Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Orang semua dah habis dah borang cerita tentang Hari
Raya Aidiladha, tapi aku barulah nak terkial-kial ni. Takpelah, janji cerita
kan. At least esok-esok bila dah tua, dapatlah membuka kembali entry-entry lama
dan baca sambil syahdu-syahdu kan..hehehe..over sangat!
Sambutan Aidiladha tahun ni besederhana je, kami
sambut di Ipoh. Incik Daus macam biasa, bayangkanlah, lepas solat raya,
makan-makan, posing-posing, terus kena pergi outstation. Ada problem dekat
station. Sedihhhh…tinggalkan aku dengan kakak membujang. Nasiblah Incik Daus
pergi hari tu aje, so esoknya dah balik. Nasiblah aku tak ambik cuti panjang ke
apa, kalau tak mau slot Samarinda menghiasi perkarangan rumah..hahahha!
Pagi tu, lepas siap-siap semua..bertolaklah berhari
raya di rumah mak. Ini menu pagi raya kami…
Lemang, Rendang Daging, Nasi Himpit dengan Ayam Masak Merah..Ayam Masak Merah ni memang masakan mak yang jadi peberet kami semua...makan ngan nasi tomato pun best gak ni...
Lemang, Rendang Daging, Nasi Himpit dengan Ayam Masak Merah..Ayam Masak Merah ni memang masakan mak yang jadi peberet kami semua...makan ngan nasi tomato pun best gak ni...
Dan yang paling tak tahan, posing2..baju kurung kakak
ni, aku siapkan jahit manik dalam kul 2 pagi u alls..gigih ni! Punyalah lama
bertangguh, akhirnya berjaya juga aku siapkan.
Jom layan The Perakian Next Top Model ni.. ;-) dengan pesanan, diharap jangan muntah…. Kih..kih..kih…
Bukan main lagi si kakak..dirembatnya dengan cermin mata hitam bapak...
Wewiiitttt...
Gaya 'tegak berdiri' Incik Daus...
Jenuh si kakak soh bapak ubah pose..gitu jugaklah posing bapak...hahahhaha!
Masih sama kan... ;p
Posing bapak masih sama walaupun dengan ibu....hahahha..kesian bapak, muka letih sebab baru balik outstation..ni lepas solat, makan-makan..terus cargas kena pi Teluk Intan..dedikasi tak suami ahkak... *NAAAAANNNNNGGGGIIIISSSSSSSS!!!*
Tapi takpelah..'I Still Lap U..."...hehehehhe...
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)