagi si kakak..dirembatnya dengan cermin mata hitam bapak...



Wewiiitttt...



Gaya 'tegak berdiri' Incik Daus...


Jenuh si kakak soh bapak ubah pose..gitu jugaklah posing bapak...hahahhaha!


Masih sama kan... ;p 


Posing bapak masih sama walaupun dengan ibu....hahahha..kesian bapak, muka letih sebab baru balik outstation..ni lepas solat, makan-makan..terus cargas kena pi Teluk Intan..dedikasi tak suami ahkak... *NAAAAANNNNNGGGGIIIISSSSSSSS!!!*


Tapi takpelah..'I Still Lap U..."...hehehehhe...