Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, March 24, 2011

Pengorbanan

Berkata FIRDAUS kpd ERNY..

FIRDAUS: Kalau syg rasa keputusan abang ni betul, bagi taulah..SMS pun takpe, asalkan abg tau yg syg sentiasa sokong tindakan abg. Kalau rasa tindakan abg ni salah, terus-teranglah supaya kita dapat bincang dan cari keputusan terbaik untuk kita.

Dan ERNY pun cuba utk berfikir..apa ayat terbaik untuk diberi..

Hidup suami isteri adalah tentang perkongsian, saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Itu adalah di antara pesanan seorang teman time kat UiTM yang paling dekat dan sentiasa dihati aku. Ya, bila kita berdua, kita perlu bertolak-ansur. Sebagai isteri, aku sebenarnya sgt berterima kasih kerana dia tidak pernah membelakangkan aku dlm apa jua tindakan besar yg bakal diambil. Tapi setelah lama aku berfikir...mungkin ini ayat paling sesuai utk meredakan kekusutan hati EN FIRDAUS ku..

"Memang kita inginkan perubahan dlm hidup..macam yg selalu kita bincangkan. Rezeki yg datang itu pelbagai bentuk.Dalam hal ni, kita diberikan rezeki tp ALLAH uji kite adakah kita mampu berkorban masa berkualiti yg kita ada demi apa yg kita cari? Jika kali ini kita perlu menolaknya, yakinlah yg ALLAH telah berikan kita pilihan dan ALLAH akan sentiasa berikan kita ruang yg luas utk terus mencari rezeki lain di buminya. Yang terbaik buat kita adalah bila kita bersama..insya-Allah, ALLAH akan berikan kita rezeki yang lain dan siapa tahu di masa itu nanti kita tidak perlu berkorban masa berkualiti yang kita ada selama ini...untuk masa ini, kita bersyukur atas rezeki yg dikurniakan..kita tak susah dan mewah itu bukanlah impian..syg hanya nak kita selesa dan masa berkualiti as a family itu sentiasa ada..."

Buat ERNY sendiri, sematka kata2 sendiri ini dihati....

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)