Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, August 12, 2011

Siapakah nama anda?

Watashi wa Erny Hernani desu. Anata wa?

Ewah2..saja nak refresh kenangan belajar Jepun dulu dengan sen sei yang sangat ensem di usianya! ;-)

Bukan, kita bukan nak citer tentang Takashi atau anime cartoons..tidak sama sekali! Kita nak bercerita tentang ada apa pada nama? Beberapa hari ini telah berurusan dengan seorang jejaka. Setiap kali dia mesej, email atau telefon dia pasti akan memanggil diriku ini dengan nama penuh. Satu perasaan halus wujud menjalar ke jantung hati, arghhh..tak mungkin cinta! Itu memang kes parah, leh terlantar kat ICU tu..hihii..cumanya rasa seronok, rasa best sangat2 bila disapa dengan nama penuh. To be precise, rasa dihargai kerana namanya diingati. ;-) Terima kasih wahai jejaka...

Macam senario sekrang ni, nama penuh saja berjela2. Kadang2 nama anak sampai tiga empat suku kata tapi bila di bin atau di bintikan dengan nama bapak, nama bapaknya alahai sejemput jer bunyinya. Tapi bila dah besar, nama penuh yang panjang tu (yang memerlukan ibu dan bapa membuat kajian berbulan lamanya) sudah tukar menjadi nama panggilan yang lain. I also experienced this, membesar dipanggil "Yang.." kalau tanya kawan2 sehingusan di kampung halaman, "Saya mencari rumah Erny Hernani"..silap haribulan, anda pasti dapat jawapan.. "aaaa..siapa?" they use to know and to call me as "Yang" atau "Along".

Nama memberikan pengertian yang cukup tinggi bagi seseorang. As for me, nama itu ibarat 'darjah kebesaran tertinggi' yang kita akan bawa sampai bila-bila. Bila nama diglamorkan atau dipendekkan, tak kesian ker pada mak ayah yang berhempas pulas mencari kombinasi nama yang indah dan punya makna itu? Apa, mak ayah sendiri yang kasik nama glamor tu? Contoh; Baby, Gegurl, Manja..and the list goes on.. Errkk..I reserve my comment...uhukk..uhukk..

Teringat waktu nak memberikan nama kepada anak2 kami last year. En. Daus seperti biasa lebih gemar dengan nama2 klasik untuk anak perempuan dan nama2 yang berbunyi penuh kelelakian untuk anak lelaki. 'Perang Mulut' manja2 pun tercetus mempertahankan cadangan nama masing2. Last2 En. Daus pun mengalah..hihihi..i loikeee..tapi bersyarat..nama anak tak boleh lebih dari dua suku kata. Setiap nama anak kena berbeza2 kerana menurut kata En. Daus biarlah setiap seorang anak itu mempunyai nama masing2 yang tersendiri which means tak nak ada nama 'ikatan' like kalau semua nama depan adam, kalau tiga anak lelaki pun kena mula dengan nama adam. Walaupun anak kembar, En. Daus tetap nak bagi nama lain2. Syarat yang paling penting, pilih nama yang mudah nak disebut oleh nenek2nya serta moyangnya. Your request are my command your highness...hihii..Maka dapatlah kami nama Saffiya Arissa yang membawa maksud suci, bersih dan kuat. Untuk arwah kami namakan Durratul Khaleeda (Mutiara yang kekal abadi..dia abadi dihati kami...al-fatihah).

Anda pula bagaimana?

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)